Episod 13

31 5 0
                                    

Kayla menghadap cermin untuk memakai tudung bawal berwarna hitam dengan kemas dan selesa. Dia pun melilit bawalnya itu ke atas kepala. Pin dicucuk untuk mengekalkan kedudukan lilitan bawalnya itu. Lalu, dia mengenakan sedikit alat solek untuk menutup wajah asalnya.

Harini Kayla memakai blaus berwarna putih dan berkain hitam. Mengikut emosinya pagi ini. Setelah puas dia berdebat dengan Faiq semalam, akhirnya dia terpaksa turuti juga iaitu datang berjumpanya di sebuah kafe. Kata Faiq hal ini terlalu penting sehingga mengaitkan hidup dan mati.

'Tak ape tah si Faiq tu. Kalau pujuk suruh kerja balik memang aku kasi flying kick kat muka dia nanti ', geram Kayla memikirkan hal tadi. Mahu atau tidak, dia tetap perlu pergi. Kerana kalau dia masih berdegil tidak mahu pergi, Faiq akan mencarinya di rumah.

Hari ini Kayla hanya pergi berjumpa Faiq dan tidak akan ke kerja selepas perjumpaan tamat. Nampaknya kejadian semalam menyebabkan Kayla trauma jika terjumpa Imran. Risau dia hari ini kena panggil masuk pejabat Imran sebab hal semalam kalau dia datang bekerja.

Selepas pintu rumah dan pagar dikunci, Kayla pun masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin untuk memandu.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

"Makesure kau jangan terlalu memaksa dia. Cakap lembut-lembut je nanti. Toling bersabar kalau dia memaki-hamun kau ".

"Tolong, Tuan. Bukan toling ".

"Ahhh tak kesahlah. Aku tengah menggelabah ni. Tadi ni pun sampai dahi aku terlanggar pintu ! ".

"Ohhh patutlah dengar bunyi dentuman tadi ", kata Faiq lalu tergelak kecil.

"Kau jangan nak gelak sangat. Aku tahulah aku pandai buat lawak ! Dah-dah, sekarang ni ulang balik apa yang aku cakap ! Salah satu huruf je aku potong gaji kau ! ".

"Makesure jangan terlalu memaksa dia. Cakap lembut-lembut je nanti. Toling sabar kalau dia memaki-hamun ", kata Faiq mengulang semula ayat Imran.

"Tolonglah ! Bukan toling ! Kenapa tak ikut perkataan betul-betul, bebal ! ".

"Dah Tuan kata salah satu huruf kena potong gaji. Jadi saya ikutlah sebiji-biji ayat Tuan ", balas Faiq lalu tersengih.

"Ahhh apa-apalah. Kalau aku tahu kau paksa dia, aku pecat kau ! ". Terus sahaja Imran menamatkan panggilan.

Faiq tersenyum kecil lalu menggeleng kepala. Sekarang ini dia sedang duduk di dalam sebuah kafe yang unik kerana berkonsepkan alam semula jadi. Sekali masuk macam dalam hutan. Banyak tumbuhan hiasan di sana sini.

Faiq menikmati suasana hijau di luar tingkap di sebelah kanannya. Sudah setengah jam di menunggu kedatangan Kayla dan dia bersabar. Kerana dia tahu mengapa perempuan selalu lambat.

Derapan tapak kasut tumit tinggi mula kedengaran. Bau aroma bunga ros mula dihidu. Faiq pun menoleh ke kiri. Di hadapannya seorang wanita memakai tudung dan kain hitam berserta blaus putih. Itulah Kayla. Mukanya masam mencuka.

"Duduklah dulu ", kata Faiq sambil menunjukkan tempat duduk di hadapannya. Kayla pun terus duduk, kerusi ditarik kasar. Dia hanya membuat muka dingin.

'Perghhhh muka dua kali lima dari Tuan Imran. Dua-dua nampak seram ', getus Faiq dalam hati. Namun, di luar menampakkan riak muka yang biasa.

"Hmmm okay, sangat awkward hari ini ye... ", Faiq tersengih menunjukkan gigi. Sengaja berkata begitu sebagai permulaan bicara.

"Waalaikumusalam, cakaplah apa yang encik nak ", Kayla membalas dengan nada dingin.

"Erkkk . tak bagi salam. Assalamualaikum Kayla.. ", tersentak Faiq lalu memberi salam.

"Waalaikumusalam ", Kayla pun membalas.

550 TahunWhere stories live. Discover now