BAB 32-UBAT

1.6K 53 4
                                    

Bismillahirrohmanirrohim, mari mulakan🤗
-
MATAHARI menyinari pagi hari Isnin. Permulaan hari pertama persekolahan selepas 2 minggu cuti. Syifa duduk di kerusi menikmati sarapan pagi. Wajahnya di hiasi dengan senyuman untuk menutupi wajah pucatnya.

Kalau Syifa tidak berkeras, dia pasti di larang untuk ke sekolah kerana keadaannya ketika itu. Namun, Syifa tetap mahu pergi kerana tidak mahu sisa hidupnya berada di dalam bilik sahaja.

"Adik, betul ke adik nak pergi sekolah?" Soal Rafiq untuk kali ke-34. Syifa sudah menyampah.

"Abang, berapa kali adik nak ulang. Adik tetap akan pergi. Tak perlu risau tentang adik. In sha Allah, adik takkan sakit." Ujar Syifa. Adik beradik yang lain mengeluh. Sungguh luaran Syifa nampak kuat. Pasti tiada yang syak akan keadaannya.

Ding! Dong!

Lonceng berbunyi. Syifa meletakkan pinggan dan cawannya di singki lalu mencucinya. Selepas itu dia menyalami tangan abang-abangnya sebelum keluar kearah rakan-rakannya.

"Yo Fa, Sai!" Tegur Ain dan Muiz serentak.

"Uu~serentak baii..." usik Iqah pula.

"Ada jodoh ni." Kata Mika pula.

"Jodoh kau!" Jerit Ain dan Muiz lagi.

"Dah-dah jom pergi. Lambat nanti." Tegur Haiqal. Semua akur lalu mengayuh basikal masing-masing.
-
REHAT telah tiba. Usrah Jamilah tidak ke kantin. Katanya ada kerja. Masa itu, Hot Boy pergi ke kantin. Mereka berbual. Saiful hanya diam. Memikirkan keadaan adiknya yang...

"Woi Sai!" Teriak Muiz. Nadanya sangat ketara tidak berpuas hati.

"Hah apa?" Tanya Saiful.

"Kau okey tak ni? Termenung je. Makanan pun kau kuis-kuis je. Tak makan ke?" Soal Mika prihatin.

"Aku...aku risaulah. Syifa. Adik aku. Dia..." belum sempat Saiful menghabiskan ayatnya. Dia teringat kembali pesanan Syifa semalam apabila dia sudah habis memakan bubur.

"Abang, janji dengan adik. Jangan bagitahu Usrah Jamilah ataupun Hot Boy mahupun kawan yang lain tentang keadaan adik. Janji abang. Adik takut adik tak mampu nak jumpa dorang selepas tu."

Kata-kata Syifa terngiang-ngiang di telinganya.

"Sai! Orang tanya dia boleh termenung pulak. Syifa kenapa?" Marah Muiz lagi.

"Takde papelah. Adik aku. Semalam dia...err dia pasang cerita seram. Sampai sekarang aku tak boleh lupa muka hantu tu." Tipu Saiful.

"Ingatkan apalah tadi. Dah makan. Tak lama lagi nak habis rehat." Tegur Muiz. Dalam diam, Haiqal dapat rasakan Saifuo menyembunyikan sesuatu. Jauh di sudut hatinya berasa tidak sedap hati. Cepat-cepat di tepis perasaan itu.
-
SKIP WAKTU PETANG

DI dalam bilik, Syifa menelan ubat dan meminum segelas air putih penuh. Dia mengeluh seketika. Sampai bila dia hendak menelan semua ubat-ubat ni? Sampai tua? Sampai mati? Masih ada ke hari tua untuknya kalau keadaan mudanya sudah macam ini?

Mungkin ini perasaan ummi apabila menepuhi kansernya dulu. Asyik makan ubat saja. Syifa menuju ke luar balkoni. Duduk menikmati petang. Gitar di pandang kosong. Langsung tiada lagu yang terlintas di fikirannya.

Akal fikirannya sedari tadi berfikir. Apa reaksi sahabatnya bila tahu tentang keadaanya? Sedihkah mereka? Atau tidak? Apa pula reaksi Haiqal? Sedih? Kecewa? Gembira? Tak tahu.

'Ya Allah, jika takdirmu nyawaku di tarik ketika aku masih muda, aku redho. Walid ummi, tunggu adik depan pintu syurga ye.' Getus hati Syifa. Air matanya perlahan-lahan mengalir. Ini bukan dirinya. Tahun dahulu, air matanya amat mahal untuk turun. Tahun ini, tangisannya bermula.

Syifa mengesat air matanya. Hidup perlukan perjuangan. Pengorbanan. Dirinya kuat bukan lemah. Dirinya pasti mampu hadapi dugaan ini. Kalau tidak Allah takkan mengujinya.

Dia masuk ke dalam bilik. Merebahkan dirinya di atas katil. Lalu perlahan-lahan, dirinya terlelap.
-
JAM lonceng berbunyi. Dia terlelap dari 4 petang hingga 8 malam. Ya Allah, terlepas solat maghrib. Cepat-cepat Syifa mengambil inhaler terlebih dahulu. Barulah dia masuk ke tandas untuk menbersihkan diri.

Dia menqodho solat maghrib dan menunaikan solat fardhu isya. Tiba-tiba, pintu di kuak. Terpampang wajah Firhad yang tampak dingin namun jauh di sudut hatinya dia seoarng yang caring and protective.

"Dah bangun? Lepas ni turun makan." Ujarnya dengan nada yang sememangnya dingin namun masih lagi terselit keprihatinannya.

Syifa hanya angguk. Firhad setia menunggu di muka pintu. Ketika Syifa melintas tubuh sasa Firhad, kepalanya mula berdenyut kencang. Badannya hampir jatuh namun sempat di tangkap oleh Firhad.

"Okey tak?" Suara Firhad amat ketara dia risau. Badan Syifa tadi jatuh di dadanya.

"Okey. Terima kasih abang. Maaf susahkan abang." Syifa menunduk. Firhad hanya diam. Kenapa dia masih dingin di depan Syifa? Sedang Syifa perempuan yang berbeza daripada bekas teman wanitanya.

"Dahlah. Jom abang papah turun." Dan Syifa terkejut. Pertama kali. PERTAMA KALI selepas 'kejadian' itu Firhad membahas dirinya sebagai abang.

Mereka menuruni tangga ke tingkat bawah lalu menuju ke ruang makan. Syifa berasa bersalah sebab abangnya yang memasak makan malam. Selalunya dia sebab dia satu-satunya perempuan dalam keluarga itu sekarang.

Syifa makan seorang diri kerana Nazim dan Fauzi kerja. Nazmi, Shahrul, Hakimi dan Rayqal menonton tv. Firhad dan Rafiq membuat assignment manakala Saiful mengulang kaji.

Bersambung...

Sorry guys sebab short update...bab ni tak sampai 1000 words pun😢Tapi takpe, Ly janji next bab akan lebih panjang dari sebelumnya. Jangan bosan menunggu ye😉

Promote story:

By:Shieyruna

1. Cinta Dalam Diam
2. Kau V.S Aku
3. Kerana Cinta
4. My Girl

By:kimfarah_taerah

1. My Electric Girl(Malay)
2. The Truth Untold
3. Daydream
4. Magic Shop
5. BTS Memes Complication
6. Fake Truth
7. Kpop Imagines

By:CtNorLiana

1. Pencuri Hati
2. Encik Mafia Encik Duda
3. Jangan Ungkapkan Cinta
4. Dia Mursyidku
5. Selamanya Cinta

By:Officiallyqahts

1. Aku Anti-Lelaki
2. Fake Love(Malay)

By:atqhnr

1. Don't Let Go(Malay)
2. My Precious Girl(Malay)
3. Takdir Kita
4. Takdir Kita 2
5. My Fondness(Malay)
6. Mrs. Farrid Affiq
7. Triple F
8. Aku Dan Kau
9. Kekuatan Saya
10. I'm Yours(Malay)
11. Lakaran Kisah Kita

By:_Aisywa

1. Mr Head-Prefect And Hot-Tempered Girl
2. Because You Are My Love
3. BANGKIT
4. Marry Me, Mafia
5. Bad Boy Itu Suami Aku
6. Puisi Kita
7. Rintihan Kalbu

Setakat itu saja, sambil menunggu update dari saya sudi-sudilah baca dan vote cerita dorang...😉

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now