BAB 61-HAK

1.7K 50 2
                                    

Bismillah...bermula dari sekarang, saya akan buat short setiap scene, maksudnya short updatelah, maaf😢
-
HARI DEMI HARI, Syifa semakin pelik dengan perangai Haiqal. Memandangkan shifnya berbeza dengan Haiqal, waktu pulang kerumah sangat berbeza. Apabila shif Syifa bermula dari 7 pagi sehingga 3.30 petang, Haiqal akan bermula kerja 3.30 petang hingga 7 malam.

Pada ketika itulah, Haiqal berubah. Setiap kali Haiqal pulang pada waktu malam, dia akan menjadi kasar seperti meninggikan suaranya pada Syifa, menolak kasar tubuh Syifa dan sebagainya.

Tetapi, setiap kali shif Haiqal 7 pagi hingga 3.30 petang dan shif Syifa 3.30 petang hingga 7 malam tidak pula perangai Haiqal berubah kasar. Paling ketara sekali, Haiqal tidak sedar yang dia berkasar dengan Syifa malam semalam itu.

Syifa mula berasa sangsi. Bagai ada sesuatu yang menyebabkan Haiqal menjadi sebegitu. Haiqal seolah-olah...khayal. Tidak sedar akan hal yang berlaku di sekelilingnya. Syifa perlu tahu apa yang terjadi.
-
SEPERTI BIASA, pada hari itu Syifa memulakan kerja pada 7 pagi dan akan selesai 3.30 petang nanti. Memandang pada jam 9.30 pagi begini dia tidak mempunyai kerja mahupun pesakit untuk dirawat, dia mengambil peluang untuk bertanyakan kepada salah seorang kawan Haiqal yang biasanya bersama Haiqal sewaktu syif petang.

"Lia." Panggil Syifa. Lia atau nama sebenarnya, Kamilia ialah rakan Haiqal sewaktu di universiti dan mengambil course yang sama seperti Haiqal dan akhirnya bekerja satu tempat dengan Haiqal.

"Ye Syifa, kenapa?" Soal Kamilia.

"Err, saya nak tanya sikit boleh tak?" Syifa meminta izin.

"Eh boleh, tanya banyak pun takpe. Lagipun saya tengah free sekarang. Jomlah duduk dulu." Mereka duduk di kerusi yang di sediakan di kafeteria itu

"Err kan awak selalunya kerja shif petang kan dengan Haiqal?" Soalan pertama yang di ajukan oleh Syifa di jawab dengan anggukan oleh Kamilia.

"Dia kerja macam mana eh?"

"Dia okey je. Maksud saya, you know. He's a professional doctor. Saya bawah dia jadi i can say he is a good leader." Puji Kamilia.

"Awak ada nampak emm, like benda buruk yang berlaku pada dia tak?" Soal Syifa sangsi.

"Benda buruk? Maksud Syifa?" Pelik Kamilia dengan pertanyaan Syifa. Syifa memikirkan ayat untuk diucapkan.

"Contohnya macam Haiqal tiba-tiba berubah dingin atau kasar atau...you know, like he's changed without you knowing the reason." Terang Syifa.

"Hm let me think..." Kamilia meletakkan tangannya ke dagu dan menoleh keatas seolah-olah ada awan dan di dalam awan itu terisinya ingatan apa yang berlaku pada Haiqal.

"Hah! Ada!" Tiba-tiba Kamilia mengangkat satu jari ke udara setelah menyalanya lampu mentol. Macam dalam movie pulak😂

"Setiap kali lepas waktu rehat as in dalam pukul 5 petang, dia macam berubah. Tiba-tiba diam, and saya selalu nampak dia urut kepala dia. Mungkin dia pening. Tapi, tak lama lepas tu, dia stop. Dia macam..." kata-katanya terhenti di situ.

"Macam?" Kamilia ragu-ragu untuk menjawab.

"Hey Lia, just say it." Pujuk Syifa.

"Haiqal seolah-olah macam...macam khayal." Zzap... Itu dia yang Syifa cari.

"Awak tahu tak penyebab Haiqal jadi macam tu?"

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now