BAB 48-SEBAK

1.4K 51 0
                                    

Bismillah💞
-
MEREKA pulang kerumah pada jam 7.30 petang. Mereka sudah sembahyang maghrib di surau berdekatan pantai tadi. Selesai sahaja sembahyang i'sha, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.

"Sai, nah hadiah untuk Sai." Rafiq pergi kearah Saiful dan menyerahkan sesuatu. Saiful mengangkat kening. Beg plastik itu di buka dan dia mendapati benda itu ialah CD cartoon yang diminatinya.

"Yang ni pulak untuk adik." Rafiq memberi pula satu beg plastik sederhana besar. Rasanya macan berat. Bila Syifa membukanya, rupanya Rafiq memberinya 4 buah buku novel drama.

"Terima kasih abang Fiq." Ucap Saiful dan Syifa serentak.

"Abang pulak." Rayqal menyerahkan sebuah kotak pada Saiful dan beg plastik pada Syifa.

Saiful mendapat PS2 manakala Syifa mendapat tasbih bewarna biru dan unggu. Syifa tidak kesah apa yang abang-abangnya beri asal semuanya benda yang baik.

Firhad pula memberi Saiful jam bewarna merah manakala Syifa pula diberi jam bewarna biru gelap.

"Abang nak Sai dan adik sentiasa pakai jam ni. Dalam pakai tu, ingat abang selalu ada dengan korang." Firhad mengungkapkan kata-kata yang membuat diri Syifa sedikit sebak.

Hakimi pula tampil kehadapan. Dia memberi Saiful lagi 2 buah komik manakala Syifa sebuah buku kosong.

"Adik suka menulis kan? Sekarang ni adik dah ada buku khas untuk menulis." Hakimi menyuarakan sebab kenapa dia memberi Syifa sebuah buku kosong.

"Wow adik menulis? Sejak bila?" Tanya Rafiq berminat.

"Dah lama tapi tak berani nak suarakan."  Terang Syifa.

Sekarang giliran Shahrul pula, dia membawa sesuatu keluar dari ruang stor dan rupanya ianya ialah 2 buah basikal. Warnanya bercampur. Saiful campuran warna merah dan jingga manakala Syifa mendapat campuran warna merah jambu dan unggu.

"Abang...basikal lama kan masih elok lagi." Rungut Syifa. Dia bukan tak suka tapi membazir.

"Alah takpe, kira sparelah." Jawab Shahrul selamba.

"Nah ni dari abang untuk Sai dan adik. Tapi adik dapat extra dari kak Sara." Ujar Fauzi. Setiap sorang dapat satu kotak manakala Syifa mendapat lagi satu beg plastik. Mungkin hadiah dari Sara.

Hadiah pemberian Fauzi pada Saiful dan Syifa ialah kasut sukan jenama skechers yang sekarang menjadi tarikan ramai. Belum sempat Syifa membuka mulut, Fauzi memotong.

"Anggap ni rezeki adik." Syifa mengeluh sebelum mengangguk. Dia membuka pula beg plastik pemberian Sara.

"Maaf ye, dik. Akak tak tahu apa yang adik suka. Jadi adik beli je yang tu. Harap adik tak kesah." Bersinar mata Syifa melihat jubah coklet dan sekali dengan tudung labuh bewarna coklet cerah.

"Takpe kak. Ini pun adik suka. Cantik, pandai akak pilih. Macam mana akak tahu saiz badan adik?" Soal Syifa.

"Akak tanya abang Zi lepastu abang Zi tanya abang Rayqal kamu. Abang Rayqal kamu bagitahu." Kata Sara. Syifa memandang Rayqal dengan kerutan dahi.

"Alah adik, abang awalnya agak-agak je sebab yelah, abang kan selalu dukung adik. Ni pun abang ingat je macam mana tubuh adik masa abang dukung." Jelas Rayqal.

"Abang Zim tak tahu sangat apa hadiah nak bagi pada adik...yelah, Sai lelaki dan abang tahu macam mana cita rasa dia...hadiah untuk adik Kak Hana yang tolong. Nah." Nazim menyerahkan satu beg plastik kepada Saiful dan dua beg plastik kepada Syifa.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now