BAB 63-BERITA GEMBIRA

2K 53 4
                                    

Bismillah💞
-
SYIFA terjaga pada pukul 3 pagi. Entah kenapa terasa kepalanya agak berdenyut. Pelukan suaminya dilepaskan perlahan. Haruman suami hinggap di rongga hidungnya membuatkan dia terasa loya. Cepat-cepat dia berlari menuju ke tandas.

Uwerk...uwerk...uwerk

Syifa memuntah segala isi perutnya. Kepalanya yang berdenyut di picit. Perlahan-lahan dia keluar dari tandas.

"Sayang, okey tak?" Terkejut Syifa apabila melihat tubuh Haiqal berada di depannya.

Haiqal yang melihat Syifa seakan tidak berdaya membantu dengan memaut tangannya pada bahu Syifa.

"Entahlah abang, tiba-tiba pening pulak kepala ni. Tekak pula rasa loya. Masuk angin kut tadi." Terang Syifa. Haiqal mendudukkan Syifa di birai katil. Dia membantu isterinya memicit kepalanya itu.

"Tulah tadi abang suruh makan tak nak." Memang benar tadi selepas mereka pulang pada jam 8 malam, Syifa berkata yang dia tidak mahu makan kerana berasa penat dan mahu tidur.

"Nak buat macam mana, sayang dah mengan..." belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya, dia terasa loya sekali lagi. Terus dia memecut ke bilik air dan membuang segala isi perut yang hendak terkeluar itu.

Haiqal nampak amat risau dengan keadaan Syifa. Dia menggosok belakang tubuh Syifa. Entah kenapa dia merasakam seperti tahu kenapa situasi begini berlaku. Apa ye sebab dia?

Syifa keluar dari bilik air dengan lemah. Bagai tiada kudrat lagi untuk berjalan.

"Sayang, boleh tak ni?" Syifa tidak menjawab.

"Kita pergi ke klinik pagi ni. Lagipun kita shif malam kan." Belum sempat Syifa menjawab, semuanya gelap. Syifa rebah di pangkuan Haiqal.

"Sayang!" Jerit Haiqal kerana terlalu terkejut.
-
MATANYA dibuka sedikit demi sedikit. Sinaran cahaya yang kuat membuatkan matanya susah untuk di buka. Bau ubat yang menyerap masuk ke rongga hidungnya membuatkan dia tahu yang dia berada di hospital.

"Sayang?" Suara Haiqal menyapa gegendang telinga. Syifa senyum memandang Haiqal yang memakai kot dokter bewarna putih.

"Alhamdulillah, sayang dah sedar." Haiqal menghampiri Syifa lalu mencium dahinya.

"Na...nak air." Lemah Syifa bersuara. Sungguh tekaknya berasa amat loya.

"Nah." Haiqal menghulurkan segelas air.

"Lega?" Syifa mengangguk perlahan.

"Berapa lama sayang tak sedar?" Soal Syifa.

"Almost sixteen hour, sayang." Syifa terdiam. Apa sebenarnya yang terjadi?

"Sayang." Syifa menoleh.

"Thanks."

"Untuk apa?"

"For this." Haiqal meletakkan tangannya diatas perut Syifa yang kempis itu. Membulat mata Syifa.

"Sayang...sayang mengandung?" Syifa amat berharap apa yang difikirkannya itu betul. Kalau betul, dia amatlah bersyukur.

"Yes, sayang. Thank you so much." Air mata Syifa gugur. Air mata kegembiraan untuk berita yang sangat gembira ini.
-
Uwerk...uwerk...uwerk

BUAT entah untuk ke berapa kalinya, Syifa memuntahkan segala isi perutnya. Dokter sudah memberitahu bahawa muntah-muntah ialah alahan yang di alami oleh ibu mengandung. Ianya akan berhenti selepas 2 bulan mengandung. Kandungan Syifa masih pada bulan pertama.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now