BAB 11-KEBENARAN

2.2K 95 3
                                    

Bismillah...mari mulakan🤗
-
SELESAI memberi salam, dia menadah tangan untuk berdoa. Sembahyang Isya sebentar tadi di lakukannya dengan penuh khusyuk.

"Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa-dosaku. Dosa kedua ibu bapaku, peliharalah mereka sebagai mana mereka telah memeliharaku sejak kecil. Ampunilah dosa adik beradikku yang sedarah daging denganku, guru-guru yang telah mendidikku, sahabatku yang sentiasa ada denganku dan rakan-rakan seperjuanganku yang sentiasa berjuang bersamaku dalam islam."

"Ya Allah, kau panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh kami, murahkanlah rezeki kami ya Allah. Jauhkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Masukkanlah kami ke syurgamu ya Allah. Jauhilah kami dari perkara-perkara yang mungkar."

"Ya Allah, sesungguhnya hari ini aku di uji. Aku bermohon kepadamu ya Allah agar memudahkan segala urusanku. Janganlah kau biarkan mereka yang lain mendapat dosa kerana mengutuk, menghina dan memfitnah. Kerana sesungguhnya, mereka tidak tahu kebenarannya."

"Permudahkanlah urusan kami ya Allah. Robbana atina fiddunya hasanah, wafilalhirati hasanah, wakina azab bannar. Wasollahu a'la sayyidina muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahi robbil alamin. Amiin..." dia mengaminkan doanya tadi.

Dia membuka telekong yang di pakainya lalu melipatnya dan di simpan di dalam beg. Sejadah di gantung di tempat khas. Syifa keluar ke balkoni. Menghirup udara segar pada malam itu. Cahaya bintang yang menerangi langit yang gelap.

Di duduk di kerusi yang tersedia. Dia mengambil gitarnya. Dia memainkan gitarnya sambil bernyanyi.

Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan,
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan.
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha,
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Dimana kau berada
Percapaian tak tiba dengan mudah

Kini, standing in the eyes of the world.
Hanyalah selangkah dari nyata. Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah dengan gagah
Bersemangat kearah matlamat sedaya upaya
Engkau tengunggul
Wajar standing in the eyes of the world

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua milik tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Syifa memahami lirik lagu tersebut. Ye, ujian, dugaan dan cabaran harus di hadapi. Sepahit mana pun ia. Semua telah tertulis. Semuanya takdir kita. Baik buruk perkara itu kita tak dapat ubah. Kita dapat hadapinya. Allah rindu dengan kita sebab itu Allah bagi kita 'hadiah'. Dan hadiah itu adalah ujian.

Allah uji hambanya kerana Dia tahu kita mampu hadapinya. Allah takkan uji sekiranya ianya melebihi kemampuan kita. Syifa menghembus nafas dan mengkir senyuman. Dia masuk ke bilik untuk menyedut inhalernya. Selepas itu, dia membasuh kaki dan merebahkan badannya di katil. Akhirnya, dia terlelap.
-
DIA meraup wajahnya kasar. Rambut yang tadinya terurus kini serabai. Baru saja dia ingin mengambil angin di luar. Dia ternampak pula Syifa menyanyi sambil memetik gitar.

Dia memahami lirik lagu tersebut. 'Kenapa lirik lagu tu macam kata dia kena hadapi ujian yang di beri? Bukan dia memang salah ke?' Bisik hati Haiqal. Teringat dia kata-kata Saiful di sekolah.

Flashback

Haiqal, Muiz dan Mika sedang menunggu Saiful di belakang dewan. Kata Saiful, dia hendak mengatakan sesuatu. Sejujurnya, Haiqal tidak mahu untuk berjumpa dengan Saiful lepas perkara yang di sebarkan mengenai Syifa.

Tiba-tiba Saiful datang dan menumbuk bahu Haiqal.

"Woi Sai! Apa ni?" Marah Muiz. Dia dan Mika menolong Haiqal.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now