BAB 70-EPILOG

3.5K 94 4
                                    

Bismillah, thanks sebab sebab support Ly selama ni...
-
7 tahun kemudian....

SYIFA melihat anak-anaknya yang sedang bermain di dalam kolam air. Setelah 7 tahun berlalu, kini dia dan Haiqal sudah mempunya 6 orang cahaya mata dan sekarang, dia mengandung buat kali ke 3.

Syifa menganggap ini sebagai anugerah yang Maha Esa. Al-maklum ikut keturunan agaknya. Abang-abangnya juga sahabat-sahabatnya juga sudah berkahwinan dengan pilihan hati dan berbahagia.

"Abang Al!" Suara kanak-kanak berusia 6 tahun itu kedengaran. Itulah anak ketiganya, Haifa Asyiqin.

"Ish Ifa ni! Janganlah jerit." Marah anak sulungnya, Qalfa Rusyaidi.

"Abanglah, tolak Ifa kenapa?" Muka cemberut itu di tunjukkan.

"Alah, tolak sikit pun merajuk." Ejek anak keduanya pula, Qauwish Baihaki.

"Hish, abang Al dengan abang Wish sama je, suka buli Ifa." Gadis itu hampir mengeluarkan air matanya.

"Aiyok abang Al, abang Awish buat kak Ifa nangis. Aiyok, bagitahu ummi." Ejek Irfan Nawawi, anak keempatnya yang berusia 4 tahun.

"Alah Ifa, abang Al ngan abang Wish main-main je. Janganlah nangis." Pujuk Qalfa.

"A..abang jahat." Tangis Haifa lagi.

"Ye, ye. Abang jahat dah jangan nangis, buruk." Qauwish melap air mata pada pipi kembarnya itu. Meskipun mereka sering berkata kasar, namun masih ada sifat penyayang dalam diri mereka.

"Siapa nak mandi?" Jerit Qalfa. Semua kanak-kanak di situ mengangkat tangan.

"Jom terjun!" Sorak anak kelima dan anak keenam Syifa, Izham Qawi dan Iqram Lawi.

Syifa tersenyum kecil melihat anak-anaknya bermain kolam. Rasa bahagia. Ya, dia bahagia. Sangat bahagia.

'YaAllah, kebahagian yang Engkau berikan ini terlebih cukup buatku. Terima kasih yaAllah.'

"Assalamualaikum, abi dah balik!" Terjengul wajah Haiqal dengan pakaian kerjanya di muka pintu yang menyatukan ruang tamu dengan halaman belakang.

"Abi!" Jerit kembar kedua itu.

"Seronok main?" Tanya Haiqal selepas mencium ubun-ubun anak-anaknya.

"Seronok. Fan nak bawa ummi tapi ummi cakap ummi tak boleh." Beritahu Irfan.

"Ye, ummi mana boleh berenang. Kan ummi tengah kandungkan adik kamu semua. Nak main tak dengan adik nanti?"

"Nak! Ifa nak adik perempuan. Lelaki nanti jadi geng abang. Nanti adik join abang buli Ifa." Rajuk Haifa sedikit pelat apabila menggunakan bahasa inggeris.

"Alah, baby boy seronoklah. Bila besar nanti boleh tolong abi dengan ummi sebab lelaki kan kuat. Kan abi, ummi?" Sampuk Qalfa.

"Ye, ingat ye, baby boy ke baby girl ke, mereka tetap adik kamu. Layan mereka sama macam kamu layan adik beradik lain okay?" Semua mereka mengangguk.

"Dah, jom masuk. Kita makan petang. Lagipun dah nak asar kan." Semua anak-anaknya akur lalu mengambil tuala menutup badan mereka.
-
SYIFA melipat baju yang baru sahaja selepas di sidai. Sambil itu, dia menonton siaran langsung drama yang turut di tonton oleh suami serta anak-anaknya.

"Abi, Ifa dah ngantuklah." Haifa berkata sambil menggosok matanya yang sudah semakin tertutup.

"Kami pun lah abi." Mereka yang lain berkata serentak.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now