BAB 54-BERSALAH

1.6K 58 0
                                    

Bismillah, ready for some conflicts...
-
PETANG ITU, Hot Boys dan Usrah Jamilah berkumpul di Kafe STARZ. Yang terakhir datang ialah Haiqal. Dia senyum sinis bila melihat susuk tubuh yang dia benci.

"Dia pun ada? Kalau dia ada aku rasa aku tak payah datang kut." Pedih hati seorang Syifa ketika itu. Muka Saiful pula merah. Mahu saja dia memukul Haiqal tapi di tahan saja.

"Dahlah Qal, aku suruh korang kumpul ni nak bagitau sesuatu." Ujar Insyirah tenang.

"Kitaorang nak terangkan tentang Syifa." Ain pula bersuara. Mereka rasa bersalah terhadap Syifa kerana menuduh melulu.

"Tentang dia? Si penaruh harapan palsu ni?" Dahi Syifa di tunjal kuat.

"Woi Qal, dengarlah dulu apa kami nak cakap. Jangan main tunjal je kepala Syifa." Marah Mika. Dia pun rasa bersalah kerana memarahi Syifa sedangkan dia sendiri beazam untuk melindungi Syifa dalam hubungan abang dan adik.

"Wow! Sekarang korang pun nak sokong dia ni? Jangan sampai korang pun dia beri harapan palsu." Sinis. Itu yang di rasai oleh Syifa.

"Walaupun kau anggap adik aku harapan palsu, dia masih tak menuduh melulu." Saiful bersuara. Kali ini, semua menyedari ayat Saiful menyindir seseorang.

"Kau nak cakap aku menuduh melulu ke? Kau sendiri nampak dan dengar apa yang dia cakap waktu kali terakhir korang ada di Kuala Lumpur ni. Dia bagi aku harapan! Balik dari Australia dah kahwin! Dan ada anak! Dah tak suci dah pon!" Jeritnya kuat.

PANG!

BUKK!

PANG!

BUKK!

"Aku dah lama tahan sabar dengan kau!"

PANG!

BUKK!

"Apa hak kau nak hina adik aku?"

PANG!

BUKK!

"Kau memang lelaki tak guna." Baru saja tangannya naik ingin memukul Haiqal, Syifa menahannya.

"Abang cukuplah tu." Larang Syifa.

"Kenapa? Sakit yang abang beri ni tak sebesar sakit yang ada pada hati adik!"

"Yang sakit tu adik bukan abang."

"Sebab adik, adik abanglah abang buat macam ni. Eh, adik tak patut kenallah dengan dia. Kali ini, abang benar-benar sokong apa yang abang Az buat dulu. Putus tunang tu keputusan yang terbaik." Saiful mengucap selamba namun sinis pada Syifa dan sindiran pada Haiqal.

"Ko...korang penah bertunang?" Terkejut Muiz. Dia tidak tahu perihal itu.

"Dah abang, balik." Syifa sudah tidak betah di situ. Entah hatinya rasa simpati pada Haiqal namun dalam masa yang sama dia terasa kecewa.

"Nak balik? Kenapa? Malu bila aku hina kau macam tu? Betulkan apa aku dah cakap? Kau tu dah tak suci!" Lalu tubuh Syifa di tolak kasar.

"Cukup!" Jerit seseorang dari jauh.

"Mama!" Jerit anak kecil yang juga memghampiri mereka. Mereka berdua ialah Carl dan Qaira.

"Nah! Hero datang nak selamatkan heroin dia." Bibirnya yang sedikit pecah di sentuh.

"Bro, kita lelaki jadi kita bincang cara lelaki. Tak payahlah nak gaduh bagai." Ujar Carl selamba.

"Bincang? Bincang apa lagi? Nak cerai isteri kau ni lepastu bagi aku? Maaf, aku tak guna bekas orang." Mata Haiqal teralih pada Qaira.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now