BAB 13-KEMAAFAN

2.2K 81 0
                                    

Bismillah🤗
-
PADA malam itu, tahlil sehari di adakan. Tiga pasang khemah bersama 6 buah meja di letakkan di luar rumah. Manakala di dalam pula terdapat 2 buah meja khas untuk hidangan keluarga terdekat.

Kedengaran bunyi orang membaca yassin serta tahlil arwah. Syifa menutup semula pintu biliknya. Dia kembali mengemas dirinya. Jubah hitam di padankan lagi dengan tudung labuh kelabu.

Dia menatap sebuah bingkai gambar. Gambarnya bersama keluarga termasuk arwah Haji Mohamad. Tangkai hatinya di cuit. Sungguh dia rindu pada arwah walidnya. Orang yang menjaganya dari kecil. Raja Hatinya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya di ketuk. Cepat-cepat dia meletakkan semula bingkai gambar. Matanya di kesat sedikit takut orang sedar dia bersedih. Pintu di buka. Kelihatan Haiqal berada di luar.

"Ye?"

"Ummi kau suruh aku panggil kau." Beritahunya. Syifa mengangguk tenang. Dia berjalan mendahului Haiqal namun langkahnya terhenti bila namanya di panggil. Dia menoleh.

"Aku...aku minta maaf sebab tuduh kau melulu. Sepatutnya aku siasat dulu." Luah Haiqal. Kali pertama. Ulang ye. Kali PERTAMA dia meminta maaf pada seorang gadis. Syifa senyum ikhlas.

"Aku faham, takpe aku maafkan kau." Ujar Syifa.

"Jadi kita kawan?" Soalnya pada Syifa.

"Kawan. Sahabat." Syifa berkata sambil mengangguk.

"Amboi-amboi adik abang ni, dah pandai berdua-duaan eh." Usik seseorang. Dua manusia itu menoleh. Kelihatan Hakimi senyum mengusik.

"Ish abang ni, mana ada. Kami berbual je. Haiqal ni yang gatal naik ke atas." Gelaknya. Haiqal memandang hairan.

"Eh, aku naik pun sebab ummi kau suruh, okey." Katanya menyampah. Hakimi ketawa kecil. Walhal dalam hati, dia tahu adiknya masih bersedih namun di sorokkan.
-
JAMUAN di makan oleh para tetamu. Syifa dan keluarga serta sahabatnya berada di dalam rumah. Umminya masih murung tapi ada jugak senyum. Nipis je. Tapi kebanyakannya dia hanya diam. Syukurlah daripada semalam. Murung je memanjang.

"Syifa, tak makan ke?" Tanya hajah Nora, ibu kepada Mika. Syifa menggeleng perlahan.

"Takpelah aunti, Syifa kenyanglah." Dalihnya. Tiba-tiba, Mika menyampuk.

"Kenyang apa nye? Balik dari kubur tadi kau cuma makan 2 paket roti strawberry je. Itu kau kata kenyang?" Balas Mika. Mika sudah menganggap Syifa sebagai adik. Sejak mengenali Saiful, dia terus mengenali Syifa.

Syifa gadis yang baik dan prihatin. Dulu, pernah sekali Saiful jatuh semasa menaiki basikal. Syifa amat gelabah waktu itu sehingga sanggup ulang alik dari rumah ke taman. Sejak itu, dia tahu yang Syifa betul-betul seorang yang baik.

Syifa cuma senyum. Mika mengeluh. Kena tegur, senyum. Kena marah, senyum. Kenapalah Syifa ni murah sangat dengan senyuman?

"Adik." Panggil Saiful.

"Ye? Kenapa bang?" Soal Syifa.

"Boleh tolong tak? Tolong beri ni dekat ummi. Ummi tak nak makan. Adik je seorang yang boleh pujuk ummi sekarang ni. Bukan apa, abang takut ummi sakit je." Kata Saiful.

Syifa mengeluh perlahan. Dari semalam umminya tidak mahu makan. Dia takut kalau umminya sakit. Cukuplah dengan pemergian walidnya. Dia tidak mahu umminya pula yang pergi.

"Baik abang. Tapi abang temanlah adik. Abang tunggu dekat luar." Arah Syifa. Saiful mengangguk.

"Kami nak ikut." Kata Usrah Jamilah dam Hot Boy serentak.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now