Episod 23 - H

27 4 0
                                    

Seminggu kemudian,

" Cis, tak guna! ", bentak Hazril. Dia cuba menarik diri untuk melonggarkan ikatan. Namun malangnya, satu pun tiada yang berhasil.

Sani di sebelah hanya mampu mendiamkan diri sahaja kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa.

" Kalau aku dapat budak dua orang itu, memang aku akan TIKAM mereka berkali-kali !!!!! ", jerkahnya lagi.

" Hish, kenapa tali ini terlalu keras HAH ! ".

" Sudahlah tu Hazril. Tak usah kau membentak lagi. Masa sudah pun berlalu tidak ada gunanya kau meracau begini ", kata Sani. Sebenarnya, dia sudah lama berasa sebal kerana amarah Hazril yang sentiasa mengganggu jiwanya.

" TIDAK ! Aku tetap akan mencari mereka dan KERJAKAN mereka cukup-cukup ! ".

Hazril sedaya upaya melepaskan tangannya yang diikat pada dahan pokok. Tangannya diikat di atasnya. Mujurlah ayahnya tidak menggantung mereka. Mereka masih dapat memijak tanah walaupun diikat sedimikian.

Sani menggeleng kepala. Sepanjang satu minggu ini dia sangat terseksa. Kerana setiap siang dan malam Hazril selalu meronta-ronta dan meracau sana sini. Sudahlah diberi cemuhan sama penduduk kampung dan serangan gigitan nyamuk lagi... Sememangnya dia sangat menyesal kerana menjadi rakan Hazril. Tapi, apa boleh buat? Ibu bapanya adalah hamba kepada orang tua Hazril. Mahu atau tidak, dia terpaksa mengikuti segala arahan anaknya.

Setelah Tuan Saleh, Dahlan, Pak Kob dan beberapa penduduk kampung menolong mereka mencari Indra dan Mawar di hutan, akhirnya mereka pun berjaya menemukan mereka yang sedang tidur di dalam rumah yang usang itu.

Indra dan Mawar yang dalam keadaan termamai pada mulanya tidak mengenali mereka. Lama-kelamaan, mereka pun sadar dan memanjatkan kesyukuran kerana bantuan telah tiba. Kasim turut dibawa mereka untuk diberi tahu hal yang sebenar.

Hal itu pun sampai ke pengetahuan ayah Hazril. Ibu Hazril juga meminta maaf kerana terbaling bakul atas kepalanya dan tentang perilaku anaknya yang nakal.

Keesokannya apabila Hazril dan Sani pulang rumah secara senyap-senyap, ayah Hazril datang dan melibas mereka dengan rotan. Mereka pun terus meminta ampun yang tidak ikhlas. Namun permohonan maaf mereka ditolak mentah lalu ayahnya meminta bantuan ayah Sani untuk mengikat mereka pada sebuah pokok yang boleh tahan besar. Mereka diikat bersebelahan.

Dan itulah mengapa masing-masing terasa senggara yang teramat.

Hazril berdendam dengan budak-budak itu. Sementara Sani menyampah dengan Hazril kerana tidak habis-habis membuat bising. Sudahlah diikat pada pohon yang sama.

" Kalian tunggu aku datang.....", kata Hazril separa berbisik.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

" Pucuk dicita ulam mendatang, hampir sahaja menang, malah dirampas oleh abang! ", lantang si Mawar bersuara.

" Alahai.. adinda terlalu perlahan.. Alang-alang ada kesempatan, memang abang takkan lepaskan ", balas Indra dengan selamba kambingnya..

" Cis, mana adil begitu ! ", Mawar mencebik. Mahu atau tidak, dia perlu menerima hakikat bahawa jumlah biji saga di dalam rumah Indra lebih banyak daripadanya. Habis kampung-kampungnya kekurangan biji saga.

" Maaflah adinda, kali ini abang menang! ", Indra menjerit keriangan. Bukan main bangganya memenangi permainan congkak.

" Apa ni, sudah berkali-kali abang menang... ", Mawar sudah mula merajuk.

Indra yang keriangan tadi terhenti.

" Adinda, tak usahlah terasa hati. Ini hanya permainan sahaja. Nanti abang akan ajar adinda bermain congkak ini lagi ya? ", kata Indra dengan lembut.

550 TahunDonde viven las historias. Descúbrelo ahora