BAB 1-RISAU

7K 129 5
                                    

Bismillah🤗
-
PELUH membasahi seluruh tubuh 4 orang gadis yang baru sahaja selepas berlari 4 pusingan keliling taman berdekatan rumah mereka. Mereka mengambil keputusan untuk rehat sekejap.

Air botol di capai lalu airnya di teguk rakus. Syifa yang melihat rakan-rakannya kepenatan ketawa kecil. Iqah atau nama sebenarnya Syafiqah berdiri lalu membuang botol airnya yang sudah habis ke dalam tong sampah. Lalu dia kembali duduk di bangku tadi.

"Haish korang ni, rilek lah. Baru je 4 pusingan." Ucap Syifa.

"Kau bolehlah, dah biasa. Huh, huh, kami ni, huh, jarang nak, huh, joging." Nafas Insyirah atau senang di panggil Syirah turun naik kerana letih.

"Hah, aku sokong kata Syirah tu. Tapi, macam mana ko boleh tak penat sedangkan kau tak boleh tahan bawah panas?" Soal Ainul yang lebih mesra di panggil Ain hairan. Setahunya, kalau Syifa di bawah matahari lama, hidungnya akan berdarah.

"Kan tadi aku pesan, kita nak joging bukan berlumba lari. Yang korang pergi pecut ke depan tu kenapa?" Marah Syifa.

Usrah Jamilah tersengih sambil menggaru belakang tengkuk mereka.

"Weh, tak sabar aku nak pergi sekolah besok. Seksa doh tak pergi sekolah sebulan. Macam setahun." Kata Iqah lagi. Usrah Jamilah yang lain mengiyakan kata-kata itu.

Bagi mereka, sekolah adalah rumah kedua mereka selepas rumah. Mungkin sesetengah orang kata sekolah ni bosan, takde yang seronok tapi bagi Usrah Jamilah, sekolah adalah tempat di mana kejayaan bermula.

"Eh dahlah berbual. Jom sambung. Lagi beberapa pusingan lepas tu balik. Korang stay rumah aku dulu kan?" Tanya Syifa. Yang lain mengangguk. Mereka meneruskan larian. Dari jauh, ada yang sedang memerhatikan mereka.
-
SEDARI tadi, matanya tidak lepas dari memerhati adik kembarnya. Hatinya merasa takut jikalau adiknya cedera atau sakit. Sungguh dia trauma melihat adiknya terlantar di katil hospital 2 tahun lepas kerana asma yang kuat.

"Bro, kau tengok apa?" Saiful tersentak. Dia menoleh melihat Muizudin atau senang di panggil Muiz dan 2 lagi rakannya yang lain.

"Takde apa-apa lah. Aku tengok adik aku je. Dia ada dekat sini jugak dengan usrah jamilah." Beritahu Saiful.

"Kenapa kau tengok dia?" Dan bermulalah sesi soal jawab diantara kumpulan Hot Boy itu.

"Aku risau. Aku takut kalau dia cedera atau sakit." Luah Saiful. Dia tidak takut untuk luahkan perasaan dia pada 3 orang sahabatnya itu.

"Takut apanya bro. Dia dah besar lah. Boleh jaga diri." Kata Haiqal sombong. Saiful senyum sinis.

"Dia dah besar ke kecil ke, aku tak kesah. Yang aku tahu, dia adik aku. Satu-satunya adik aku. Satu-satunya kembar aku. Satu-satunya adik beradik perempuan aku. Aku tak sanggup tengok dia terlantar atas katil hospital 2 tahun lepas sebab asma dia." Jeda.

"Aku takut dia lemah. Dengan keadaan walid dan ummi aku yang kerap sakit sejak kebelakangan ni. Abang-abang aku sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Aku pun bukan selalu ada dengan dia." Sambungnya.

"Korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa. Tapi Qal, Mika, korang ada adik kan? Apa rasa korang kalau adik korang tu sakit sampai masuk hospital? Risau kan? Takut kehilangan diorang. Mungkin korang tak rapat sebab tu takde perasaan risau tapi, aku beritahu bro, aku pernah alami dan aku tahu apa perasaan seorang abang melihat adiknya yang sedang sakit." Luah Saiful.

Hot Boy terdiam. Kali pertama Saiful meluahkan perasaannya dengan dalam sehingga mengusik tangkai hati 3 lagi manusia di situ.

"Weh, jom pergi dekat dorang." Ajak Muiz. Senyuman jahat terukir di bibirnya. Yang lain akur. Sebaik-baik Saiful pada Syifa, dia juga selalu mengusiknya dan mengikuti segala rancangan Hot Boy terhadap Usrah Jamilah.
-
MATANYA tertacap pada 4 susuk tubuh lelaki yang menghampirinya. Bila melihat lagi, kelihatan Hot Boy ialah orang itu. Dia bergegas mengemas barang.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now