BAB 2-PENGORBANAN

3.8K 102 4
                                    

Bismillah, selamat membaca🤗
-
KLINIK Doktor Zaki menjadi pilihan mereka untuk membeli ubat Hajah Faezah dan inhaler Syifa. Nombor giliran di sebut lalu mereka menuju ke kaunter itu.

"Assalamualaikum Syifa." Tegur seorang jururawat bernama Siti.

"Waalaikumsalam aunti." Balas Syifa mesra.

"Em aunti, Syifa nak beli ubat ummi dan inhaler Syifa. Ada tak?" Soal Syifa lagi. Jururawat yang bernama Siti itu mengangguk lalu bangkit dari duduknya mencari ubat-ubat yang di pinta. Dia kembali bersama 2 plastik ubat.

"Syifa tahu kan harga inhaler dah naik?" Tanya Siti pada Syifa. Dahi Syifa jelas berkerut.

"Harga inhaler naik? Berapa aunti?" Semakin banyak soalan yang di ajukan kepada jururawat itu.

"Kan sebelum ni harganya RM 15. Tapi dah naik RM 20. Jadi campur dengan ubat ummi Syifa semuanya RM 35." Beritahu Siti. Syifa mengeluh kecil. Duitnya kurang 5 rm. Lalu dia kembali senyum.

"Em takpelah aunti. Syifa tak jadi beli inhaler tu. Boleh bagi ubat ummi 2 tak?" Pinta Syifa. Siti mengangguk lalu bangkit semula. Bahu Syifa di hempas kuat oleh Syirah dari belakang.

"Weh Fa, kau tahu kan ubat tu penting untuk kau. Sekali kau tak sedut, nan..." belum sempat Insyirah menghabiskan ayatnya, Syifa memotong.

"Tak perlu risaulah Syirah, aku tahu apa yang aku buat." Katanya tenang. Kali ini, dahi Insyirah pula yang berkerut.

"Nah Syifa, semuanya RM 30. Terima kasih." Ucap Siti. Syifa membalas senyuman lalu berlalu pergi bersama Insyirah.

Mereka mengayuh basikal bersama pulang kerumah. Hati Insyirah masih risau tentang keadaan Syifa. Takut dia jika Syifa jatuh sakit. Cukuplah 2 tahun lepas melihat Syifa lemah, pucat dan sakit di katil hospital.

Namum dalam masa yang sama, dia turut bangga dengan Syifa kerana sanggup

Setelah beberapa minit berkayuh, akhirnya mereka sampai kerumah.

Syifa pergi ke dalam rumahnya manakala Insyirah pergi ke arah kawan-kawannya. Dia ingin menceritakan apa yang berlaku di klinik tadi.
-
SYIFA masuk ke dapur dan menyimpan segala ubat-ubatan hajah Faezah di dalam sebuah kotak khas. Dia merenung sejenak kotak ubat itu.

Sudah lebih 5 tahun hajah Faezah sakit, batuk-batuk namun belum juga hajah Faezah sembuh-sembuh. Kalau dia sembuh pun, sekejap je. Lepas beberapa hari, batuknya akan menyerang semula.

Fikiran Syifa memikirkan jikalau umminya ada menyorokkan sesuatu darinya. Namun dia menghalau perasaan itu jauh dari otak fikirannya. Dia ingin melangkah keluar. Sempat dia mengerling jam dinding di ruang tamu.

"Hah dik, baru balik?" Soal seseorang dari arah tangga. Syifa yang terkejut memegang dadanya. Dia menoleh. Rayqal lah orangnya. Abang yang paling dia rapat selepas Saiful.

"Hish abang Ray ni. Main sergah je. Kalau adik ada penyakit jantung, nino nino ambulans lah jawabnya adik." Bebel Syifa. Rayqal tersengih.

"Ni abang bila balik? Mana yang lain? Abang Kimi, abang Fir dan abang Fiq ada dekat atas ke? Abang Az, abang Zim, abang Zi dan abang Shah dah balik kerja ke? Ummi mana?" Bertubi-tubi soalan yang di tanya oleh Syifa.

"Ya Allah adik aku ni, cuba tanya satu-satu. Abang baru balik dalam beberapa minit yang lepas. AIMANS ada kecuali abang Fir sebab dia keluar. AHMADS ada kecuali abang Shah sebab katanya pengetua sekolah panggil dia." Terang Rayqal panjang.

"Ummi?" Sekali lagi Syifa menyoal Rayqal.

"Hm, ummi? Tak silap abang, ummi dekat bilik tadi. Rehat kut. Hah sekarang ni biar abang yang tanya adik." Syifa dah sedia untuk menjawab segala pertanyaan abangnya.

Gadis BiasaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin