BAB 25-TENGKING

2K 69 5
                                    

Bismillah, let's start
-
PENGUNGUMAN pengetua sebentar tadi memberi 2 perasaan berbeza kepada semua pelajar sekolah Menengah Tun Bakar. Perkara menggembirakan, mereka akan mengadakan Sukan Ria antara rumah-rumah sukan sebelum cuti. Manakala berita sedih pula, mereka semua akan ada Trial SPM seminggu selepas cuti.

"Weh aku tak sabarlah nak sukan Ria tu. Weh kau selalunya main permainan apa?" Tanya Ain pada Syifa semasa mereka menuju ke tingkat 6.

"Aku? Larian 100 meter, larian 200 meter, larian 200×2 meter relay, 200×4 relay, larian 400 meter, larian 400×4 meter relay, 400×2 relay, lontar peluru, lompat jauh  dan lompat tinggi." Ujar Syifa.

"Gile banyak..."

"Dah aku penolong rumah sukan."

"Tapi tahun ni tak tahulah. Asma aku makin teruk. Dokter sarankan aku kurang berlari. Aku tak boleh lama bawah panas." Beritahu Syifa dalam nada sedih.

"Takpe, mungkin bukan rezeki kau main tahun ni. Kau rumah warna apa?" Tanya Ain.

"Biru. Kau?" Tanya Syifa semula.

"Kuning. Kau tahu tak aku satu warna rumah dengan Muiz. Lepastu dia ketua. Dan ya, dia pilih aku jadi penolong." Ucap Ain pasrah.

Syifa ketawa kecil melihat muka Ain. Mereka menuju ke tingkat 6 bilik 6.2 untuk melapor kemudian masuk ke kelas masing-masing.
-
PERJUMPAAN di antara rumah-rumah sukan di adakan pada waktu petang bermaksud selepas sembahyang Zuhur atau makan tengahari, kelas ditiadakan.

Rumah Biru menjadi johan berturut-turut setiap tahun. Namun pada 2 tahun lepas, Rumah Merah menjadi johan menakala Biru merupakan Naib Johan.

Haiqal dan Syifa Rumah Biru.
Saiful dan Syirah Rumah Merah.
Muiz dan Ain Rumah Kuning.
Mika dan Iqah Rumah Hijau.

Haiqal berdiri di hadapan bersama Syifa yang merupakan penolongnya.

"Baik, assalamualaikum semua." Ucap sir Shah yang merupakan guru pengawas Rumah Biru.

"Waalaikumsalam sir." Balas semua pelajar Rumah Biru.

"Hari ni, kamu semua cuma perlu tulis nama acara apa yang kamu nak masuk. Besok kita akan ada pemilihan untuk acara larian. Boleh?" Shahrul bersuara.

"Boleh!" Jawab mereka bersemangat.

"Baik, kepada AJK sukan sila catit nama mereka yang akan sertai permainan. AJK kecerian, tulis nama mereka yang mahu ikut marching dan aerobic." Arahnya lagi. Semua hanya akur.

"Abang." Panggil Syifa perlahan ketika dia dan Shahrul ada dalam khemah khas Rumah Biru.

"Kenapa dik?" Tanya Shahrul pula.

"Em, boleh adik ikut acara macam tahun lepas?" Soal Syifa takut-takut. Shahrul mengeluh perlahan.

"Adik tahu kan keadaan adik macam mana."

"Tapi, adik setiap tahun ikut acara larian. Please abang." Pintanya. Shahrul seperti sudah tewas dengan muka simpati Syifa.

"Adik tanya abang Az eh?" Kali ini, Syifa pula mengeluh. Harapannya amat tipis untuk mengikut acara larian itu. Syifa senyum kelat.

"Takpelah bang, adik keluar dulu." Lalu Syifa keluar. Shahrul pula berasa bersalah. Bukan dia tak nak bagi tapi dia takut ianya menjejaskan kesihatan Syifa.
-
DIA mendekati Syifa dan menegurnya.

"Kau okey tak?" Tanya Haiqal apabila melihat Syifa sedari tadi menyendiri.

"Aku okey jelah." Nafinya. Haiqal duduk sebelah Syifa.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now