BAB 20-DARAH

2K 75 0
                                    

Bismillah, mari mulakan😊
-
SESAMPAINYA di hospital, mereka menuju ke wad ICU kelas kedua. Tetapi mereka di arahkan untuk menunggu di luar kerana dokter sedang memeriksa keadaan Hajah Faezah.

Dalam kesempatan itu, mereka bertanya apa yang terjadi pada Hajah Faezah sehingga terjadi begitu.

"Apa yang jadi ibu?" Tanya Haiqal. Hajah Amira sendiri mahu menjaga Hajah Faezah sehingga mengambil cuti hari ini.

"Sebenarnya, aunti Ez nak ibu bawa dia keluar. Ibu bantah tapi dia paksa. Akhirnya ibu minta izin dekat dokter. Dokter kata boleh tapi jangan pergi jauh." Jeda.

"Sampai dekat taman, ibu terfikir nak beli minuman dekat kedai seberang. Aunti Ez tak nak ibu tinggalkan dia. Bila kata tak payah, dia kata pergi dengan dia sekali." Sambungnya.

"Semasa ibu lintas jalan, ada sebuah kereta pecut dekat kami. Aunti Ez selamatkan ibu. Dia tolak ibu tapi dia tak dapat selamatkan diri dia. Kereta tu terus lari. Ini macam kes langgar lari. Sekarang ayah tengah uruskan pelanggar tu." Cerita itu di tamatkan.

Hajah Amira mengalirkan air mata. Tidak lama selepas itu, keluarga sahabat Syifa yang lain datang bersama abang-abang Syifa. Dan pada masa itu juga, seorang dokter keluar.

"Semua, macam ni, Hajah Faezah kehilangan banyak darah. Kami perlukan penderma hari ni dan masa ni jugak sebab stok hospital dah kehabisan darah jenis O. Ada sesiapa mahu menderma darah?" Tanya dokter perempuan itu.

"Saya!" Nazmi mewakilkan diri. Dia mengikuti dokter namun beberapa minit kemudian dia keluar semula. Darah dia sama dengan darah Haji Mohamad bukan Hajah Faezah.

"Ada sesiapa? Kita perlukan secepat mungkin." Gesa dokter itu lagi.

"Saya." Semua menoleh melihat kearah Syifa. Gadis 17 tahun berani untuk menderma darah. Namun, abang mana yang tak risaukan adik kesayangan mereka.

"No, adik. Tak boleh." Bantah Fauzi.

"Biar adik pergi, bang." Pinta Syifa. Tanpa menunggu jawapan abangnya lagi, dia masuk ke dalam bilik yang di arahkan.

"Ada sesiapa nak teman dia?" Tanya dokter itu lagi. Saiful melulu masuk untuk menemani kembarnya.

Syifa di baringkan di sebuah katil. Saiful duduk di sebelah setia menemaninya.

"Dokter, berapa paket yang diperlukan?" Tanya Saiful.

"Kalau boleh 2 paket. Tapi bila saya lihat adik masih muda, mungkin 1 paket setengah. Kalau adik mampu 2 paket, kita ambil 2." Ujar dokter itu.

Jarum di cucuk. Syifa menahan. Selepas beberapa minit, 1 paket setengah telah penuh.

"Adik okey? Nak berhenti atau teruskan?" Soal dokter untuk memastikan keselesaan penderma.

"Teruskan." Jawab Syifa. Lalu mereka meneruskannya. Tapi, belum penuh 2 beg, muka Syifa berubah pucat seperti langsung tiada darah mengalir.

"Adik!" Jerit Saiful bila melihat keadaan Syifa.

"Rita, tarik semula jarum tu." Arah dokter itu. Saiful di arahkan keluar.

"Sai, kenapa?" Tanya Fauzi.

"Sai tak tahu. Masa adik derma darah, sepaket setengah dah boleh tapi adik masih teruskan. Sikit je lagi nak penuh tiba-tiba muka adik pucat." Cerita Saiful. Mereka mengeluh.

Keluar pula seorang jururawat.

"Kami perlukan seorang lagi penderma. Tapi untuk adik Syifa. Terlebih banyak darah dia keluar." Beritahunya. Abang-abang Syifa sudah resah.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now