BAB 15-PERUBAHAN

2.1K 75 0
                                    

Bismillah, selamat membaca🤗
-
SETELAH 3 hari tidak hadir ke sekolah, hari ini, mereka ber8 berjalan menuju ke sekolah. Yelah, pada hari Khamis, basikal mereka di tinggalkan di sekolah.

Perjalanan itu mengambil masa 25 minit. Tipulah kalau kata mereka tak penat. Nasib sahaja mereka mengisi perut mereka dengan sarapan pagi tadi.

Mereka sampai lewat sedikit iaitu pada pukul 7.05 pagi. Selalu 6.30 atau 6.45 pagi. Dan selalunya belum ada sesiapa. Tapi kini, ada dalam beberapa orang sudah hadir.

Mereka masuk ke kelas masing-masing. Syifa menuju ke kelas 7 Teratai. Kelihatan pintu sudah di buka dan ada orang di dalam. Siapa lagi yang awal datang kalau bukan 3 sahabat itu.

Ikmal, Kasyaf dan Waliyah memandang Syifa yang baru melangkah ke dalam kelas. Mukanya nampak pucat namun di hias dengan senyuman.

"Syifa, kau okey? Takziah. Aku minta maaf sebab tak datang tahlil kau semalam dan hari Jumaat. Ibu bapa aku sibuk." Ucap Ikmal.

"Takziah ye Syifa. Aku pun minta maaf. Aku tak datang sebab takde siapa yang nak hantar. Ibu bapa aku outstation. Kakak dan abang aku dekat kolej. Adik aku asrama." Jelas Kasyaf.

"Aku pun minta maaf juga. Aku nak datang tapi, kau tahulah kan keluarga aku macam mana. Ibu aku dah cerai dengan ayah aku. Ibu aku, aku tak tahu dia dekat mana. Ayah aku sibuk dengan kerja. Aku anak sulung. Takkan nak harapkan adik aku pula kan." Terang Waliyah pula.

Syifa mengangguk faham. Dia tak salahkan rakannya itu. Jam di tilik. Hari ni hari apa? Isnin. Nasib tak ada perbarisan pagi. Tapi dia bertugas dekat mana eh?

Syifa mengingati jadual bertugasnya. Oh tidak! Hari ni dia bertugas jaga pagar! Dengan Haiqal!

"Semua, hari ni baca Ratib. Zahira ketuai. Jangan ada yang merayau." Arah Syifa. Dia menoleh kearah Waliyah pula.

"Liya, aku pergi dulu. Aku dah lambat ni." Terua Syifa pecut keluar dari kelas. Waliyah ketawa kecil melihat gelagat Syifa.
-
PAGAR menjadi destinasi utama. Mampus dia! Dia sudah lambat 20 minit. Atau boleh di katakan, dia langsung tidak bertugas. Dia bersedia untuk menghadap bebelan Haiqal.

Namun, di hadapan Haiqal, Haiqal tidak memarahinya. Syifa pelik. Hendak bertanya takut pula nanti di marahi. Tak tanya banyak pula tanda soal di kepala ni.

"Takpe, aku tak marah. Aku tahu kau penat. Hari Rabu, kau kena fitnah. Hari Khamis, walid kau meninggal. Sabtu sampai semalam, kau demam teruk. Hari ni, kau bebas. Aku tahu kau masih sakit kan sebenarnya. Takpe, aku takkan marah kau." Kata Haiqal lembut.

"Maaflah susahkan kau. Kalau aku tak lewat tadi pasti kau tak penatkan." Kata Syifa bersalah. Haiqal terpaku. Ini kali pertama melihat Syifa berlembut atau lebih tepat, berlembut kerana rasa bersalah.

"Takpe, dah kau boleh tutup pagar je. Lepastu kita pergi tingkat 6." Arah Haiqal. Syifa patuh lalu membuat arahan Haiqal. Haiqal tersenyum. Betullah kata orang, kalau kita tak cari gaduh, orang tu hanya akan berlembut.

Syifa sedar akan perubahan drastik Haiqal. Namun dia diamkan saja. Perkara baik. Nanti di tegur jadi singa tak tentu pasal.
-
KELAS bermula dan berakhir seperti biasa. Kelas kian berakhir kerana waktu rehat sudah tiba. Syifa dan rakannya yang lain menuju ke kantin.

Ain dan Muiz membeli makanan. Iqah dan Mika membeli minuman. Manakala yang lain mencari tempat duduk. Mereka mengambil tempat duduk barisan kedua daripada kedai minuman.

Sedang seronok mereka makan, berbual dan bergelak tawa. Muncul nyamuk-nyamuk jadian mengacau mereka. Usrah Jamilah dan Hot Boy menayang muka menyampah.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now