BAB 37-LEMAS

1.5K 55 0
                                    

Bismillah...💗💫
-
Skip hari Nazim melamar
-
NAZIM memasuki perkarangan rumah yang tampak sedikit usang tetapi bersih. Walaupun tak moden tapi masih cantik. Dia mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Bersamanya sekarang ialah Nazmi, Firhad dan Syifa. Tipu kalau dia cakap dia tak gementar.

"Waalaikumsalam." Sahut seseorang dari dalam. Dan semestinya ianya ialah Hana kerana suaranya suara seorang perempuan.

"Nazim, jemputlah masuk." Aik, yang lain tak nak di jemput masuk ke?

"Terima kasih."

Di ruang tamu, mereka bertemu dengan dua orang lelaki remaja. Seorang nampak lebih tua dari Nazim manakala yang lagi seorang sebaya Firhad.

"Farhan. Abang sulung Hana."

"Farkhan. Abang kedua Hana." Mereka berjabat sesama mahram.

"Uhuk! Uhuk! Hana!" Jerit seseorang dari dalam bilik. Hana menggelengkan kepala. Dia sudah tahu apa keinginan ayahnya. Pasti ayahnya hendak keluar berjumpa tetamu.

"Along." Panggil Hana meleret.

"Bawalah ayah keluar. Pakai kerusi dia." Hana akur. Lalu muncul seorang lelaki berusia lebih kurang 40-an.

"Pakcik." Nazmi, Nazim dan Firhad menyalami tangannya.

"Baik tujuan kami di sini untuk melamar adik encik untuk adik saya." Nazmi memulakan.

"Yang mana ye?" Soal Farkhan.

"Yang ni." Nazmi menunjuk kearah Nazim yang menunduk malu.

"Nama? Umur?"

"Nazim Ahmad bin Haji Mohammad. Umur 21 tahun."Terang Nazim lancar walaupun hati berdebar kencang.

"Kami tak kesah. Tapi kamu tahu keluarga kami macam mana."

"Saya tak kesah encik. Yang saya tahu saya...cintakan Hana." Hampir gagap Nazim hendak mengatakan cinta.

"Hana ada cerita tentang Nazim. Dan saya rase Hana pun terima. Itupun kalau kamu tak kesah kami bagi hantaran RM500 je." Sampuk Farkhan.

"Saya tak kesah." Lalu mereka meneruskan perbincangan.

"Dan kalau semua tak kesah, saya nak adakan perkahwinan ni sekaligus dengan adik kembar saya." Semua mengangguk setuju. Save budget katakan.

Mereka berbual bagai sudah kenal 4 tahun. Gelak tawa bersama termasuk ayah kepada Hana.

"Ni, hari ni Hana tak kerja ke? Bos Hana tak marah." Soal Farhan. Hana, Nazmi, Nazim dan Firhad tersenyum.

"Dialah bos Hana." Hana menunjuk kearah Syifa. Syifa hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Hana.

"Muda lagi rupanya. Baguslah kecil-kecil dah pandai berdikari. Abang ucapkan terima kasih sebab terima Hana kerja." Senyum Farhan.

"Tak perlu berterima kasih. Tak salah pun nak ambil kak Hana kerja. Lagipun kak Hana cekap bekerja." Puji Syifa. Semua senyum lalu meneruskan perbincangan lagi.
-
Skip hari keluarga Syifa picnic.
-
SAMPAI saja mereka di sebuah tasik tempat mereka hendak berkelah selepas 1 jam lebih perjalanan. Udara segar di hirup. Suasana tasik amatlah bersih dan tenang di tambah lagi dengan air terjun yang di bolehkan untuk semua pengujung mandi.

"Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu." Seru Syifa. Dia melihat abang-abangnya sudah bersiap sedia untuk terjun ke tasik. Syifa tertawa kecil melihat Rafiq yang mencebik kerana di simbah air.

Gadis BiasaKde žijí příběhy. Začni objevovat