SPECIAL CHAPTER 13 : KHAIRIL × HAIMA

1K 25 0
                                    

Bismillah...

KHAIRIL P.O.V (yes, for the first time)

HADIRNYA gadis itu mengajar aku erti cinta.

Hadirnya gadis itu mengajar aku erti setia.

Hadirnya gadis itu mengajar aku erti kasih sayang.

Dan hadirnya gadis itu mengajar aku erti kecewa.

Gadis itu yang paling awal ajar aku apa itu cinta.

Gadis itu juga yang masih setia bertakhta di hati sehingga sekarang meskipun tanpa gadis itu di sisi.

Bertahun ku membawa diri.

Membawa diri jauh dari dia.

Sehingga kini, tidak pernah ku lupakan sebaris nama.

Haima Nuraqila.

HAIMA P.O.V

HADIRNYA dia membuatku rasa apa itu kasih sayang.

Hadirnya dia juga, membuatku rasa di lindungi oleh pahlawan perkasa.

Hadirnya dia, membuatkan aku tahu apa itu erti pengorbanan.

Dia, seorang pelindung bagiku.

Dia, seorang yang mengajar aku agar bersabar dengan ujian hidup.

Dia, yang perlahan-lahan mula mengajar aku erti kehidupan.

Dan kini, aku membawa diri demi dendam yang tersimpan.

Dan kerana dendam, kami bertemu.
-
HAIMA terus dan terus berlari. Melarikan diri dari lelaki yang baru dia jumpai. Lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya.

Khairil Izham.

Lelaki pertama membuka hatinya.

Lelaki pertama mengeluarkan dia dari alam dendam.

Mereka bertemu tanpa di sangka.

Dan berpisah juga tanpa di sangka.

Sekarang bertemu semula tanpa di sangka.

Tipulah kalau dia kata di tidak cinta akan Khairil. Bertahun dia memendam hanya kerana ingin melaksanakan dendam yang tersimpan. Sekarang, dia tahu dendam tidak membawa apa-apa.

Dia letih.

Dia duduk diatas bangku kecil di luar hospital.

Kenapa Khairil kembali setelah dia cuba melupakan?

Kenangan bersama Khairil terimbas di mata.

"Apa ni, Nur? Makan comotlah." Khairil mengusap tepi bibir Haima yang sedikit comot akibat aiskrim yang di jilatnya.

"Ish, awak ni malu laah janganlah." Haima cuba menepis tangan Khairil namun gagal.

"Saya sayang awak tau, Nur. Sampai bila-bila. Izz janji Nur satu-satu wanita yang akan jadi suri hati Izz." Haima terharu.

Hampir setiap hari Khairil mengucap kata keramat cinta itu. Hanya dia sahaja, yang belum mempunyai keberanian untun mengatakan kata-kata itu kepada Khairil.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Nur, sabar. Ada hikmah atas apa yang berlaku." Khairil mengusap belakang tubuh Haima yang masih menangis.

Haima baru sahaja mendapat panggilan bahawa adiknya telah mati di tembak. Meskipun jenayah adiknya telah di ketahui, dia tetap meratapi pemergian adiknya itu.

"Adik saya, izz. She's my only sister." Haima menangis dan menangis. Air matanya sedari tadi tidak berhenti mengalir. Air mata ini bukan sahaja kerana Emma yang telah meninggal dunia tetapi juga kerana ayah dan ibunya.

Haima berada di rumah ketika mendapat panggilan itu. Ayahnya berang akan perkara itu lalu menerjah ibu Haima dengan mengatakan ibunya terlalu memanjai Emma sehingga berani bertindak sedemikian.

Ayah Haima telah menjatuhkan talak kepada ibunya dengan talak tiga. Ibunya pula pengsan dan di bawa ke hospital. Dia? Statik berdiri di tempatnya sebelum mengekori ambulans dengan kereta.

Sampai di hospital, tiba lagi satu dugaan yang mengatakan ibunya mempunyai masalah dalaman. Mental Health. Lalu pihak hospital bercadang menghantar ibunya ke pusat pemulihan.

Haima menangis dan menangis dan menuju ke taman dimana dia berada sekarang. Disini, dia berjumpa Khairil tanpa di rancang.

"Saya bersumpah atas nama Emma dan mama saya akan bunuh perempuan punca segala ini berlaku." Khairil ternyata sangat terkejut dengan kenyataan itu.

"No, Nur! Awak tak boleh bertindak macam tu. Membunuh tu berdosa besar di sisi agama." Marah Khairil.

"Habis? Adiknya saya di bunuh tak apa pulak? Kalau awak nak menangkan pihak sana, tak perlu pujuk saya di sini, Izz."

"Saya bukan nak menangkan mana-mana pihak, Nur. Tapi, akal awak yang hendak membunuh tu tak masuk akal langsung. Adiknya awak di bunuh kerana jenayahnya bukan saja-saja." Khairil cuba untuk menenangkan diri Haima.

"Sudahlah, Izz. Nur rasa kita memang tak sehaluan. Kita putus. Anggap jelah yang awak tak pernah kenal saya sebelum ni. Saya dengan haluan saya awak dengan haluan awak." Ternyata ianya membuatkan Izz menjadi berang.

"Fine! Baiklah. Aku dah lama bersabar dengan kau! Kau orang baik tapi hati kau terus hitam sebab dendam. Amazing!" Khairil terus pergi dari situ.

Haima terus hanyut dalam dendam.

Sehingga kini, belum pernah mereka berjumpa dan tadi, merupakan pertemuan pertama setelah bertahun lamanya.

"Nur!" Haima terkejut. Tidak sangka Khairil mengekorinya sehingga sini. Baru sahaja ingin melarikan diri, lengannya di sambar oleh Khairil.

"Lepaslah!" Haima cuba menepis pegangan Khairil namun apa kan daya dia hanya perempuan yang lemah.

"Kalau tak nak lepas, awak nak buat apa?" Khairil mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

"Saya jerit!" Ugut Haima namun langsung tak menggugat perasaan Khairil.

"Kalau awak jerit, saya akan cium awak. Ha, jeritlah." Haima menghentikan segala gerakan.

"Apa awak nak? Kita tak ada hubungan lagi, kan." Lirih Haima berkata.

"Siapa kata? Kita putus tu awak yang kata. Saya tak." Haima memejam matanya.

"Kita tak sehaluan, Izz. Awak layak untuk perempuan yang lebih baik daripada saya. Yang cantik. Yang lembut. Yang tak ada sifat pendendam dalam diri saya. Bukan macam saya. Seorang yang hampir membunuh." Haima hampir menitis air matanya.

"Saya tak perlu seorang yang sempurna. Awak pun dah cukup. Awak tak membunuh, Nur. Awak cuma hampir, hampir membunuh."

"Sudi ke awak terima saya semula?" Khairil tersenyum.

"Saya sayang dan cinta awak. Dan cinta saya tak pernah pudar." Khairil dan Haima saling berpandang. Menghasilkan pandangan cinta yang terjalin.

T  A  M  A  T

YES! FINALLY THE LAST SPECIAL CHAPTER UNTUK WATAK TAMBAHAN KAT SINI❤

NEXT, LAST SPECIAL CHAPTER!


Gadis BiasaWhere stories live. Discover now