Episod 22 - H

31 3 0
                                    

⚡🌩⚡🌩

Dentuman guruh yang maha kuat menyebabkan seluruh umat manusia yang berada di Pesta Karya Seni berkeadaan tidak tentu arah. Ada yang harus percepatkan langkah dan ada yang kekal tenang sahaja. Kerana mereka telah menyediakan payung sebelum hujan.

Dari jauh gerai Tuan Saleh, kelihatan Udin dan Fannani berlari tergopoh-gapah mencari kelibat Indra dan Mawar. Manalah tahu mereka sudah berada di sana kerana takutkan kedatangan Hazril dan rakannya berdekatan musolla sebentar tadi.

Setibanya mereka di hadapan gerai Tuan Saleh, mereka tercungap-cungap melepaskan keletihan. Tuan Saleh dan Samad memandang hairan terhadap mereka.

" Hai anak-anakku, mengapa kau berlari-lari sebegini ? Di mana Indra dan Mawar? ", soal Tuan Saleh.

" Hah? Bukankah sepatutnya mereka berada di sini? ", Udin sudah mula gelisah. Manakala jantung Fannani sudah berdebar kuat. Ke mana lagi mereka akan pergi kalau bukan di sini?

" Eh, bukankah ayah yang patut tanya sebegitu kepada kamu? Kalian tidak pulang sama mereka kah? ".

" Ti... tidak ayah ", balas Udin dalam perasaan yang takut teramat.

Sebelum dikhuatiri ayahnya akan naik angin, Udin pun menceritakan kisah yang sebenar. Bermula pada dirinya mengadu sakit perut sehinggalah ternampak kelibat dua budak durjana itu lagi.

" Apa? Mereka datang lagi?! ", Tuan Saleh berasa tidak percaya.

" Benar ayah. Mujurlah Fannani yang nampak terlebih dahulu. Kalau tidak, masaklah kami dipukul oleh mereka nanti ".

Fannani pun mengangguk dengan bersungguh-sungguh tanda mahu Tuan Saleh mempercayai kata-kata mereka.

" Sebab tu lah kami ke sini segera! Tapi malangnya mereka tidak ada pula... ", Udin menggaru kepalanya yang sungguh serabut itu.

" Tuan, maafkan saya kerana mencelah. Tapi menurut pengamatan saya, mereka berdua mungkin telah dijumpai dua budak lelaki itu ", kata Samad tiba-tiba secara serius.

" Lalu apa yang terjadi? ", Tuan Saleh menyilangkan tangan lalu tangan kanannya memegang dagu.

" Lalu, mungkin mereka telah melarikan diri daripada mereka ".

" Tapi mereka lari ke mana, Pak Mad ? ", Udin bertanya.

" Aku tidak tahulah Udin. Kau pun tahu kan kawasan yang berdekatan musolla itu kan gelap. Kawasan hutan. Jangan-jangan... ".

" Pak Mad.... ", air mata Udin sudah mula bertakung. Manakala mata Fannani berwarna merah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa mereka sangat takut sekiranya ada perkara buruk yang terjadi kepada mereka.

Tuan Saleh sudah tahu apa yang Samad maksudkan. Dalam hati, firasatnya kuat menyatakan bahawa apa yang Samad katakan banyak yang benar. Nampaknya malam ini bakal menjadi malam yang sukar buat mereka semua...

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

" Mawar, aku rasa hujan bakal turunlah.. ", kata Indra seraya mendongak ke atas.

" Habislah, macam mana ni? ", balas Mawar juga turut mendongak memandang langit yang gelap.

" Kita tiada pilihan lain. Sama ada kita berteduh di dalam rumah itu sementara ataupun berdiri sahaja seperti tunggul di sini ", kata Indra lagi.

" Hah?! Aku tak mahu berteduh dalam rumah ini! ", Mawar dengan pantas menolak.

Indra memandang Mawar dengan pandangan yang pasrah. Sudahlah, kalau dia berkata begitu maka berdirilah kita di sini.

550 TahunWhere stories live. Discover now