Episod 76 - H

25 0 0
                                    

TATKALA bermulanya larut malam, Indra dan Mawar sedang berada di dapur. Bukan karena melayan kerenah Mawar yang mengidam, tetapi Indra sibuk menghasilkan jamu daripada tumbuhan herba.

"Jamu itu buat siapa, kanda? " soal Mawar yang sedap berbaring. Dengan kepala yang elok terlentok di atas peha kanan Indra. Matanya tekun memerhatikan tangan suaminya yang lincah membuat kerja.

"Buat Cik Siti yang tidak mahu menjadi tua ".

"Begitu rupanya" balas Mawar yang sepertinya mengantuk.

"Dinda, pergilah tidur dahulu.. ".

"Tidak mahu".

Indra pun menggeleng-gelengkan kepala.

"Tapi esok kita perlu bangun awal. Ramadan kan sudah bermula".

"Selagi kanda tak tidur, dinda pun turut sama tak tidur ".

"Kenapa? Ada perkara yang dinda mahu tahu? ".

"Ya kanda.. ".

"Apa dia, dinda? ".

"Tadi, Cempaka dan Ratna datang ke mari. Kata mereka, mereka ternampak kanda dan Indah semasa berniaga. Setahu dindalah, kanda tak perlukan pembantu. Bukankah Indah tu seorang dayang di istana? ".

Pergerakan Indra pun berhenti.

"Indah memang seorang dayang. Tetapi semalam Indah ke pasar hendak membeli barang. Lalu dia ternampak kanda tidak cukup tangan. Ramai sangat orang yang sakit, dinda. Bermacam juga karenah mereka. Indah pun dengan sukarela menolong kanda. Kanda bukan tidak menolak, tetapi Indah sendiri benar-benar ikhlas hatinya".

"Tapi, bagaimana kanda terlihat rapat dengan Indah? ".

"Indah itu yang mengelap peluh kanda di dahi. Kanda pun, halanglah dia. Dia pun menjauh. Tapi, kanda pergi kepadanya untuk berpesan supaya jangan berkelakuan seperti itu lagi. Kerana itu menimbulkan fitnah. Kanda tak mahu orang kampung mengata buruk".

"Kenapa Indah tu tiba-tiba sahaja berbuat demikian? ".

"Entahlah dinda. Katanya peluh kanda menitik di atas baju orang sakit. Tapi kanda rasa, tiada sampai begitu sekali. Entahlah dinda. Mungkin betul apa yang dikatakan Indah".

"Kalau begitu, kanda perlu berjaga-jaga. Lagipula, kanda pernah berkata yang mana Indah tu sepupu Hazril. Entah apa yang dirancang mereka".

"In sha Allah dinda. Kanda harap sangat hubungan kita juga tidak akan terjejas".

"Aamiin" Mawar tersenyum.

"Marilah tidur, dinda. Jamu pun sudah siap. Esok, bersiap sedia untuk sahur pula".

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

PADA malam di istana, Indra baru sahaja merawat salah seorang pembesar yang patah kakinya. Pembesar itu pun mengucapkan terima kasih dan Indra pun mengundur diri.

Semasa Indra baru sahaja melangkah keluar dari istana, tiba-tiba Indah datang menghalang.

"Kenapa Indah? Kenapa halang saya? ".

"Indra boleh tolong saya? " pinta Indah seraya menekup tangan di dada.

"Tolong apa malam-malam begini? Saya mahu menunaikan solat tarawih di surau. Janganlah halang" katanya lembut. Tidak mahu berkasar.

"Tolonglah saya, Indra. Adik saya sudah dua hari dua malam mengadu sakit perut. Kami sudah tiada ikhtiar lagi. Hanya Indra sahaja harapan Indah ".

Indra pun menggaru-garu kepala.

"Indah buatkan sahaja teh halia. In sha Allah hilanglah sakit perut itu".

"Tapi, segala makanan sudah habis. Tinggal ubi sahaja di rumah".

550 TahunWhere stories live. Discover now