Episod 50 - H

54 5 0
                                    

Siang bercahaya, malam gelap gelita,
hari berganti hari, masa berganti jua;
Tiga hari kemudian, telah tiba juga,
pasangan secocok itu, ke rumah sebenar mereka.

Hari ini, Indra Sujiwa dan Mawar Kasuma perlu hidup berdua jauh daripada ibu dan ayah. Memandangkan rumah peninggalan Ismanto menjadikan Indra sebagai pewaris, maka rumah itulah rumahnya dan Mawar akan menetap.

Di serambi rumah, kelihatan empat orang sedang bergebang seraya menikmati hidangan nasi lemak yang begitu enak dimakan. Pelbagai perkakas yang dibawa oleh pasangan baru itu untuk ke rumah baru mereka nanti.

" Haa.. Indra, jaga anak aku baik-baik. Lindungilah dia seperti nyawa sendiri . Nafkah juga jangan lupa bagi ", pesan Abdullah dengan tegas.

Dengan tenang Indra mengangguk. Begitu tinggi kasih sayang sang ayah, bagai berat hati melepaskan Mawar kepada Indra. Kerana sejak terlafaznya sebuah akad, tanggungjawab terhadap Mawar jatuh sepenuhnya kepada Indra.

" Baiklah ayah. Seperti yang saya janjikan, saya akan jaga dia dengan sepenuh hati dan nyawa. Saya akan melindunginya daripada segala badai yang melanda kelak ", balas Indra dengan lembut.

Tersenyum lebar si ayah mertua mendengar pengakuan si menantu. Dalam hati dia yakin bahawa Indra dapat menjadi seorang suami yang baik dan sempurna kepada anak perempuannya. Dia berharaplah rumah tangga mereka dapat dijaga sehingga akhir hayat.

Mawar di sebelah Indra tersenyum sendiri. Terasa hangatnya hati kerana dia merasakan yang mana apa yang dijanji Indra memang benar. Tidak sangka janji Indra yang ingin menjadikannya sebagai isteri dan juga ingin menjadi suami yang baik dahulu, benar-benar berlaku di hadapan mata.

" Wahhh, ibu tak sangka Indra betul-betul dah jadi menantu dalam keluarga ni. Sudah tiga hari kalian menjadi suami isteri, ibu masih tak percaya kalian dah besar panjang dah ", sampuk pula Nila.

Buatnya, merahlah pipi pengantin baru tiga hari itu.

" Betullah Nila. Mereka ni dah besar dah. Dah kahwin dah pun. Usahlah rasa ini seperti mimpi, Nila ", kata Abdullah memandang isterinya di sebelah.

" Saya tahulah bang. Bila masa pula saya bermimpi ? ", Nila mencebik.

Tersenyum kecil Abdullah melihat muka cemberut Nila. Sesekali keluar beberapa kedutan di wajah. Menandakan wajah ayunya bakal dimamah usia. Namun, Abdullah tetap setia dengan isterinya sampai dileraikan maut.

Mereka pun sambunglah bergelak tawa lagi untuk menghargai masa yang ada. Tidak lama kemudian, bersiaplah pasangan baru itu untuk bersalaman.

" Ibu, ayah, tidak mengapa duduk berdua sahaja di rumah ini? Mawar khuatir sekiranya terjadi apa-apa ", kata Mawar kepada orang tuanya.

Abdullah dan Nila pun tersenyum sesama sendiri.

" Anakku, inilah lumrah kami sebagai ibu dan ayah. Sudah tibalah masanya untuk kamu berjauhan dengan kami, anakku. Lagipun, Indra bukannya tiada rumah. Kalau tiada , barulah menetap di sini sahaja ", pesan Abdullah dengan lembut.

Mawar pun mengangguk seraya tersenyum nipis. Alah, tiada dapatlah dia berenggang bersama ibu dan ayah nanti.

" Usahlah risau, Mawar. Akan ada masa nanti kita ke sini lagi ", kata Indra pula seraya tangannya melingkari leher isterinya.

" Yalah. Tapi janji ya ? ".

Indra tersenyum lalu mengangguk.

" Iya si cantik ".

Tergelak kecil Abdullah dan Nila.

" Wah, bukan kepalang kalian berbeka di sini ya ? Sudah-sudahlah tu, kalau benar dijanjikan Indra, nanti sudi-sudilah kalian datang ke mari di sini. Ibu ni dah tak bersabar mahu tahu khabar kalian ! Lagi-lagi.. ", Nila memandang wajah Mawar lalu diturunkan ke bawah.

550 TahunWhere stories live. Discover now