BAB 58-LOTS OF LOVE

1.6K 53 5
                                    

Bismillah, this bab short update. Sorry👋
-
PAGI ITU, Syifa berada di sebuah bilik khas yang terletak di sebelah kanan masjid. Iaitu bilik untuk pengantin perempuan. Ye, pada hari itu, statusnya berubah menjadi isteri orang.

Syifa menilik wajahnya yang di hias oleh mak andam yang di upah sebentar tadi. Wajahnya hanya dihias dengan blusher dan lip bumb. Juga sedikit eyeliner di kirai matanya.

Betul erk? Ly tak tahu hal hal make-up ni. Hehe😂😅

Pintu di ketuk. Terjengul wajah sahabat-sahabatnya. Mereka berpelukan.

"Syifa, tahniah! Dah nak jadi bini orang dah sahabat aku ni." Ceria nada suara Insyirah berkata.

"Dah kahwin dah, lepas ni jarang dah kita nak lepak sama." Sedih Ain.

"Eleh, kan aku kahwin dengan Haiqal. Kita masih sahabatlah." Balas Syifa sambil memukul sedikit bahu Ain.

"Kita sahabat, hingga ke Jannah." Ujar Syifa

"Kita sahabat, hingga ke akhir hayat." Sambung Insyirah.

"Kita sahabat, hingga nafas terakhir." Kata Ain.

"Dan kita sahabat, selamanya." Dan ungkapan itu berakhir selepas kata-kata dari Iqah lalu mereka semua berpelukan.

"Aku akan rindukan korang."

"Kami pun, alaaa lepas ni takde tempat aku nak bermanja." Sedih Iqah. Ye, Syifa adalah tempat dia bermanja-manja, tempat dia meluahkan kesedihan dan segalanya. Syifa adalah kakak buat mereka.

"Haha, alah boleh jelah call aku. Kalau aku free aku akan tolong korang. Eh, kalau tak free pun aku tetap aku cuba tolong." Semangat Syifa.

Tok! Tok! Tok!

Pintu di ketuk dari luar. Terjengul wajah maksu Syifa di muka pintu.

"Syifa, pengantin lelaki dah sampai."

Dup dap dup dap

Berdegup kencang jantung Syifa.

"Weh muka aku okey tak? Weh aku malulah. Sempat tak kalau aku nak lari?" Akibat cemas, dia gelabah. Eh, bukan sama ke maksud dia?

"Ish kau ni, jangan mengada nak lari. Muka kau okeylah. Macam bidadari turun dari langit." Puji Ain ikhlas.

"Dah jom, kami iringi kau." Kerana Syifa sudah tiada ibu, di sebelah kanannya ialah Faizah, maksunya dan sebelah kirinya pula ialah Hajah Amira, ibu Haiqal. Dibelakangnya pula sahabat-sahabatnya itu.

Syifa duduk di sebuah kusyen putih belakang Haiqal. Selesai membaca (Ly tak tahu apa nama dia. Yang sebelum baca akad tu. ), majlis diteruskan dengan pembacaan akad.

Syifa sudah berdebar. Haiqal sudah berjabat tangan dengan tok imam.

"Haiqal Syafawi bin Haji Umar."

"Saya." Sahut Haiqal.

"Aku nikahkan dikau dengan Syifa Aulia Nur Hasanah binti Haji Mohammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai." Tangan Haiqal genggam kuat lalu di hayun. Semput tok kadi dibuatnya. Nama Syifa panjang sangat.

"Saya terima nikahnya Syifa Aulia Nur Hasanah binti Haji Mohamad dengan mas kahwinnya RM300 tunai."

Selepas satu lafaz akad, Syifa sudah sah menjadi isteri kepada Haiqal. Air matanya gugur. Dia dipeluk oleh Hajah Amira. Selesai membaca doa, Haiqal menghampiri Syifa. Tangan kanannya di bawa oleh imam menghampiri dahi Syifa.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now