BAB 60-SIAPA DIA?

1.6K 49 0
                                    

Bismillah, siap sedia untuk detik penderitaan...
-
HAIMA NURAQILA. Seorang dokter pertukaran dari hospital cawangan Melaka. Dia di pindahkan atas faktor tempat tinggalnya.

Entah kenapa hati Syifa merasakan sesuatu buruk tentang Haima. Namun dia diamkan saja. Semakin dia diamkan, semakin teruk dia lihat Haima.

Kenapa? Semasa mesyuarat yang sedang di jalankan ini, mata Haima tidak lepas memandang Haiqal. Itu okey lagi. Tapi sambil tersenyum gedik macam orang baru keluar dari wad gila.

"Baik, sehingga sini saja perbincangan kita. Terima kasih. Semua boleh besurai." Ujar encik Razak.

"Oh dan sebelum itu, saya nak berjumpa dengan Haima, Haiqal, Saerah dan Syifa." Ujarnya.

"Ye tuan, kenapa nak jumpa kami?" Tanya Haiqal sebagai wakil.

"Baik, tujuan saya memanggil kamu semua ialah kerana saya mahu kamu membuat tugasan secara berpasangan. Tugasan pertama ialah menjaga serta merawat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghidap penyakit leukimia. Saya akan serahkan tugas ini kepada Syifa dan Saerah." Terang encik Razak.

"Kami tuan?"

"Kamu dan Haima pula akan di tugaskan menjaga seorang warga emas lelaki yang berusia 57 tahun yang kena lumpuh separuh badan. Saya harap kamu berempat boleh menyelesaikan tugasan kamu. Tempoh yang di berikan ialah selama 2 minggu dan selepas iu, kamu akan kembali bekerja seperti biasa kerana pesakit-pesakit tersebut akan di pindahkan ke hospital di Johor." Haiqal, Syifa, Saerah dan Haima mengangguk tanda faham.

Syifa berasa gelisah. Kenapa encik Razak tidak memilih dia untuk berpasangan dengan Haiqal? Kenapa mesti orang lain? Lelaki takpelah juga ini perempuan. Perempuan!

Syifa mengeluh perlahan. Dia merungut sekalipun dia tidak dapat melawan arahan pihak atasannya. Dia hanya dapat berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku.
-
HUBUNGAN Syifa dan Haiqal semakin dingin sejak 5 hari lepas. Masuk hari ini, sudah seminggu kerja berpasangan itu di jalankan iaitu Syifa dan Saerah juga Haiqal dan Haima.

Semakin hari, Syifa melihat Haiqal dan Haima semakin mesra. Tipulah kalau dia cakap dia tak cemburu, terasa dengan sikap Haiqal dan marah terhadap Haima.

Syifa cuba untuk berfikiran posotif atas layanan Haiqal pada dirinya. 'Mungkin dia penat kut.' Fikir Syifa.

Syifa pulang awal pada hari itu. Dia bercadang untuk memasak makanan kegemaran Haiqal. Apa yang dia tahu, Haiqal akan pulang pada jam 8 malam. Sekarang masih jam 5. Masih ada lagi 3 jam untuk menyediakan masakannya itu.

Syifa ingin memasak udang kari, ikan asam pedas dan sayur nenas. Semuanya makanan kegemaran Haiqal. Setelah sejam berperang di dapur, akhirnya kesemua hidangannya siap.
-
TEPAT jam 8 malam, deruman enjin kereta Haiqal kedengaran. Mereka sekarang ni berada di rumah keluarga Haiqal. Keluarga Haiqal pula balik kampong kerana saudara Haiqal bakal melangsungkan perkahwinan.

"Abang." Ceria Syifa menyambut kedatangan Haiqal. Syifa menghulur tangannya untuk menyalami tangan Haiqal.

"Abang." Panggil Syifa.

"Hm." Acuh tidak acuh saja Haiqal menjawab. Syifa sedikit terasa namun masih terukir senyuman di bibirnya.

"Abang dengarlah." Rengek Syifa manja.

"Ish kau nak apa? Aku penatlah!" Tengking Haiqal. Syifa terkedu. Air matanya bertakung.

"Maaf, saya tak sengaja. Nak bagitahu je kalau awak lapar makanan ada dekat dapur." Beritahu Syifa. Panggil abang-sayang telah bertukar kepada saya-awak.

Haiqal tidak menghiraukan Syifa lalu dia terus berlalu ke bilik. Syifa menuju ke bilir air lalu menghamburkan segala tangisannya. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan sedihnya ketika itu.

Setelah beberapa minit berkurung di dalam bilik air, dia keluar lalu menuju ke bilik. Dia melihat susuk tubuh Haiqal yang berbaring di atas katil tanpa membuka pakaian kerjanya. Timbul rasa simpati di dalam hati Syifa.

'Mungkin abang penat.' Syifa menyedapkan hatinya. Dia membuka stoking, jam dan tali leher Haiqal. Jam tangannya di simpan di atas meja manakala stokin serta tali lehernya di simpan di dalam bakul khad.

Syifa membuka suis penghawa dingin. Dia menyelimuti tubuh Haiqal lalu di cium dahinya. Dia keluar dari bilik
-
KEESOKAN paginya, Syifa dan Haiqal bersiap sedia untuk bekerja. Mereka bersarapan terlebih dahulu di ruang makan. Suasana antara mereka amatlah sunyi.

"Hey sayang, what's wrong? Are you okay?" Soal Haiqal. Nada suara amat ketara risau.

Syifa mengangkat kening. Haiqal seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi semalam.

"Abang balik pukul berapa semalam?" Soal Syifa pula. Soalan Haiqal dibiarkan tidak di jawab.

"Em, entahlah sayang. Abang tak ingat. Yang abang ingat semalam abang dengan Haima dah habis rawat atuk ni. Lepastu waktu kami nak balik, Haima ada cakap sesuatu. Lepastu semua abang tak ingat." Cerita Haiqal panjang lebar.

Syifa terkedu. Adakah semua ini ada kaitan dengan Haima? Siapa dia sebenarnya?

"Sayang, sayang belum jawab soalan abang. What's wrong?" Soal Haiqal sekali lagi.

"Tak ada apa-apalah abang. Sayang okey je. Eh, dah lambat ni. Jom kita pergi kerja. Pinggan ni letak je dekat singki. Balik nanti sayang kemas." Pesan Syifa.

"Okey sayang, baik-baik pergi kerja. Shif abang macam semalam. Jaga diri elok-elok." Syifa menyalami tangan Haiqal lalu mereka berdua memasuki kereta masing-masing menuju ke hospital.
-
Bersambung...

Huhu, sorry lambat update. Alhamdulillah kerja baik pulih dah selesai. Tapi tak bermakna saya akan update selalu, hehe😁

Sabtu ni saya dah nak exam awal tahun. So parents pun dah ugut macam-macam kalau tak belajar phone ni melayang sampai cuti nanti, jadi baik hindari, hihi😁

Persoalannya:

Siapa sebenarnya Haima Nuraqila?
Apa niat dia sebenarnya?
Konflik apa yang akan muncul?
Apa akan terjadi pada hubungan Haiqal dan Syifa?

Sedutan bab yang akan datang:

Scene 1

"Aku benci kau!"

"Sebab kau keluarga aku musnah!"

"Aku akan pastikan hidup kau hancur!"

As usual, i want to tag:

JihoonAhs
azwari85
NazHaniz0101
FAzzahrah
tsyafiqahts
sayremy
kimfarah_taerah
blossom269
mmoush_09
__sweetypie

Jemput baca story ni🤗

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now