BAB 65-BAHAGIA DALAM DERITA

1.8K 59 2
                                    

Bismillah...sorry short update lagi
-
KANDUNGAN Syifa semakin mencecah 7 bulan. Ianya membuatkan Syifa tjut. Sudahlah suaminya masih belum mengetahui apa-apa. Macam mana ni?

Syifa berjalan mundar mandir di dalam biliknya. Syifa sudah di beri cuti kerana sudah sarat mengandung. Haiqal pula meminta cuti selama dua minggu untuk menjaga isterinya. Selebihnya dia meminta untuk bekerja shif pagi supaya pada malam hari Syifa tidak keseorangan.

"Sayang."

"Aaaa!" Terkejut Syifa di buatnya apabila di tegur sebegitu. Dia hampir terjatuh namun sempat pinggangnya di sambut oleh Haiqal.

"YaAllah sayang. Okey tak ni? Sorry, abang tak ada niat nak buat sayang terkejut." Syifa hanya senyum. Wajah risau Haiqal di tenung. Adakah sebegini muka Haiqal bila mendapat tahu yang dia sakit?

'YaAllah, berilah kekuatan pada hambaMu ini. Sungguh aku tidak mampu.' Bisik hati Syifa.

"Sayang, sayang dengar tak apa abang cakap ni?" Syifa tersedar dari menenung muka Haiqal.

"Alahai sayang, tahulah muka abang ni hensem. Tak payah tenung macam tu."  Memerah pipi Syifa di buatnya.

"Abang cakap apa tadi?"

"Abang cakap, siap cepat. Kita pergi beli barang bayi." Syifa hanya akur lalu meminta izin untuk menukar pakaiannya.
-
KEDAI 'BABY SHOP' yang berada di kompleks itu di tuju. Pintu di tolak oleh Haiqal lalu sebelah tangannya di hulur pada Syifa.

"Selamat datang encik dan cik, ada apa yang boleh saya bantu?" Sapa seorang pemuda wanita.

"Ah ya, dekat mana ye baju bayi?" Tanya Haiqal.

"Mari encik, cik saya tunjukkan."

Akhirnya mereka sampai di sebuah lorong yang menyediakan set baju-baju bayi kecil. Ada baju bayi yang baru lahir, baju bayi berumur 3 ke 6 bulan. Ada yang setahun dan banyak lagi.

"Sayang rasa bayi kita boy ke girl?" Tanya Haiqal.

"Tak tahulah. Abang rasa?"

"Aik, kita tanya dia, dia tanya kita balik." Haiqal ketawa kecil. Kepalanya menghampiri perut Syifa yang semakin memboyot.

"Anak-anak walid, kamu boy ke girl?" Haiqal berbicara dengan anak-anaknya yang berada di dalam perut Syifa. Syifa ketawa kecil melihat Haiqal sebegitu. Itulah rutin harian Haiqal sejak dia mengandung. Bercakap dengan anak-anak yang berada di perutnya.

Anak-anak? Ye, Syifa disahkan mengandung anak kembar 3. Mungkin ikut keturunan. Uminya melahirkannya bersama 2 abang kembarnya.

"Kita beli warna biru dan hijaulah abang. Lagipun 2 warna tu boleh untuk lelaki dan perempuan." Cadang Syifa.

"A'ah lah." Lalu Haiqal mengambil 4 pasang set baju bewarna hijau dan 2 set baju bewarna biru.

"Stokin? Topi? Sarung tangan?" Ceria saja Haiqal bertanya kepada Syifa. Tidak sabar dia menunggu kehadiran bayi-bayinya itu.

"Ikut jelah warna baju tu. Nanti lain tak naya ke?"

"Lepas ni apa sayang?" Haiqal menoleh kearah Syifa.

"Em..." Syifa melihat sekeliling sebelum matanya tertancap pada satu bahagian.

"Kita pergi sana, jom."

Mereka pergi ke bahagian yang menjual botol susu, puting bayi, pampers, bedung  kerusi beroda untuk bayi dan susu formula .

Haiqal dengan semangatnya mengambil 3 botol susu, 6 puting bayi, 2 kantung pampers, 4 set bedung, 1 kerusi roda khas untuk 3 bayi dan 2 susu formula. Untuk ibu mengandung dan bayi yang baru lahir.

"Dah cukup kan sayang?" Syifa mengangguk sahaja.

"Jom pergi kaunter, kita bayar."

Mereka menguruskan pembayaran. Sebelum pulang, mereka singgah ke restoran satey kerana Syifa tiba-tiba mahu memakannya.
-
SYIFA menjerit memanggil Haiqal. Perutnya merasa sangat sakit. Dia terjatuh di dalma bilik aur atas kecuaiannya sendiri. Darah pekat sudah mengalir menyebabkan kesakitan yang tidak dapat di ungkap rasanya.

"Sayang!" Ketukan bertalu-talu oleh Haiqal kedengaran.

"A..bang." Syifa lemah bersuara. Tanpa memikirkan apa-apa, Haiqal terus merempuh pintu tandas.

"Sayang!" Melihat darah yang mengalir membuatkan Haiqal tahu isterinya terjatuh. Tubuh Syifa di cempung lalu di bawa ke dalam kereta. Haiqal memecut terus ke hospital. Dalam hati berdoa agar tiada apa yang berlaku.
-
Bersambung...

Huhu, sorry short lagi.

Apa yang terjadi? Tak lama lagi AHSGB akan tamat. Setia menunggu ye? Thanks.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now