BAB 8-PENGSAN

2.1K 74 0
                                    

Bismillah, selamat membaca semua🤗
-
PETANG itu, mereka yang terpilih menjadi mentor dan pelajar yang di mentorkan akan stayback dari pukul 4 hingga 5 petang.

Usrah Jamilah baru sahaja selesai menunaikan sembahyang asar. Jam menunjukkan pukul 3.45 petang. Masih ada 15 minit sebelum memulakan program.

Mereka pergi ke kantin untuk mengisi perut. Syifa dan Syirah membeli nasi goreng manakala Ain dan Iqah membeli mee teow.

"Kita tak boleh lama tau. Takut nanti kena marah." Pesan Syifa pada rakan-rakannya. Yang lain hanya mengiyakan kata-katanya.

"Ya Allah, korang dekat sini rupanya! Korang tahu tak tinggal 5 minit je lagi nak mula!" Tegur Muiz. Adeh, dia tegur macam tinggal 5 saat.

"Rileklah, kau ni macam tinggal 5 saat. Kami dah siap pun." Balas Ain selamba. Mereka menuju ke tong sampah. Selepas mencuci tangan, mereka berlumba menuju ke dewan di mana mereka di kumpulkan.

Hot Boy terpinga-pinga kerana di tinggalkan. Baru sahaja mereka menegur Usrah Jamilah di sebabkan lambat tapi ini mereka pula yang di tinggalkan. Saiful menggelengkan kepala melihat kawan-kawannya lalu terus mengejar Syifa.

Setelah berada selari dari Syifa, dia menarik Syifa dari Usrah Jamilah dan membawanya ke belakang dewan. Syifa yang hairan hanya menurut. Sesudah sampai, baru dia bersuara.

"Kenapa bawa adik dekat sini?" Soalnya pada Saiful. Saiful melihat ke anak mata Syifa.

"Adik benci kawan-kawan abang?" Soalan di balas soalan. Dia takut Syifa membenci kawannya hanya kerana Haiqal membuat andaian buruk ke atas perkara yang benar.

"Hm, buat apa adik nak benci dorang? Tentang kata-kata Haiqal? Abang, dia belum tahu hal sebenar. Lagipun adik yang mulakan. Selagi dia tak tahu kebenarannya, adik takkan marah dia sesuka hati." Terang Syifa.

Saiful mengeluh senang. Bersyukur dia mendapat adik yang penyabar dan tidak cepat berdendam.

"Dahlah abang, tinggal seminit lagi ni. Jom lumba." Ajak Syifa lalu dia terus berlari.

"Aish mana aci! Adik mula dulu!" Marah Saiful lalu dia mengikuti adiknya yang sudah jauh di depan.

"Adik bukan aci." Gelak Syifa.

"Adik jangan lari sangat, adik tu asma." Pesan Saiful. Seperti biasa, dia takut adiknya tiba-tiba asma. Ini dah jadi kali ketiga. Dan tiba-tiba, Syifa terasa panas. Dia rasa ada cecair di bawah hidungnya. Dia tidak menghiraukannya kerana dia ingat itu hanya peluh.

Namun, setelah beberapa langkah, dia terhenti kerana dia merasa cecair itu semakin lebat. Dia memegang bawah hidungnya. Dan dia dapati itu adalah....Darah!

Kepalanya mula berat. Dia memegang kepalanya. Cahaya terik terkena pada matanya. Dan akhirnya, dia rebah di pangkuan Saiful yang baru hendak menegurnya.

"Adik!" Jeritnya kuat. Hot Boy dan Usrah Jamilah yang menunggu mereka di hadapan sana terkejut melihat Syifa rebah. Usrah Jamilah terus berlari ke arah Syifa. Selepas itu Mika kerana dia sudah anggap Syifa sebagai adik.

Diikuti pula dengan Muiz dan akhir sekali semestinya Haiqal. Dia pergi pun sebab kawan dia pergi. Entah apa yang buat dia terasa benci pada Syifa walau tidak banyak.

"Ya Allah, macam mana ni?" Resah Syirah di buatnya. Siapa je yang tak resah? Sahabat sejak tadika rebah depan mata.

"Ain, Iqah tolong bawa Syifa pergi bilik sakit. Korang bertiga, beritahu cikgu kami mungkin datang lewat sikit. Tolong catitkan kami tentang taklimat tu. Syirah, teman aku pergi jumpa sir Shah." Arah Saiful pada semua yang melihat kejadian itu.

"Kejap, kejap, kenapa sir Shah? Lepas apa yang berlaku tadi kau masih nak jumpa sir Shah? Abang jenis apa kau ni? Kau tahu tak dia dah pegang adik kau yang bukan mahram dia!" Jerkah Haiqal dengan lantang.

"Weh sekarang ni, adik aku tengah sakit! Selagi kau belum tahu kebenarannya, jangan nak kata orang. Kau bernasib baik Syifa tak benci kau, kalau tak, aku tak tahu apa akan jadi. Syirah, jom." Saiful dan Syirah berlalu pergi.

Haiqal terkedu. Yang lain terdiam. Ain dan Iqah terus memapah Syifa ke bilik sakit manakala Haiqal, Muiz dan Mika pergi ke dewan. Semua buat haluan masing-masing.
-
KELIBAT Shahrul kelihatan. Dia menjerit sambil melambai tangan kearahnya. Shahrul yang melihat adiknya menjerit dan mukanya nampak resah mengangkat kening.

"Sai, kenapa ni? Macam orang gila je jerit-jerit. Tak malu. Dahlah tadi malukan abang." Ujarnya. Saiful menarik nafas.

"Abang, ini bukan masa nak mengungkit hal tadi. Jom pergi bilik sakit. Adik. Dia pengsan lepastu hidung dia berdarah." Kata-kata Saiful membuatkan barang-barang yang Shahrul pegang jatuh ke lantai.

Lalu mereka bertiga turun ke bawah dam menuju ke bilik sakit.
-
MATANYA terpisat-pisat untuk bangun. Terasa kepalanya berat. Cahaya putih yang dia nampak. Keadaan begitu silau. Dia menoleh sedikit ke kanan. Susuk tubuh Shahrul kelihatan.

Jam dinding menunjukkan pukul 5.30 petang. Pasti Shahrul tertidur. Bila di perhati lagi, dia masih berada di bilik sakit sekolah. Dia cuba untuk bangun. Pergerakannya membuatkan Shahrul terjaga.

"Eh, alhamdulillah adik dah bangun." Dia memanjat syukur ke hadrat ilahi.

"Maaf sebab kejutkan abang. Susahkan abang je jaga adik. Pasti abang penatkan." Katanya lembut.

"Takpe, adik tak susahkan abang. Adik tu sakit. Adik tahukan adik asma. Kenapa adik lari juga?" Dia bertanya.

"Maaf abang." Katanya.

"Dah jom balik. Saiful." Panggilnya. Rupanya Saiful berada di sebelah kirinya. Dia terjaga dari lenanya.

"Nah, pergi panaskan enjin kereta. Biar abang yang bawa Syifa." Arahnya. Saiful akur. Sempat dia menggosok kepala kembarnya. Saiful dan Syifa cuma beza 2 cm tinggi.

"Abang, sebelum balik boleh singgah klinik kejap? Adik nak beli inhaler. Dan, boleh tak minjam duit 20, sebab adik lupa bawa." Pintanya. Suaranya masih lemah. Shahrul senyum lalu mengangguk.

Mereka keluar dari klinik. Syifa di papah oleh Shahrul. Dia memegang kedua bahu Syifa dengan tangannya dan setia di belakang Syifa takut-takut dia jatuh.
-
DARI jauh, mereka di perhati oleh seorang gadis. Dia tersenyum sinis. Gambar yang baru sahaja di ambil tadi di pandang.

"Sabar Syifa, permainan baru saja bermula." Kata gadis itu.

"Kau dah rampas hak aku, jangan ingat aku biarkan kau." Sambungnya lagi.
-
Bersambung...

Sorry short update. Harap korang semua puas hati. Kalau ada yang tak puas, boleh tulis dekat comment.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now