Episod 59 - H

19 2 0
                                    

"Atas apa yang terjadi pada Indra kemarin, beta akan menghukum mereka dengan potong tangan ! Beta takkan maafkan siapa dalangnya. Beta juga akan mengerah orang untuk meronda waktu malam. Mulai hari ini, sesiapa sahaja yang terlibat dalam kecurian pada waktu malam, hukuman potong tangan akan beta jalankan di tengah-tengah kota Melaka !!!! " titah baginda dengan amarah yang membuak-buak.

Para pembesar pula mula berasa gerun. Nampaknya pertahanan di negeri ini perlu diperkuatkan lagi. Temenggung bakal mengambil peranan besar ini demi keamanan Melaka.

Dalam keramaian, Hazril selaku Orang Kaya mula berasa resah. Lantas dia mendengus geram. Rancangan hampir musnah ! Mujur sahaja dia sempat membisu lima orang penyamun itu dengan sihirnya. Jika tidak, sudah lama mereka membuka mulut.

Semuanya kerana Indra. Kalau dia tidak menawarkan diri untuk merawat anak sultan, sudah tentunya tidak menjadi begini.
Sia-sia sahaja dia menyihir anak lelaki sultan supaya sakit teruk dan dia boleh merawat demi kemasyhuran diri.

'Nampaknya aku harus membuat rencana yang lebih halus'.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

Hari ini Mawar berasa gembira kerana dia dapat keluar seperti biasa. Setelah mendapat keizinan Indra, dia pun pergi mencuci pakaian di tepi sungai bersama Kak Tipah.

Indra pula pergi berniaga kerana hari ini adalah hari minggu. Dia pun pergi ke pasar seawal yang mungkin demi merawat orang yang memerlukan.

***

"Pak Mat jangan lupa ya sapukan ubat di kaki? " pesan Indra kepada seorang pakcik yang mengalami bengkak pada kaki.

"Yalah Indra. Aku tak pernah lupa pun nak guna ubat kau. Nah, ini wangnya.. ".

"Terima kasih, Pak Mat ! ".

Selepas Pak Mat beredar, tiba-tiba Fannani pula yang ke mari. Di tangannya penuh dengan pelbagai barangan. Barangkali dia sedang berbelanja.

"Eh Fannani, kau juga ada sakitkah ? ".

Dengan senyuman dia mengangguk.

"Duduk di depanku, Fannani. Beritahu ubat apa yang kau perlukan ".

'Aku-perlukan-lendir-dari-lidah-buaya.
Dalam-satu-bekas-yang-besar '.

"Hah, dalam bekas besar? Untuk apa gunanya? " tanya Indra dengan mata yang membuntang. Bekas besar manalah dia ada.

Lalu, Fannani pun memberikannya satu balang yang besar. Kini, barulah Indra faham.

"Jadi maksud kau, kau mahu lendirnya sebesar itu? ".

Fannani pun mengangguk dengan senyuman lagi.

"Kalau begitu, sebentar ya ? Aku mahu mencari lidah buaya di dalam ini" balas Indra seraya mencari tumbuhan tersebut di dalam guninya.

Setelah itu, Indra pun meminta bantuan Fannani untuk mengeluarkan segala isi lidah buaya ke dalam balang. Langkah ini mengambil masa sehingga menghabiskan 50 lidah buaya milik Indra. Fannani pun menutup balang tersebut dengan penutupnya.

Sambil mengesat peluh, Indra menyoal, "Kepada siapa yang kau nak beri ni? ".

Pergerakan Fannani terhenti, lalu dia membalas.

'Untuk-rakanku'.

Indra menjongketkan kening.

"Siapa rakan kau itu? "

'Dia-temanku-yang-juga-seorang-pelukis '.

"Terus, masalah apa sampai banyak lidah buaya yang diperlukan untuknya? ".

550 TahunWhere stories live. Discover now