BAB 27-ISI HATI

1.6K 61 0
                                    

Bismillah...let's start
-
Skip 2 hari sebelum sukan Ria(Rabu)
-
PELUH membasahi wajahnya. Tubuhnya juga sudah berbau masam. Dia berlalu ke tandas untuk menukar pakaian. (Ps, dorang di benarkan untuk memakai pakaian sukan luar sekolah asalkan menutup aurat dan tidak menjolok mata.)

Keluar sahaja dari tandas, dia terserempak dengan Asya, junior tingkatan 2.

"Hai kak Syifa!" Sapanya.

"Hai, Asya nak pergi mana?" Soal Syifa.

"Nak pergi belakang asrama. Kami rumah hijau belatih kat situ." Beritahunya. Syifa hanya mengangguk tenang.

"Asya seorang je ke? Nak akak teman?" Tanya Syifa lagi.

"Hm boleh jugak. Dah lama Asya tak bual dengan akak." Memang Syifa di kenali dengan sikap mesra walaupun kenalan baru. Kalau semua nak tahu, Asya ialah adik kepada Naim. Ingat Naim?

"Hm, kalau Asya tak kesah, akak nak tanya. Abang Naim okey tak jawab pereksa hari tu?"

"Dia kate exam senang sebab akak. Dia kate akak beri formula cepat belajar. Kalau boleh Asya pun nak akak ajar waktu Asya PT3 nanti. Tapi akak dah tamat belajar." Sedih nadanya.

"Alah, Asya janganlah sedih. Asya boleh minta ajar dekat abang Naim. Minta semua formula yang akan bagi dekat dia." Cadang Syifa. Mereka meneruskan perbualan sehingga sampai ke destinasi.

"Ok. Bye kak Fa. Jumpa lagi!" Jeritnya. Syifa hanya melambai. Tiba-tiba, terasa seseorang menolaknya dari belakang. Dahinya terhantuk pada dinding.

"Huh, lembik." Ejek suara itu. Suara itu? Milik...Emma.

"Apa kau nak?" Soal Syifa malas.

"Aku nak cakap je, kau boleh bahagia sekarang sebab aku beri masa. Tapi, bila masa dah habis, aku akan pastikan kau merana!" Syifa senyum sinis.

"Buatlah apa yang kau nak buat. Kau bukan tuhan untuk mentakdirkan apa-apa. Kau hanya manusia biasa. Kau hanya mampu merancang. Allah yang menentukan." Ujar Syifa tenang sebelum pergi meninggalkan Diva Babes.
-
"WEH Fa, kenapa dengan dahi kau!" Tanya Ain gelabah. Mereka sekarang berada di tempat menunggu.

"Aku terhantuk dinding tadi!"

"Cuai!" Marah Haiqal lalu dia mengambil plastik di poketnya lalu di lekapkan pada dahi Syifa. 5 orang di situ ternganga dengan tindakan Haiqal. Korang tahu kan siapa.

"Hm, thanks." Ujar Syifa. Sejujurnya dia masih terkejut namun hanya riak tenang saja di tunjuk.

"Dah jom gerak!" Ajak Saiful bagi mengubah topik. Topik tu topik mengejutkan bagi mereka berlima.

Seperti biasa, mereka mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Mereka belambai tangan sebelum berubah simpang.
-
GITAR di ambil sebelum satu tajuk lagu bermain di fikirannya. Lalu bermulalah petikan gitar untuk melodi lagu.

Lirik:

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurnia-Nya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
'Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku ada-Mu, Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh, ku bangkit kerna-Mu
Ku tahu ku ada-Mu di sisi ku selalu
Bantulah hamba-Mu mencari keredhaan-Mu

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now