BAB 62-KANTOI

1.9K 48 2
                                    

Bismillah💞
-
SYIFA sedar dari lenanya semalam. Semalam ialah malam yang paling mengerikan dalam hidupnya. Dia dirogol tanpa rela oleh suaminya sendiri. Dirogol tanpa belas kasihan.

Syifa mengambil bajunya bagi menutup tubuhnya yang terdedah itu. Keadaannya amat lemah sekarang ini kerana tidak memakan ubat pada malam hari.

Dia mula membersihkan diri. Haiqal masih belum bangun. Mungkin kesan daripada serbuk yang dituang oleh Haima ke dalam minuman Haiqal. Syifa tidak menyalahkan Haiqal. Lagipun Haiqal tidak sedar.

Syifa turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia memakai baju berlengan panjang melebihi paras tapak tangannya kerana tidak ingin Haiqal nampak kesan lebam di lengannya itu.

Hari ini, Haiqal dan Syifa bekerja pada shif yang sama. Syifa bersyukurlah juga. Dapat dia pantau perbuatan yang di lakukan oleh Haima pada Haiqal.

"Hai, sayang!" Tegur Haiqal secara mengejut sambil memeluk Syifa dari belakang. Syifa yang terkejut terhempas tangannya pada dinding sinki yang berada di depannya ketika itu.

"YaAllah sayang, sorry abang tak sengaja." Tangan Syifa yang terhempas itu di tarik, namun perbuatannya itu membuat Syifa mengerang kesakitan.

"Auch!" Tangan Haiqal tepat mengena kearah kesan lebam di lengan Syifa. Haiqal yang perasan dahi Syifa berkerut seperti menahan sakit terus mensinsing lengan baju Syifa.

Hampir terbuntang luas mata Haiqal melihat kesan lebam itu. Haiqal dapat rasakan bukan itu saja kesan lebam yang Syifa ada. Dia menarik lengan baju sebelah kiri Syifa dan di situ terdapat juga kesan lebam.

"YaAllah sayang! Apa semua ni? Kenapa tak beritahu abang?" Cemas Haiqal bersuara. Syifa mengeluh perlahan.

"Beritahu abang sayang. Siapa buat semua ni?" Dan saat itu, mata bulat Syifa merenung tepat ke mata Haiqal. Jujur Syifa katakan, amat ketara yang suaminya itu tidak tahu apa-apa.

"Abang tak ingat apa yang jadi semalam?"

"Sayang, dari hari tu sayang selalu tanya apa jadi semalam, apa jadi semalam. Ada apa sebenarnya?" Marah Haiqal. Syifa mengeluh perlahan. Harap Haiqal dapat terima apa yang dia bakal ceritakan.

Syifa sekali lagi melihat tepat ke mata Haiqal lalu dia menceritakan segalanya dari mula dia dapat rasakan perubahan Haiqal, hingga kedinginan Haiqal terhadapnya, juga apa yang Kamilia cerita, tidak lupa apa yang Haima telah lakukan dan terakhir, kejadian malam semalam.

Syifa memejam matanya erat saat selesai menceritakan segala yang berlaku. Lain pula Haiqal, hampir terkeluar biji matanya mendengar cerita yang di sampaikan oleh Syifa.

"Abang yang buat semua ni?"

"Abang sakiti sayang?"

"Abang dera sayang sampai macam ni?"

Segala persoalan Haiqal di jawab dengan anggukan oleh Syifa. Haiqal memejam matanya erat. Cuba mengingatkan segala yang berlaku namun, gagal.

"Abang minta maaf sayang, abang... abang langsung tak ingat apa yang berlaku. I'm really sory." Ucap Haiqal syahdu.

"Takpe, bukan salah abang. 'Syaitan' dalam badan abang yang buat." Senyum Syifa.

"Eh tapi tadi sayang cerita, Haima? Haima masukkan serbuk dalam minum abang?" Syifa mengangguk.

"Kamilia yang beritahu sayang. Dia ternampak Haima masukkan serbuk dalam minuman abang waktu abang dengan dia ada dekat pantri." Beritahu Syifa.

Gadis BiasaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt