BAB 26-GEMBIRA

1.7K 65 0
                                    

Bismillah...
-
PAKAIAN sukan di pakai. Semua pelajar di kehendaki memakai pakaian sukan sekolah mulai hari ini sehingga hari Sukan Ria tiba. Syifa hanya membawa beg sandang kecil bewarna kelabu yang berisi telekong juga botol air.

Dia keluar dari bilik awal untuk menyiapkan sarapan pagi. Awal itu selepas sembahyang subuh. Dia membuat roti kawin dan cucur pisang. Tidak lupa roti di sediakan. Ada salutan kaya, coklet, coklet mentega kacang, cheese dan telur.

Tepat pukul 6 pagi, semua adik beradiknya turun. Nazmi tidak terkecuali. Syifa hanya senyum. Perkara semalam telah di lupakan dan tidak mahu di kenang lagi. Yang lepas biar berlalu.

Syifa menuangkan teh ke cawan abang-abangnya. Bila tiba masa untuk cawan Nazmi, dia hanya beriak tenang manakala Nazmi pula tidak lepas memandangnya sehingga tidak sedar cawan itu sudah penuh dengan teh.

"Adik nak masuk acara larian tu?" Tiba-tiba Nazmi bersuara ketika mereka sedang menikmati sarapan.

"Hm, ikutkan hati memang nak. Tapi kalau abang tak bagi takpelah." Balas Syifa. Nazmi mengeluh perlahan.

"Takpe, abang bagi. Tapi dengan syarat."

"Ape syaratnya?"

"Adik kena janji. Janji adik takkan cedera ataupun sakit. Abang tak nak tengok adik macam 2 tahun lepas, boleh?" Pinta Nazmi.

"Em, adik tak boleh janji. Asma adik boleh datang bila-bila masa je. Tapi in sha Allah, adik boleh." Katanya bersemangat dengan senyuman.

"Okey abang benarkan adik ikut." Senyuman Syifa ternampak lebar. Harapannya kini sudah tercapai.

Dalam diam, Firhad tersenyum melihat adik bungsunya itu. Walaupun dari luaran dia tidak mengambil berat, tapi hatinya cukup risau bila Syifa sakit atau cedera. Dulu memang mereka rapat. Dulu. Sebelum Firhad putus dengan bekas teman wanitanya.

Ingat tak waktu Firhad tolak Syifa waktu dia nak masuk rumah? Waktu tu mereka dah lama putus. Hari tu dia nampak teman wanitanya keluar bersama lelaki lain sewaktu dia keluar dari universiti. Dari situ, dia menganggap perempuan hanya memainkan hati lelaki.

Namun dia sedar, masih ada perempuan yang lebih baik dari bekas teman wanitanya itu. Dan bukan semua perempuan 'sampah'. Masih ada perempuan solehah dan mempunyai akhlak yang mulia lagi terpuji.
-
"KAU kenapa seronok semacam aku tengok ni?" Soal Haiqal hairan.

"Gile tak seronok? Abang Az bagi aku masuk acara larian. Bermaksud tahun ni aku dapat masuk 10 permainan dari 20 permainan." Ujar Syifa gembira.

"Aku hairan. Kau ni aktif tapi kau tak nak jadi olahragawati. Kalau kau tak kesah, aku nak tahu kenapa?"

"Aku dah jadi pengawas. Bukan setakat pengawas je tapi penolong ketua pengawas. Kalau boleh aku nak, tapi aku sedar masih ada orang berbakat selain aku. Aku nak bagi peluang untuk dorang capai impian dorang." Ucap Syifa.

"Kan kau pernah cakap, harapan kau tipis sangat nak masuk acara larian. Kenapa eh?" Banyak tanya pula si Haiqal ni.

"Kau tahu kan aku ada asma. Asma aku makin kuat lepas derma darah hari tu. Dokter cakap dekat abang Az yang aku tak boleh masuk acara larian berat. Setakat 100 meter aku boleh. Tapi..." kata-katanya terhenti.

"Kau nak masui acara 200, 400 meter macam tu?" Teka Haiqal. Syifa mengangguk.

"Syifa. Aku bukan nak membangkang ke apa. Tapi, aku sebagai kawan merangkap tunang kau merangkap bakal suami kau nasihat, kalau kau tak mampu, jangan buat. Jangan paksa diri kau." Kata Haiqal lembut.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now