SPECIAL CHAPTER 1: NAZMI × IMAN

2.5K 42 0
                                    

Bismillah...hehe...kebanyakannya flashback tapi guna tulisan biasa saja ye. Dan, Special Chapter tak kira berapa scene ye sebab ia hanya satu bab seorang.
-
SEKOLAH Menengah Titiwangsa ialah sekolah berasrama. Nazmi, Fauzi dan 2 lagi rakannya, Arzan dan Fakrul ialah pengawas berjawatan tinggi. Sekarang, mereka sedang menjalankan tugas di kawasan lapang sekolah.

"Wei, bosanlah. Lepak pondok jom." Ajak Fakrul.

"Bro, jomlah." Ajak Arzan kepada Nazmi. Dia hanya menurut.

Nazim dan Shahrul bersekolah di sekolah Kebangsaan Kuala Lumpur. Ianya kerana Nazmi dan Fauzi mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 iaitu 9A 1B manakala Nazim dan Shahrul hanya mendapat 6A 3B 1C

"Balik nanti lepak mall jom."

"Kau ni, macam perempuanlah nak lepak mall bagai." Ejek Arzan.

"Alah, bukannya nak shopping pun. Main bowling, tengok wayang, ice skating lepastu baliklah." Fakrul membidas kata-kata Arzan dengan senyuman sini.

"Dah-dah, korang kalau jumpa tak gaduh tak sah." Celah Fauzi.

"Dia yang mulakan."

"Eh mana..." belum sempat Arzan ingin berkata, mereka terdengar suara Zack atau nama sebenarnya Zaki.

Zack ialah pembuli yang paling terkenal di sekolah itu. Ada saja masalah yang di buatnya setiap hari.

"Bagi duit korang atau korang yang jadi ganti!" Tengking Zack pada 4 gadis yang sudah terduduk di situ.

"Kami takde duitlah. Kau dah ambil kan semuanya hari tu!" Marah seorang gadis.

"Menjawab!" Marah rakan Zack, Imran.

"Dah kawan kau ni tak faham bahasa, kitaorang cakap kitaorang takde duit. Duit kitaorang dah habis sebab kau!" Jari telunjuk gadis itu di tunjuk di hadapan muka Zack.

"Perempuan tak guna!" Tangannya naik ingin menampar gadis itu namun satu tangan menahan tangan Zack.

"Kalau kau tampar perempuan kau bukan lelaki sejati." Nazmi memandang Zack tajam sebelum dia menolak tangan Zack.

"Takpe, hari ni kau lepas. Jangan harap lepas ni aku lepaskan kau!" Jerit Zack lalu dia berlalu dengan kumpulannya.

"Korang tak apa-apa?" Lembut Fauzi bertanya.

"Kitaorang okey." Jawab gadis tadi.

"Kenapa Zack kacau korang?" Gadis itu diam. Ahli kumpulannya yang lain hanya membiarkan ketua mereka berbicara.

"Maaf, urusan peribadi."

"Zack urusan kami. Maksudnya apa saja yang berkaitan dengan Zack ada kaitan dengan kami juga. Ceritalah." Ujar Fakrul. Gadis itu mengeluh.

"Dia minta duit daripada kami."

"Kenapa pulak?" Soal Arzan pelik.

"Kami pernah nampak dorang..." kata-katanya terhenti kerana takut.

"Nampak dorang?"

"Itu tak payah ceritalah. Aib. Cukuplah korang tahu, yang kami tak nak lawan apa yang dia buat." Lalu gadis itu bersama kawannya yang lain ingin berlalu.

"Kejap. Nama korang apa?" Tanya Azran.

"Saya Iman. Ini kawan saya Maisara. Yang ni Aisyah, yang itu Siti." Selepas memberitahu nama mereka, mereka terus berlalu.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now