Episod 56 - H

19 1 0
                                    

"Ayuh, dinda ! Serang kanda lagi ! " tegas Indra seraya bersedia untuk menerima serangan.

Mawar pun tanpa rasa gentar, dia berlari ke arah Indra lalu menyasarkan dada Indra untuk ditentang. Namun, pergerakannya yang kurang laju menyebabkan dengan cekap Indra menangkap kaki kanannya lalu menarik ke hadapan. Akibatnya, Mawar terdorong ke hadapan.

Namun begitu, Indra sempat merangkul pinggang Mawar sebelum dia terjatuh ke tanah.

"Aduh, dinda. Kan kanda sudah bilang, dinda harus tangkas dalam berlawan. Kerana musuh boleh membaca pergerakan dinda " kata Indra seraya melepaskan Mawar.

Mawar pun mencebik dan mengeluh kerana sudah berpuluh kali dia melakukan gerakan yang sama.

"Lama-lama begini dinda pun hilang semangat nak berlatih silat semula " balas Mawar seraya duduk di atas rumput.

Indra pun turut melakukan hal yang sama.

"Dinda, takkanlah baru lima hari berlatih sudah putus asa? Dulu kita belajar 10 tahun, semangat dinda selalu berkobar-kobar. Sekarang, sudah lenyapkah? ".

"Dinda bukan putus asa... Tapi, semakin berusia ni, semakin malas pula hendak berlatih ".

"Tapi dinda, makin dinda berusialah, makin kita perlu berhati-hati. Bila-bila masa sahaja nyawa kita tergugat " balas Indra lagi.

Mawar pun mengeluh lagi. Kalau bukan peristiwa hari itu, sudah tentu dia sedang mencuci pakaian bersama Kak Tipah di tepi sungai.

"Assalamualaikum ! " laung sesorang di laman hadapan rumah.

"Eh, siapa yang datang tu, kanda? ".

"Kanda pun tidak tahulah.. Mari dinda, kita sama-sama lihat".

Indra pun bangun dari duduk lalu menghulurkan tangan kepada Mawar. Mawar pun menyambut tangan Indra. Mereka bersama-sama menuju ke hadapan rumah.

Rupa-rupanya mereka pengawal daripada istana dan menunggang kuda. Agaknya mungkin ada sesuatu yang sultan ingin sampaikan.

"Tuan Indra, sultan meminta bantuan daripadamu supaya segera datang ke istana. Permaisuri sudah lima hari sakit dan masih tidak sembuh" ucap salah seorang pengawal istana itu.

Indra dan Mawar saling berpandangan. Lalu, Indra menerima arahan itu dan lekas menyiapkan segala kelengkapan alat perubatan.

Sebelum dia pergi, Mawar memanggilnya.

"Abang ! ".

Oleh kerana tidak mahu nama panggilan biasa diketahui umum, dia pun menukarnya.

Indra pun berpaling.

"Ambillah sedikit kuih buah Melaka ini" pinta Mawar seraya menghulurkan pinggan kaca itu.

Indra pun mengambil beberapa biji kuih tersebut.

"Terima kasih, dinda.. " kata Indra separa berbisik seraya tersenyum.

Mawar pun membalas senyumannya. Selepas bersalaman, Indra pun meninggalkan Mawar dengan menunggang kudanya.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Di dalam dapur istana, terdapat seorang lelaki yang menyamar sebagai pengawal telah menyelinap masuk di dapur. Kelihatan susuk tubuh Indra yang sedang memotong sayur untuk mereneh sup. Dan Indra membelakanginya.

Lelaki itu dengan langkah yang halus dia mendekati teko kepunyaan permaisuri dan mengeluarkan uncang dari sampingnya. Tanpa rasa takut, dia pun membuka uncang itu dan memasukkan suatu serbuk ke dalam minuman.

550 Tahunजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें