BAB 16-GILA

1.9K 71 6
                                    

Bismillah, let's start🤗
-
PUKUL 5 petang menjadi tumpuan. Mereka mengemas barang untuk pulang. Naim dan Lisa melambai tangan ke arah Syifa yang kini berseorangan di auditorium 1.

Entah kenapa bulu roma Syifa tiba-tiba meremang. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Sudahlah di kawasan sini hanya dia sahaja. Sahabatnya yang lain di perpustakaan, kantin juga kawasan lapang.

Tiba-tiba, pintu audi itu di buka. Kelihatan Khairul dan Hot Prince yang lain masuk dengan senyuman jahat. Mereka mendekati Syifa. Syifa pula berasa tidak sedap hati lalu berundur ke belakang.

"Apa kau nak hah!" Marah Syifa. Jalannya hampir mati kerana dinding semakin hampir dengannya.

"Sayang, janganlah takut. I cuma nak 'rasa' you je." Kata Khairul. Kawannya yang lain hanya memerhati.

"Kau gile ke hah! Dah lama hidup ke hah?!" Bentak Syifa. Air matanya hampir mengalir.

"Takpe, aku akan bertanggungjawab. Aku akan jadikan kau isteri aku." Ucap Khairul lalu mendekati Syifa yang sudah mati langkah.
-
SAIFUL semakin risau bila tidak melihat kelibat adiknya. Sepatutnya Syifa paling awal datang sebab auditorium paling dekat dengan tempat letak basikal mereka.

Tiba-tiba, mereka terdengar suara Syifa menjerit.

"Apa kau nak hah!" Suara jeritan itu suara Syifa dan ia datang dari auditorium. Tanpa membuang masa, mereka semua pergi ke arah Audi.

Bang!

"Kau binatang!" Jerkah Saiful lalu memukul Khairul. Syifa jatuh terduduk sambil menangis. Nasib Saiful dan yang lain sempat datang kalau tidak, Syifa pasti...

"Kau gila!" Teriak Iqah.

Saiful tidak habis-habis memukul Khairul. Sehingga lelaki itu tiada daya untuk bangun. Lebam di mukanya bertambah.

"Dah Sai, pergi dekat adik kau." Arah Mika. Kesian dia melihat Syifa menangis. Usrah Jamilah cuba untuk menenangkan hati Syifa namun gagal.

"Apa bising-bising ni?" Datang pengetua bersama Shahrul dan beberapa guru lelaki yang belum pulang.

"Astaghfirullah alazim, apa semua ni?" Marah pengetua.

"Adik!" Laung Shahrul bila melihat adiknya menangis dalam keadaan yang lemah. Lemah kerana menahan Khairul dari berbuat benda yang lebih teruk.

"Pengetua, lelaki ni nak buat benda tak senonoh dekat Syifa!" Lapor Haiqal sambil menunjuk Khairul.

"Kamu ni kenapa Khairul Ammar. Kamu tu masih bawah umur dah nak buat benda tak betul!" Marah ustaz Hamidi.

"Huh, dia yang jual mahal." Balas Khairul sinis.

"Kenapa kamu buat dia macam tu?" Tanya sir Adam pula.

"Aku nak dia jadi milik aku. Aku nak dia. Kalau korang tak datang tadi, dia dah dalam tangan aku." Ujarnya.

"Astaghfirullah alazim. Kamu ni waras ke tidak Khairul Ammar! Kawan kamu juga. Kenapa tak halang dia?" Ucap pengetua di tujukan kepada Hot Prince.

"Sudah. Hot Prince. Hari ini, kamu buat benda yang teruk. Kamu di hukum. Kamu di buang dari sekolah. Kamu bukan lagi pelajar sekolah ni mulai hari ini. Saya akan telefon keluarga kamu nanti. Mereka akan ambil surat besok." Terlopong mulut Khairul di buatnya.

'Habislah kalau mummy dan daddy tau. No more movies. No more musics. No more telephone. And oh no...no more credit card!' Buat sendiri tanggung sendiri. Dah tahu denda dia buat juga.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now