Episod 73 - H

16 0 0
                                    

INDAH bangun dari pembaringan. Mawar di sebelah pun terus bertanyakan keadaannya.

"Em.. Saya baik-baik saja. Tapi, kamu siapa? ".

"Aku Mawar. Isteri kepada Indra. Sini, minum sup herba ni ".

Mawar pun membantu Indah untuk minum. Muka Indah kelihatan kelat semasa meminumnya. Barangkali sup itu terasa pahit.

Sementara Indra pula hanya memerhati dari beranda. Dia tidak mahu masuk kerana risau Mawar akan cemburu. Jadi, dia hanya membiarkan isterinya yang menguruskan.

Indah pun kehairanan. Apabila Mawar memberi penerangan barulah dia faham.

"Bagaimana kamu boleh disamun di siang hari begini? ".

"Saya berjalan seorang diri. Dan itulah mengapa dengan beraninya mereka hendak mencuri".

"Kalau begitu, segeralah mengadu kepada pembesar. Siapa tahu kalau mereka boleh menangkap".

Indah terkedu. Sebenarnya ada rahsia yang perlu diberitahu.

"Sebenarnya, saya berbohong. Mereka tidak menyamun tetapi hendak mengutip hutang. Keluarga kami pernah berhutang dan sampai kini tiada pulangan. Sebab itu mereka menyamuk".

Indra dan Mawar pun saling berpandangan.

"Mawar, boleh ambil seuncang syiling di dalam bilik ayah? ".

"Boleh abang, sebentar ya? ".

Selepas kembali ke kancapuri, dia pun memberinya kepada Indah. Buatnya, Indah terpempan.

"Sebenarnya kami ingin menolong kamu. Ambillah wangnya. Satu uncang ini pasti cukup untuk membayar hutang itu. Dan kamu tidak usah membayar kepada kami. Anggap sahaja sebagai sedekah".

"Tapi cik--".

"Ambil sahaja. Tak usah ragu. Kami ikhlas menolong kamu".

Indah pun menerima dengan akur. Berkali-kali ucapan terima kasih diberikan. Dalam hati, Indah tersenyum sendiri.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

" UHUK! Uhuk! Uhuk! " Mawar termuntah-muntah di atas pelantar iaitu di bahagian belakang dapur.

Indra yang sedang membawa kudanya terhenti tatkala melihat cecair itu jatuh ke tanah. Dia pun berlari mendapatkan Mawar.

"Ya Allah, dinda muntah lagi? " soalnya dalam kerisauan. Manakan tidak, sudah berminggu-minggu hal itu berlaku. Pejam celik pejam celik, sudah hampir satu purnama.

Apa yang lagi merisaukan adalah apabila ia disertakan tangisan. Mawar dengan tiba-tiba sahaja menangis tersedu-sedan.

"Dinda, ada yang mengganggu dinda lagi? ".

Indra mengesyaki bahawa Hazril telah kembali meneruskan dendam. Cis, sindirannya tempoh hari ibarat mencurah air ke daun keladi.

"Dinda? Istighfar dinda, ingatlah Allah sebanyak mungkin.. ".

Lalu Mawar menggeleng dengan air mata yang bercucuran.

"Kanda.. " Mawar mengangkat muka.

"Ada apa, dinda? Adakah jin itu mengganggu dinda lagi? Beritahu kanda sekarang ! " ujarnya dengan prihatin tetapi tegas.

"Dinda kebulur.. ".

"Eh? " Indra mengangkat kening.

"Dinda baru sahaja menghabiskan dua pinggan nasi ".

"Tapi dinda nak makan rusa.. Dinda teringin nak rasa dagingnya.. " kata Mawar dengan manja.

"Aduh ! " Indra menepuk dahi.

550 TahunWhere stories live. Discover now