Episod 19 - H

25 4 0
                                    

Indra yang terkejut terus melompat menjauhi suara yang menegurnya itu. Akibatnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai rumah.

" Eh saudara! Kau tidak apa-apa kah? ", empunya suara tadi terus melutut di sisi Indra. Khuatir sekiranya ada terluka di mana-mana.

Fuhhh

Indra menghembus nafas lega. Ingatkan apalah tadi!

Rupanya yang menyapanya tadi adalah seorang budak lelaki. Mungkin seusia dengannya?

Indra pun terus berdiri semula. Juga dengan budak lelaki itu.

" Maaflah buat saudara terkejut tadi ", katanya.

" Eh tidak mengapa. Saya yang perlu minta maaf. Kerana bermain dengan ni ", balas Indra seraya menunjukkan angklung buluh yang berada di atas kepala mereka.

" Ohh tidak mengapalah. Benda ni namanya angklung buluh gantung. Aku juga dulu suka bermain dengan benda itu. Sampaikan aku dihukum oleh ayahku kerana dia fikir aku ingin merosakkannya ", budak itu tersengih kerang busuk.

' Oh, jadi ini namanya angklung buluh gantung'

Tiba-tiba Tuan Saleh muncul.

" Hah Udin, apa yang kau tercegat di situ? Bawalah dia ke ruang belakang. Mulai hari ini, kau menjadi gurunya. Sudah, lekas ke sana ".

" Baiklah ayah. Marilah, kita ke belakang rumah. Kau mahu belajar mengukir kan? Ayuh kita ke sana ", pelawa Udin dengan ramah dan dia pun memimpin Indra untuk ke tempat yang dituju.

Tuan Saleh pula menyambung perbuatan mengukirnya yang tertangguh sebentar tadi. Banyak kraftangan yang belum disiapkan. Sebab itulah dia meminta anak lelakinya mengajar Indra.

Pada masa yang sama, Indra dan Udin pun telah sampai di sebuah rumah kayu yang kecil terletak di belakang rumah. Mereka pun masuk ke dalam.

Sebaik sahaja kaki terpacak di dalamnya, Indra terpegun.

Wahhh
Bukan main seleraknya. Kayu-kayan di sana sini. Di tengahnya terdapat sebuah meja kayu. Kerusi kayu juga ada empat.

" Oh ya, namamu siapa? Umurmu pula berapa? ", soal Udin.

" Namaku Indra Sujiwa. Umurku baru sahaja lapan tahun ", Indra memberi senyuman.

" Wahh, indah sungguh namamu. Umur kita juga sama. Bererti kita boleh menjadi sahabat lah ni? ".

" Ya, sudah tentulah boleh. Sepanjang aku berada di sini, aku tidak pernah berkawan dengan sesiapa ", Indra menjawab dengan laju. Sebelum ini dia selalu berada di rumah dan menolong melakukan segala kerja rumah.

Mereka tersenyum teruja.

" Oh ya, nama panjangku Saifuddin. Panggil saja Din. Udin tu hanya keluargaku sahaja yang memanggilku begitu ".

" Ohhh baiklah Din, hamba menurut perintah ! ", jawab Indra keriangan. Sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa dia sungguh gembira kerana buat pertama kalinya dia mempunyai seorang teman di Tanah Melayu.

Mereka pun sama-sama ketawa. Kemudian, barulah Indra duduk di atas kerusi sementara Din mengambil peralatan mengukir di dalam sebuah gerobok.

Peralatan yang diambilnya itu diletakkan di atas meja dengan berhati-hati.

Indra menyengetkan kepala melihat peralatan mengukir itu. Anehnya.

Beberapa batang kayu juga diletakkan di atas meja. Udinn mengambil tempat di hadapan Indra.

" Baiklah, mari kita mulakan ", Udin membuat senaman tangan.

" Seperti yang kau sedia tahu, bahan utama dalam ukiran ialah kayu. Pastikan kayu itu halus, tua, liat uratnya dan benar-benar kering. Ingat, tiada salah satunya kau tidak boleh mengukir. Kayu yang kau boleh guna adalah kayu jelutung, cengal, merbau dan meranti merah. Kesemua kayu itu, ada sifat-sifat yang aku sebutkan tadi "seraya berkata, Udin menunjukkan salah satu kayu yang telah dipotong kepada Indra.

550 TahunWhere stories live. Discover now