BAB 44-KELIRU

1.3K 57 0
                                    

Bismillah...💜
-
MEREKA berkumpul di ruang tamu selepas makan malam. Katanya Nazmi hendak berbincang sesuatu. Sejak peristiwa Syifa, mereka tinggal satu rumah.

"Nak bincang apa, Az?" Tanya Fauzi.

"Sebelum apa-apa, adik...abang harap adik tak melenting bila abang cakap?" Semua pelik. Apa pula yang Nazmi nak cakap?

"Lepas adik dapat keputusan SPM, kita pindah Australia. Kita semua. Sekeluarga." Semua terkejut.

"Tapi kenapa? Macam mana dengan kerja kami?" Tanya Fauzi.

"Kerja kita boleh ganti dekat sana. Abang akan uruskan nanti. Kira macam transferlah." Balas Nazmi selamba.

"Berapa lama kita dekat sana?" Tanya Firhad pula.

"Lama. Abang nak adik habiskan pelajaran kolej adik dekat sana. Buat pembedahan dekat sana. Boleh, adik?" Semua melihat kearah Syifa.

"Perlu ke abang? Alah, pembedahan tu tak penting pun." Rungut Syifa malas.

"Penting adik. Adik perlukan pembedahan ni supaya adik dapat survive lebih lama. Duduk diam tak membantu."

"Ummi survive 5 tahun dengan kanser. Boleh je. Kenapa adik tak?" Semua mengeluh. Ada saja nak di jawab.

"Abang tak kira. Keputusan abang muktamad. Hari keputusan SPM keluar, kita pergi Australia." Putus Nazmi.

"Baik. Adik nak naik bilik dulu." Lalu terus saja dia naik ke biliknya. Sempat juga dia menyalami tangan abang-abangnya tapi selamba saja.

"Az, betul ke keputusan yang kau buat ni? Dah fikir masak-masak?" Soal Shahrul memastikan.

"I'm pretty sure. My decision is for our happiness." Nazmi pasti, keputusannya itu adalah keputusan yang terbaik untuk keluarganya.

"Oklah. Aku nak tidur. Besok aku kena kerja awal. Balik akhir sikit kut. Overtime." Kata Fauzi lalu menaiki tangga kebilik. Masing-masing sudah penat dan masuk ke bilik tidur.
-
RAMADHAN sudah tiba. Mereka semua bangun awal untuk sahur. Para gadis...ehem, Iman, Hana, Sofea dan Syifa menyediakan hidangan untuk sahur. Hari itu, hidangannya ialah nasi putih, ayam goreng dan sup daging.

"Dah siap dah ni, tapi orang yang nak makan tu tak turun-turun lagi. Jomlah panggil. Habis waktu nanti membazir je masak." Semua akur.

Si isteri mengejutkan suami manakala si adik mengejutkan si abang. Selepas semua bangun dan mencuci muka, mereka turun ke ruang makan.

"Jangan lupa niat." Pesan Iman.

Selesai saja makan, mereka pergi ke bilik untuk mengambil wudhu dan memakai telekong. Setiap kali puasa, mereka akan sembahyang berjemaah di masjid berdekatan. Jalan kaki.

"Kamu biasa ke jalan kaki pergi masjid?" Tanya Hana pada Syifa. Syifa angguk.

"A'ah tapi setiap kali puasa je lah. Waktu tak puasa tu jaranglah jugak." Beritahu Syifa.

Mereka menuju ke sof wanita. Beberapa minit kemudian, azan subuh berkumandang lalu imam memulakan niat dan mengangkat takbir.
-
Skip hari ke 10 puasa...

MALAM itu, selepas sembahyang terawih di masjid, mereka berkumpul di ruang tamu melihat television. Sambil-sambil itu, mereka berbual.

"Sai, adik, cuti bila?" Tanya Nazmi.

"Lusa." Jawab Saiful ringkas.

"Nak tak balik kampung?" Tanya Nazmi lagi sambil matanya fokus kearah skrim television.

"NAK!" Jerit adik beradik itu. Bergegar kut rumah tu. Atau jiran dengar.

"Hujung minggu ni kita pergi. Lagipun raya dekat sana kan?" Semua menampilkan senyuman di bibir.

"Tak awal sangat ke Az? Selalunya kita pergi malam 20." Hakimi bersuara.

"Beza 6 malam je pun."

"Yelah-yelah." Comel je bila tengok muka pasrah Hakimi.

"Dah-dah tidur. Besok bangun sahur. Nak makan apa?" Iman bersuara dengan lembut. Iman ni kakak ipar yang sporting tau.

"Salted egg chicken!"

"Sweet and sour fish!"

"Black pepper beef!"

"Amboi, amboi, amboi, main order je eh. Boleh tapi semua wajib bangun awal." Sara pula berkata.

"Kami tak tidur. Nak tengok bola." Ade ke main bola waktu puasa? Ly tak tahu...Ly hentak jer...

"Tak penat ke?" Soal Hana.

"Pagi nanti tidurlah. Lepas subuh."

"Dahlah, adik nak tidur. Drama dah habis." Jam menunjukkan pukul 11 malam. Cerita Lafazkan Kalimah Cintamu. Last drama yang Ly tengok full dari episode 1 sampai habis. Siapa tu pelakon Farid Kamil dengan Nelydia Senrose. Betul tak? Hehe

"Baru abang sedar adik fokus tengok television ni." Sengih Rafiq.

Syifa menyalami tangan abang-abangnya sebelum masuk ke bilik tidur. Beberapa minit saja, dia sudah di buai mimpi.
-
Bersambung...

ATTENTION!

Eh, macam askar pulak...hehe

Bismillahirrohmanirrohim💜

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh💙

Ly ada 2 benda nak cakap...

First,

Ly nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih pada semua yang sudi baca dan vote cerita Ly. Sesiapa yang tinggalkan komen in sha Allah akan di jawab...

Bagi yang sudi follow Ly, terima kasih. Siapa yang nak minta followback, pm Ly.

Second,

Ly dah buat keputusan. Ada 3 option...

Sama ada, setiap scene yang pendek akan ada lebih dah 5 scene. Tapi kurang dari 10 scene. Dan tidak lebih dari 1500+ perkataan.

Ataupun...

Sama ada, kalau bab ni pendek, next bab mesti panjang melebihi 1500+ perkataan dan tidak lebih dari 6 scene.

Ataupun...

Sama ada kalau bab ni pendek, update seterusnya akan di update double or triple. Boleh?

So itu saja ,teruskan menunggu update dari Ly.

Sekian, author IkhaZully, Ly💙

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now