BAB 30-CUTI

1.4K 62 0
                                    

Bismillah...
-
PADA keesokan harinya, bermulalah cuti sekolah bagi pelajar-pelajar sekolah Menengah Tun Bakar. Memandang tadi selepas subuh Syifa tertidur, dia bangun lewat iaitu pada pukul 9 pagi.

"Ya Allah, dah lewat!" Jerit Syifa. Dia berlari ke tandas untuk menukar pakaian kepada pakaian sukan.

"Adik! Dah siap ke?" Tanya Rayqal dari luar bilik.

"Kejap!" Sahut Syifa. Dia cepat-cepat keluar dari bilik. Hari ini, Rayqal, Rafiq, Hakimi, Saiful dan Fauzi mengajaknya joging di taman berdekatan.

"Hah adik, lewat bangun ke?" Tanya Nazmi.

"Hehe, tadi lepas subuh adik tertidur." Senyum Syifa.

"Abang tak ikut joging ke?" Soal Saiful pula.

"Tak, kak Iman ajak jumpa." Beritahunya lagi.

"Hah dating aa...takpe. Kirim salam dekat bakal kakak ipar kitaorang tu." Kata Saiful dalam nada mengusik. Semua ketawa riang.
-
BEBERAPA pusingan telah berlalu. Sekarang mereka menuju ke sebuah kafe untuk melepaskan lelah. Siapa tak penat joging lebih dari 10 pusingan? Lepastu lawan lari satu taman. Penat penat. Nasib pergi kafe pakai kereta. Kalau jalan kaki? Habis lenguh kut sampai MC sebab rehat kaki.

"Saya nak hot choclate 3, iced latte 2 dan cappucino 1." Pesan Fauzi. Setelah membayar, dia kembalu ke meja. Cappucino untuk Rayqal. Iced latte untuk dia dan Rafiq. Hot choclate pula untuk Hakimi, Saiful dan Syifa.

"Lepas ni nak pergi mana?" Tanya Fauzi. Dia kan driver tak berbayar.

"Main bowling jom. Lepastu ice skating." Cadang Rayqal. Semua mengangguk setuju.
-
SESAMPAINYA di tempat main bowling, mereka menuju ke kaunter.

"Beri 3 tempat dan 1 tempat 2 orang." Ujar Rayqal. Dia dah biasa main di situ bersama rakan sekolejnya.

"Baik, semua boleh ambil tempat 6, 7 dan 8." Arah pemuda itu. Yang lain hanya mengangguk. Fauzi lawan Hakimi. Rayqal dan Saiful. Rafiq lawan Syifa.

Beberapa minit kemudian...

"Siapa menang?" Tanya Rafiq pada abang-abangnya.

"Fauzi." Ucap Hakimi.

"Abang Ray." Bangga Rayqal di buatnya. Saiful menjeling.

"Korang pulak?" Rafiq mengeluh.

"Adik." Jawabnya.

"Ah? Hahaha...macam mana kau boleh kalah dengan adik." Gelak Hakimi.

"Alah, aku bagi chance je tadi tu." Rafiq berkata dalam nada kesombongan. Eh, ada ke nada kesombongan?

"Yelah tu." Rayqal menjeling adik kembarnya itu.

"Eh dahlah. Jom main ice skating." Bangkang Rafiq lalu berjalan keluar dengan muka merah menahan malu.
-
SYIFA meluncur di atas ais. Lebih tepat mereka sedang bermain di situ. Syifa melihat abang-abangnya ketawa kerana mengusik Fauzi. Kenapa? Sebab teman wanitanya ada di situ bersama adik lelaki bongsunya.

Tiba-tiba, entah di mana silapnya, dia tergelincir lalu jatuh. Namun, terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dia tidak terhembap ke lantai. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan heronya eceh...ehem...Haiqal berada di situ.

"Ehem, thanks." Ucap Syifa sambil dia menepuk-nepuk bajunya. Abang-abangnya sudah senyum mengusik. Dia pula? Menjeling.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Haiqal.

"Memasak. Kau tak nampak ke?" Syifa berloyar buruk.

"Apalah kau ni? Takkan tak tahu aku tengah meluncur." Marah Syifa bila Haiqal membuat muka blur. Kan dah tercarut.

"Kau datang dengan siapa?" Soal Syifa lagi.

"Abang Fendi. Tapi dia dah lesap dengan kawan dia." Balasnya pula.

"Lesap? Macam mana dia lesap? Pakai magik ke? Jangan lupa pesan ajar aku." Sekali lagi Syifa berloyar buruk.

"Haish kau ni. Dah-dahlah tu." Menyampah Haiqal di buatnya.

"Adik!" Jerit Fauzi dari jauh.

"Weh aku pergi dulu tau. Abang aku dah panggil. Bye...Assalamualaikum." Ucap Syifa lalu meluncur ke arah abang-abangnya. Haiqal hanya melihat pemergian gadis pujaan hatinya itu.

"My heart beat so fast when i see her. Oh god! I'm fall in love with my own fiance!" #brokenenglish

Haiqal berlalu pergi keluar dari gelanggang ais. Dia menunggu Fendi di sebuah kafe berdekatan.
-
Bersambung...

Sorry short update...tapi banyak dah update...takpe kut kan? Hehe...

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now