Episod 32

22 7 2
                                    

Dua minggu kemudian..

" Patutlah lama tak nampak, meringkuk kat sini rupanya ! ", kata seorang lelaki sambil berjalan beriringan dengan Hazarol.

" Senyaplah kau, setan ! ", balas Hazarol dengan geram.

" Amboi kau, aku dah tolong kau kot. Macam ni kau balas ? ".

Hazarol membuat rolled eye.

" Yelah Jay, nanti aku bayar kau balik ! ", balasnya acuh tak acuh.

Jay ataupun nama sebenarnya Jailani Uthman. Rakan kongsi gelap Hazarol yang menolongnya mengikat jamin. Dengan menggunakan cara tersendiri, dia pun akhirnya berjaya menjejaki kedudukan Hazarol menggunakan sesuatu.

Jay pun tersenyum senget. Setelah tiba di hadapan kereta, mereka pun masuk ke dalamnya.

" Hiyyy ! ", Hazarol menghentak dashboard kereta Jay dengan kuat.

" Uihh, pehal kau ni ? ", tersentak Jay.

" Benci betullah aku dengan jantan tuh ! DISEBABKAN DIALAH AKU TERPERAP KAT SINI !!! ".

" Yang kau pergi serang kat tempat dia sape suruh ? Kau ni suka sangat terburu-buru. Laju-laju tu nak ke mana ? Slow-slow lah dulu ! ".

" AHHHHH" , Hazarol menjerit.

Buatnya, hampir pekak deria pendengaran rakannya itu.

Lantas, Hazarol pun berpaling ke tingkap kereta lalu menyilangkan tangan. Dipandang balai polis yang sedikit jauh dengan perasaan yang membuak-buak amarahnya.

Selepas Jay memasang penghawa dingin, dia menjenguk sedikit Hazarol yang nampak seperti merajuk. Cis, tak padan dengan badan !

" Anyway, boleh aku tahu kenapa kau beria nak dapatkan Kayla ? Padahal dia tak suka kau kot. Kau... ada sebab lain ke kenapa nakkan sangat ? ".

Perlahan Hazarol menoleh. Serentak itu dia mengukir senyuman sinis.

Jay yang sudah lama mengenali rakannya itu, sekadar mengangkat kening. Sah jawapannya ya. Jika tidak, masakan Hazarol bersungguh-sungguh mendapatkan Kayla. Lagipun, wanita yang berhijab begitu bukan sasaran mereka. Biasanya yang menjadi mangsa mereka ialah perempuan murahan. Kerana mereka sangat mudah diumpan.

" Tak nak cerita kat aku ke ? ", pinta Jay sambil memulakan pemanduan.

" Belum masanya lagi ".

Jay berdecit. Kedekut betul.

Kereta berjenama Lamborghini kuning pun meluncur laju ke lebuhraya meninggalkan kawasan.

🕰   ♦   🕰    ♦    🕰

Pada waktu petang selepas asar, Imran, Kayla dan Faiq berdiri di sisi kereta Honda Imran sambil tersenyum. Semuanya kerana mereka kelihatan gembira melihat para pekerja yang lagi gigih menyiapkan rumah tradisional Melaka Pak Haji. Nampaknya projek mereka hampir selesai.

" Saya tak sangka cepat betul rumah ni nak siap. Selalunya ambil masa lama sikit. Kalau yang ini sebulan je ", ujar Kayla yang mengungkapkan rasa sukacitanya.

" Tanpa bantuan awak dan pekerja-pekerja lain, projek ni lambat lagi siapnya ", balas Imran yang berada di sebelah. Sebelah Imran pula ialah Faiq. Dia dari tadinya diam membisu.

Kayla tersenyum lalu mengangguk. Benar, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Tidak lama itu, munculnya Pak Haji. Kali ini penampilannya lebih kemas dari sebelumnya. Dia mengenakan songkok, berkemeja yang bercorak, berseluar panjang warna hitam. Cumanya dia masih berselipar jepun.

550 TahunWhere stories live. Discover now