BAB 22-BUTIK

1.8K 63 0
                                    

Bismillah...
-
RESAH saja Haiqal di buatnya. Macam mana boleh mulut lepas. Terluah pula dekat Syifa perasaannya. Pasti Syifa akan mentertawakannya.

Sejak semalam, dia cuba mengelak dari bertemu dengan Syifa. Tidak mahu Syifa menyoal tentang hal itu. Sehari berlalu dengan pantas. Hujung minggu itu, rakan Syifa dan Saiful ingin lepak di Pavillion Mall.

Motif? Untuk menceriakan 2 sahabat mereka itu. Syifa memakai sepasang baju bewarna kelabu di padankan dengan tudung bawal bewarna kelabu cerah juga seluar bewarna putih.

Insyirah pula memakai baju bewarna bewarna biru cerah bersama tudung instant shawl bewarna biru gelap manik putih dan seluar bewarna putih.

Ain memakai baju bewarna krim bersama tudung shawl merah jambu dengan skirt coklet dan Iqah pula memakai baju coklet gelap taris gold bersama seluar hitam juga tudung jenama neelofa bewarna coklet.

Hot Boy hanya memakai hoodie. Saiful warna hitam. Haiqal warna putih. Muiz dan Mika geng kelabu. Seluar? Seluar sport je. Katanya lepas lepak nak joging.

Mereka menuju ke kedai minuman Boba Tea. Syifa memesan Pearl Milk Tea. Manakala yang lain hanya memilih mengikut citarasa masing-masing. Mereka saling bergelak tawa ketika berbual sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.

"Geng, aku nak pergi butik jap." Beritahu Syifa.

"Buat apa nak pergi butik? Bukan sepatutnya butik kau tutup ke sebab..." Muiz tidak menyambung ayatnya kerana takut mood Syifa hilang.

"Maksu aku dah bincang semalam. Aku adalah pewaris butik tu. Butik tu akan jatuh bawah tangan aku. Tapi tak bermakna aku hanya kerja kat sana." Terang Syifa.

"Saiful pulak? Ada apa-apa ke?" Tanya Haiqal.

"Aku? Aku kena jadi C.C.O syarikat arwah walid aku. C.E.O pula paklong aku. Sama macam Syifa, aku tak semestinya kerja dekat syarikat tu. Terpulang pada cita-cita kami."

Mereka membulatkan mulut berkata 'o'.

"Dah aku nak pergi jap."

"Nak ikut!" Seru mereka serentak. Adoii, tadi bukan main banyak tanya sekarang nak ikut pula.

"Hm, jom." Ajak Syifa. Mereka semua mengikuti Syifa dari belakang. Usrah Jamilah kekal di sisi.
-
BUTIK EZFA menjadi destinasi. Butik yang dari luar bewarna krim serta hiasan bewarna putih dan merah jambu cerah menampakkan seri butik itu. Ramai juga pelanggan yang datang.

"Assalamualaikum Syifa." Sapa Wawa. Haih, selalunya orang yang datang bagi salam. Ni orang menjemput pulak.

"Waalaikumsalam kak Wa." Balasnya. Yang lain menguntum senyuman.

"Wa, boleh ambilkan fail untuk bulan ni tak? Syifa nak periksa jap. Kami duduk dekat sana kejap ye." Pinta Syifa. Wawa mengangguk.

Mereka mengambil tempat di mana terdapatnya 8 buah kerusi merah. Tidak lupa sebuah meja bulat bewarna coklet. Fail bewarna unggu bercampur merah jambu cerah di serahkan kepada Syifa.

"Susah ke nak handle business?" Tanya Mika. Yelah, dah cita-cita nak jadi businessman kenalah tanya dari orang yang berpengalaman.

"Susah memang susah. Tapi kalau dah tahu cara dia dan niat kita pun baik, in sha Allah semuanya akan jadi senang." Kata Syifa sambil tangan ralit menulis perkembangan butik di sekeping kertas.

"Sejak bila kau handle semua ni?" Tanya Haiqal pulak.

"Kalau bahagian biasa-biasa macam melayan dan cashier tu dari umur aku 9 tahun. Bahagian promo semua ni waktu 12 tahun. Dan handle perkara besar sikir macam meeting, tengok prestasi apa semua ni masa 14 tahun." Semua terkejut kecuali Usrah Jamilah.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now