BAB 33-KANSER

2K 53 0
                                    

Bismillah...here we go🤗
-
UDARA pada petang hari Selasa itu amat nyaman. Angin bertiup menyejukkan sedikit tubuh si gadis yang merenung pantai di hadapannya kini. Suasana pantai itu amat damai. Di hiasi dengan bunyi burung, suara gelak tawa manusia dan daun-daun yang di tiup.

'Luas dan indahnya ciptaan-Mu Ya Allah.' Ucap hati Syifa. Dia senyum dan seraya itu jugak, kedengaran tangisan seorang kanak-kanak kecil kedengaran.

Syifa mengalihkan pandangan kearah seorang gadis. Tangan kanannya di pegang oleh seorang perempuan sedikit  dewasa yang mungkin ibunya. Tangan kirinya pula sibuk menunjuk-nunjuk kedai aiskrim berdekatan.

Ibunya menggeleng perlahan sambil senyum kearah kanak-kanak itu. Senyumannya itu amat ketara nipis. Mungkin kekurangan duit ataupun hal lain. Syifa berjalan ke arah kedai aiskrim dan membeli 2 kon aiskrim perisa coklet.

"Berapa pakcik?"

"2 ringgit, nak." Ucap pakcik penjual aiskrim itu.

"Terima kasih." Syifa senyum ikhlas lalu menuju ke arah budak perempuan tadi. Dia mencangkung di hadapannya.

"Nah, ini untuk adik." Syifa memberinya sekon aiskrim itu.

"Eh takpelah. Susah-susah je." Tolak perempuan dewasa itu.

"Takpe, saya ikhlas. Lagipun kesian jua tengok anak makcik nangis." Ucap Syifa lagi.

"Eh apa makcik-makcik. Saya muda lagi. Panggil akak Nani je. Dan ini bukan anak akak. Ini anak saudara akak je. Mak ayah dia kemalangan. Baru je minggu lepas." Ujar Nani pula.

"Innalillahi wa inna ilahi rojiu'n. Saya turut bersimpati kak. Oh dah sebelum terlupa, akak boleh panggil saya Syifa."

"Eh jomlah kita duduk. Sembang-sembang ke." Ajak Syifa.

"Eh tak boleh. Sebab malam nanti ada kenduri tahlil untuk arwah. Akak pergi sini pun sebab Ersa nak." Beritahu Nani lagi.

"Oh. Ni nama Ersa eh. Berapa umur?" Tanya Syifa mesra.

"Umu Esa tua paun." Pelat Ersa berkata. Ketawa kecil Syifa mendengar perkataan dua menjadi tua. Tahun menjadi paun.

"Oh dah besar eh. Sedap tak aiskrim tu?" Besar apenya 2 tahun?

"Dap! Dap! Teyima kacih aka." Ucap Ersa lagi.

"Oklah. Akak kena pergi ni. Dan terima kasih untuk aiskrim ni. Dompet akak tinggal tadi tulah tak dapat belikan. Nanti kalau kita jumpa lagi akak bayar balik." Belum sempat Syifa menjawab, Nani dan Ersa sudah berlalu pergi.

"Semoga kita ada peluang untuk jumpa lagi." Ucap Syifa penuh syahdu. Dia merenung lama pantai di hadapannya.

"Macam nak tembus kau tenung pantai tu? Cantik sangat ke?" Terkejut Syifa kerana di tegur tanpa salam.

"Hish kau ni. Orang islam kan, bagilah salam. Dan pantai ni memang cantik. Macam aku." Haiqal menjeling.

"Jap, jap. Ada baldi? Aku nak muntah ni." Haiqal membuat aksi muntah.

"Muntahlah kau kat sini. Aku pergi. Lagipun tunang kau ni taklah cantik mana kan?" Suara Syifa di kendurkan buat-buat merajuk.

"Nak merajuklah tu. Merajuklah, aku takkan pujuk."

Syifa berlalu pergi ke hujung pantai. Semakin lama semakin jauh. Dan semakin lama kelibatnya semakin hilanh. Tiada tanda-tanda untuk dia berpusing.

Haiqal di belengu rasa risau. Teringat janjinya dengan Nazmi untuk menjaga Syifa dengan baik. Keadaan pantai semakin sunyi kerana sudah menginjak 5 petang. Kelibat Syifa tidak kelihatan.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now