SPECIAL CHAPTER 7 : RAYQAL × NAZURAH

746 28 0
                                    

Bismillah...sebarang typo mohon tegur🤗
-
RAYQAL terjaga dari lena saat mendengar pintu terbuka.

"Maaf ye, saya nak periksa pesakit." Seorang jururawat berseragama hijau memasuki bilik itu.

"Silakan, err nurse, tolong jagakan adik saya sekejap ye. Saya nak keluar ke kantin dulu. Nanti suami dia ada datang." Pesan Rayqal. Risau juga dia meninggal adiknya berseorangan. Namun untuk mengejutkan adiknya tidak pula dia sanggup.

"Boleh. Pergilah, encik." Senyum jururawat itu. Rayqal senyum lalu meninggalkan bilik itu.

Adiknya, Syifa di tahan wad kerana alahan yang sangat teruk. Menurut Haiqal, setiap pagi bermula dari 3 pagi pasti Syifa akan terjaga dari tidur dan berlari ke tandas mengeluarkan segala isi perutnya. Tidak cukup dengan itu, selepas solat subuh sekali lagi dia akan mengeluarkan segala isi perutnya.

"Pakcik!" Rayqal menunduk kebawah. Seorang anak kecil betul-betul di hadapan kakinya.

"Hei, siapa nama?" Rayqal mencangkung di hadapan budak kecil itu.

"Nama kite Najiha." Katanya sambil menghisap lolipop di tangan.

"Mak ayah mana?" Soal Rayqal. Risau juga dia. Takut di label sebagai penculik kanak kanak tak ke naya tu?

"Jiha!" Seseorang menjerit namanya sambil berlari kearahnya.

"Mama." Panggil Najiha.

"Jiha, kan mama dah cakap kalau nak jalan tunggu mama. Ni kalau hilang macam mana?" Keluh gadis itu.

"Mama janganlah risau. Ni ada pakcik teman Jiha." Ujar Najiha pelat.

Rayqal melihat wajah gadis yang baru sahaja mendongak wajahnya.

'YaAllah, cantiknya ciptaanMu ini.' Seru hati Haiqal. Setelah beberapa saat, dia tersedar.

'Ray dahlah tu. Isteri orang tu. Dah ada anak lagi.' Keluh hati Rayqal.

"Encik, terima kasih jagakan dia." Ucap gadis itu lembut. Rayqal bagai terbuai mendengar alunan suara itu.

"Same-same. Suami awak mane?" Bagai mahu saja Rayqal menampar mulutnya yang laju mengeluarkan soalan itu.

"Saye tak kahwin lagi." Rayqal terpana. Baru sahaja ingin membuka mulut, gadis itu pantas memotong.

"Kalau pasal Najiha ni, dia anak kembar saya, Naziha. Tapi, ayah dan ibu dia kemalangan dan baru je pergi seminggu lepas. Najihah kena tahan wad sebab cedera ringan." Cerita gadis itu.

"Saya simpati. Em nah, ini kad saya. Kalau awak nak minta tolong, saya sedia tolong. Saya Rayqal." Huluran kad Rayqal di sambut.

"Terima kasih, encik. Saya Nazurah. Maaf kami dah lewat. Kami pergi dulu. Assalamualaikum." Nazurah dan Najiha berlalu pergi.

Rayqal memandang dua susuk tubuh yang semakin menghilang itu. Dia tersenyum sendiri.

"Jatuh cintalah tu." Terjongket bahu Rayqal apabila di sergah begitu.

Dia nampak Haiqal yang senyum mengusik padanya.

"Kau ni! Terkejutlah aku!" Marah Rayqal. Mukanya merah. Marah atau malu?

"Aku doakan dia orangnya." Haiqal menepuk bahu Rayqal lalu berlalu pergi dengan senyuman.

Rayqal menggaru kepalanya. Alamak, habislah dia kalau Haiqal ceritakan hal ni kat Syifa. Pasti Syifa akan ceritakan hal ni kat abang-abang dia.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now