SPECIAL CHAPTER 11 : MUIZZUDIN × AINUL

1.1K 28 1
                                    

Bismillah...short je tau, hihi😁
-
PUSINGAN LARIAN yang terakhir di lakukan oleh Muiz di padang bulat dan besar itu. Nafas Muiz tercungap-cungap akibat kepenatan.

Dia hanya berseorang di situ pada pukul 6 pagi. Entah apa yang merasuk fikirannya sehinggakan selepas subuh terus dia memecut ke padang itu. Tiba-tiba,

"Nah."

Seseorang menghulurkan sebotol air mineral kearah Muiz. Muiz mendongak dan kelihatan Ain berada di situ bersama senyuman.

"Hm thanks." Ujar Muiz lalu menyambut huluran air mineral itu.

Dia membuka penutup botol itu lalu menyuakannya ke mulut. Namun belum sempat hujung botol itu memasuki mulutnya, dia menarik semula lalu memandang Ain.

"Kau tak letak racun kan?" Ain memandang Muiz tajam.

"Semarah-marah pun aku pada kau, aku tak ada niat sampai nak membunuh. Kalau aku nak bunuh pun, aku guna pisau lah. Dah lapuklah skill racun ni." Jawab Ain selamba.

"Kau masih marah lagi ke kat aku?" Muiz mengeluh.

Okay, supaya tak confuse Ly beritahu. Ini scene mereka sewaktu Syifa baru balik dari Australia. Ha! Dorang gaduh kan sebab fikir Syifa tak setia dengan Haiqal. Ha, ini kira scene mereka berdua je.

"Iz, Syifa tak salah." Ulang Ain entah buat kali ke berapa. Hari ini, sudah beberapa hari Syifa pulang ke Kuala Lumpur namun mereka semua masih belum berjumpa atas sebab, ha tahu kan?

"Dah terbukti dia curang. Buat apa nak bagi Haiqal gelang apa semua tanda setia sedangkan dia sendiri pun tak setia?" Hambur Muiz. Mukanya merah padam kerana marah mengingatkan perbuatan Syifa.

"Syifa tak curang. Kenapa kita tak boleh duduk, semeja dan tanya Syifa apa yang sebenarnya berlaku. Aku tahu. Tapi, aku rasa aku tak layak nak cerita." Ain mengeluh pula. Kalau diikutkan hati, sudah lama dia menghentak Muiz di kerusi panjang kalau dia tidak mempercayainya.

"Eh, Ain! Yang kau nak sangat sebelahkan perempuan tu kenapa? Dah terbukti dia tak setia. Dah kahwin. Dah ada anak dah pun. Eh, Haiqal sahabat kita tau. Aku tak suka tengok sahabat aku kecewa." Marah Muiz lagi.

"Jadi Syifa bukan sahabat kau ke?" Soalan sinis yang keluar daripada mulut Ain menyentapkan Muiz.

Ain mengeluh. Dia bangkit dari duduknya lalu memandang langit.

"Kau tahu tak, Iz? Syifa, dia bagai tiang untuk sebuah rumah. Dan rumah tu, ialah persahabatan kita. 8 tiang untuk satu rumah. Kukuh kan rumah tu? Kau bayangkan, waktu kau, Mika dan Haiqal gaduh dengan Saiful waktu Syifa di tuduh di sekolah. 4 tiang persahabatan dah roboh. Tapi, Syifa...dia bagai dah patahkan tiang dia kepada empat untuk ganti empat tiang yang dah roboh." Muiz hanya diam mendengar hujah yang di katakan oleh Ain.

"Kau rasa, kalau tak ada tiang masih tak rumah tu tegak? Ye, mungkin sebab masih ada lagi separuh tiang. Tapi kenapa Syifa kena bagi empat tiang? Kau boleh bayangkan yang satu tiang tu ialah ego. Syifa buang ego dia untuk pertahankan diri dan tetap bersabar meskipun beribu cacian dan makian yang dia dapat." Kali ini, Muiz kelu.

"Sabar ada limit, Iz. Kau tengok Syifa tu tabah orangnya. Hilang 2 orang yang dia sayang hanya dalam setahun. Terpaksa tinggalkan tanah air selepas SPM. Di tuduh ini dah itu. Senyuman dia tak pernah lekang. Tapi hati dia, kita tak tahu." Dia berjeda seketika sebelum menyambung kembali.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now