BAB 52-PULANG

1.5K 48 0
                                    

Bismillah💙
-
5 tahun kemudian

BANYAK yang berlaku sepanjang 5 tahun ini. Nazmi dan Iman sudah di beri dua orang cahaya mata bernama Ameen Arman dan Armina Amani. Dan sekarang Iman mengandung anak ketiga 2 minggu. Nazmi juga semakin terkenal dengan nama 'pelukis terkenal'.

Nazim dengan Hana di kurniakan seorang cahaya mata bernama Putri Asyura. Comel. Nazim telah menerbitkan 3 buah buku dan akan menerbitkan sebuah lagi buku pada bulan depan. Semua bukunya di minati ramai.

Fauzi dan Sara pula sudah di kurniakan seorang anak perempuan bernama Ameliya Azira. Sekarang mengandung anak kedua 3 minggu. Fauzi juga mendapat gelaran jurugambar paling professional.

Shahrul sudah bertunang dengan Damia. Majlis akad nikah dan bersanding masih dalam rancangan. Hakimi, Firhad, Rayqal dan Rafiq sudah bekerja. Hakimi bekerja sebagai dokter sains atau lebih senang di gelar saintis.

Firhad pula bekerja sebagai juruterbang. Bukan senang nak jumpa dia. Selalu sibuk belayar ke sana dan ke sini. Selalunya sebulan itu ada 2 kali flight. Kalau sehari dua takpe jugak ini seminggu, sebulan.

Rayqal membuka sebuah kafe yang juga menjadi trending. Ada juga cawangan lain. Sebuah di Brunei. 3 di Japan. 2 di Kuala Lumpur dan main cawangan ada di Australia.

Rafiq membuka sebuah restoran. Besar seperti hotel. Biasa-biasa saja tapi di pandang seperti restoran 5 bintang. Hidangan selalu mendapat tarikan ramai dan pujian. Ianya menjadikan restoran itu direbuti ramai. Harganya juga bepatutan.

Nasrul, Saiful dan Syifa sudah habis belajar. Nasrul dan Saiful mengambil degree manakala Syifa mengambil master. Di samping belajar dalam bidang perniagaan, dia juga mempelajari bidang kedoktoran.

Nasrul bekerja sebagai seorang polis bahagian penyiasatan. Seorang polis yang amat professional. Saiful pula menjadi CEO syarikat arwah Haji Mohamad. Dia di bantu oleh Haji Aqmal dan anaknya, Iqmal Syafawi.

Syifa pula mengikut jejak langkah Iman dan Sara menjadi dokter. Walaupun dia menjadi dokter, butik arwah Hajah Faezah tidak di lupakan. Dia juga telah membuat pembedahan. Masih tiada perubahan. Sebenarnya mereka nak cuba lagi tapi Syifa tolak.

Tok tok tok!

Kedengaran pintu di ketuk. Syifa di arahkan untuk membuka pintu. Buka saja pintu...

"MAMA!" Terus tubuhnya di peluk oleh seorang budak kecil. Di belakang budak kecil itu ada seorang lelaki iaitu Carl.

Okay-okay Ly terangkan.

Carl sudah berkahwin. Bukan bersama Syifa tetapi perempuan lain yang bernama Qasya. Selepas melahirkan budak kecil itu, Qaira Elyna, Qasya meninggal dunia.

Qasya juga merupakan salah seorang sahabat Syifa ketika belajar di Kolej Ilmia'h Australia. Sebelum Qasya menghembus nafas terakhir, dia sempat meminta tolong Syifa untuk menjaga Qaira seperti anaknya sendiri. Qaira menganggap Syifa ialah ibunya kerana wajah Syifa iras wajah Qasya.

Tahun lepas, Qaira sudah tahu Qasya sudah tiada. Dia tetap memanggil Syifa mama dengan keizinan Syifa. Keluarga Syifa juga tidak kesah.

"Ye Aira, sayang mama. Jom masuk. Carl, masuklah." Ajak Syifa lembut. Carl sudah pandai bercakap melayu walaupun sedikit pelat.

"Bro, kenapa datang?" Sapa Rayqal.

"Ni aku nak bagitahu, aku dengan Qaira nak pindah Kuala Lumpur minggu depan. Aku nak tempah tiket petang ni. Korang nak ikut balik tak?" Semua diam. Dan semua memandang kearah Syifa.

Syifa kelu. Tipu kalau dia tak rindu Kuala Lumpur. Rindu sahabatnya. Lebih-lebih lagi...

"Adik, nak balik tak?" Hakimi menyoal perlahan.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now