BAB 40-PERKHEMAHAN

1.4K 59 0
                                    

Bismillah...sorry kalau hambar😌
-
BUMI Kuala Lumpur di terangi dengan cahaya matahari. Hari yang indah untuk melakukan perkelahan. Kereta yang di pandu oleh Shahrul di hentikan di tempat letak kereta yang berada di hadapan dewan sekolah.

Syifa turun dengan membawa satu beg sandang untuk pakaian 2 beg kecil untuk telekong dan barang-barang seperti bedak, minyak, sikat rambut dan ubat-ubatnya. Saiful pula hanya beg sandang. Shahrul mebawa barang-barang seperti bangku kecil dan tikar.

Mereka menuju ke dewan. Masih awal sebab itu hanya beberapa orang sahaja yang baru datang. Dan mereka terdiri dari guru pengawas, Hot Boy dan Usrah Jamilah. Mereka meletakkan beg di tempat yang di sediakan sebelum bergerak ke tengah dewan.

"Bagus semua dah ada. Baik, seperti yang kamu tahu kita akan bergerak jam 7 pagi. Kamu semua akan menaiki bas 5 Teratai memandangkan kelas 5 Teratai hanya ada 9 orang sahaja yang ikut. Sir Shah akan ada bersama kamu."

"Kita akan gerak awal sebab perjalan akan mengambil masa 4 jam. Tugas kami cuma perlu mengawas. Kamu boleh ikut serta dalam permainan yang bakal di adakan." Ujar teacher Hasnah lagi.

"Dalam 2 jam perjalanan, bas akan berhenti di stesen minyak. Di situ juga ada gerai dan tandas awam. Kamu boleh turun kalau nak beli makanan ringan atau ke tandas. Ke tandas nanti pastikan berteman. Boleh?" Semua pelajar mengangguk.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Rata-rata semua pelajar sudah tiba. Mereka menaiki bas kelas masing-masing dengan membawa beg barang-barang mereka. Semuanya mengikut peraturan yang di beri. Dengan bacaan bismillah, semua bas bertolak di dahului oleh bas 5 Teratai.
-
2 JAM perjalanan bukanlah masa yang singkat. Penat? Semestinya. Hampir semua pelajar tertidur di dalam bas dengan gaya masing-masing.

Ada yang terlentok pada bahu orang sebelah. Ada yang tegak saja. Ada yang silang tangan ke dada. Sampai ada yang terhantuk ke dinding bas. Jangan ada yang kepala di bawah kerusi kaki di atas sudah.

Stesen minyak menjadi destinasi. Ada yang terjaga dan ada yang masih terlena. Yang terjaga menyambung tidur yang terbantut. Syifa dan Insyirah turun dari bas untuk ke tandas. Guru pengawas yang menemani mereka ialah Teacher Zara.

"Kalau dah siap, tunggu luar jangan pergi mana-mana. Teacher bawa kamu pergi bas." Arah Teacher Zara. Syifa dan Insyirah mengangguk tanda akur.

Syifa terlebih dahulu selesai dan keluar dari tandas. Dia menunggu sambil melihat jam tangannya. Tanpa sesiapa sedari, ada seseorang yang memerhati dirinya.

"Well well, tak lama lagi ajal kau akan sampai Syifa. Just tunggu. Kawan aku pun aku boleh bunuh apa lagi kau." Sinis ucapan gadis berambut panjang itu. Di sebalik dinding, dia memerhati gadis yang bakal menjadi mangsa pisau kesayangannya.

Bila terlihat Teacher Zara dan Insyirah keluar, dia berlalu pergi menuju ke bas 5 Mawar.
-
BAS terhenti. Syifa yang berjaga sedari tadi menyelak tabir. Kawasan lapang itu menarik minta dirinya. Dia ternampak Shahrul berdiri. Melihat semua pelajar di situ tertidur kecuali Syifa, dia menjerit.

"SEMUA! BANGUN! KITA DAH SAMPAI." Semua pelajar bangun kecuali Hot Boy, Ikmal dan Kasyaf. Usrah Jamilah dan Waliyah serta Shahrul menggelengkan kepalanya.

"Abang, boleh minjam phone tak?" Pinta Syifa.

"Nak buat apa?" Tanya Shahrul hairan.

"Adeler...minjam jelah." Rengek Syifa sambil menghulurkan tangannya.

"Hm yelah. Nah." Shahrul menyerahkan telefon bimbitnya lalu keluar. Syifa membuka apps Music lalu menekan satu lagu Rock.

Berbunyi saja lagu itu, tiada langsung respon. Semua buntu. Tiba-tiba Syifa mendapat idea. Dia berdiri dekat dengan Kasyaf dengan Ikmal. Dia tahu apa yang hendak di buat. Dia mendekati mulutnya pada telinga Kasyaf.

"MA ROBBUKA!" Jeritnya.

"ALLAHU RABBI." Terbangun Kasyaf. Dan kerana jerita Kasyaf, Ikmal terjaga. Senyuman sinis Syifa termati bila melihat Hot Boy masih lagi tidur lena.

Dia melihat ke arah sahabat-sahabatnya lalu membisikkan sesuatu. Semua sahabatnya senyum sinis.

Syifa terbaring di lantai bas.

"Ya Allah! SYIFA!" Jerit Insyirah lantang.

"Sai! Qal! Iz! Mika! Syifa pengsan!" Jerit Ain pula.

"Hah, Syifa pengsan!" Saiful terus terjaga lalu pergi ke arah Syifa.

"Adik bangun dik!" Selepas itu Haiqal, Muiz dan Mika tersedar dari mamai.

"Wei apa jadi ni?" Tanya Haiqal cemas.

"Cepat panggil sir Shah lepas tu suruh panggil ambulans!" Tiba-tiba kedengaran gelak tawa dari Usrah Jamilah, Waliyah, Ikmal dan Kasyaf.

"Korang pahal? Adik aku pengsan ni." Tapi dapat dia dengar Syifa turut ketawa di pangkuannya.

"Hahahahaha, kelakarlah muka kau Sai." Ejek Ain. Saiful masih blur.

"It's a prank, Sai." Balas Iqah.

"Hish korang ni!" Marah Saiful lalu keluar dari bas. Hot Boy pula buat muka cemberut lalu mengikut langkah Saiful.

"Kejamlah kau Fa. Tapi kenapa Saiful macam terlebih risau?" Tanya Ikmal hairan.

"Err, mungkin dia ingat asma aku datang kut." Jawab Syifa ragu-ragu.

"Jom turun. Nanti sir cari kita." Ajak Kasyaf yang sudah menunggu di tangga. Yang lain akur lalu seorang demi seorang turun dari bas.
-
RESAH. Dari tengahari sampai malam, Saiful seperti mengelak jumpa dia. Terlalu teruk ke rancangannya tadi? Dia cuma buat untuk membanguni Hot Boy yang tidur mati itu. Jam sudah menunjukkan 7.45 malam. Dia masih berada di luar khemah.

Dia nampak Saiful duduk seorang diri di kawasan unggun api. Mungkin mengambil air untuk di minum. Syifa duduk di sebelah Saiful. Namun Saiful menjauhkan diri. Syifa mengeluh.

"Abang, janganlah macam ni." Senyap.

"Abang...okeylah. Adik minta maaf. Adik tak tahu abang akan jadi macam ni." Pun sama.

"Abang..." panggil Syifa meleret sambil menggoncang bahu Saiful.

"Ish tak payahlah!" Marah Saiful. Syifa terkedu. Kali pertama dia nampak Saiful marah. Pada dirinya.

"Adik minta maaf. Adik tak sangka apa yang adik buat akan buat abang jadi macam ni." Lirih suara Syifa sebelum berlalu pergi.

Saiful memandang pemergian adiknya. Hatinya dihuni rasa bersalah. Apa yang dia buat? Dia baru sahaja menengking satu-satunya adik perempuannya. Satu-satunya kembarnya. Saiful meraup kasar wajahnya.
-
Bersambung...

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now