BAB 5-SENTAP

2.2K 72 0
                                    

Bismillah, let's start🤗
-
MENGUAP. Mengantuk. Itu saja perkataan yang boleh menceritakan keadaan pelajar kelas 5 Teratai. Meguap? Tak usah di tanya. Lebih dari sepuluh kali kut. Matapelajaran Sejarah bagi mereka amatlah bosan.

Namun, kebosanan itu bertukar menjadi kegembiraan apabila lonceng balik dibunyikan. Bergegas mereka berdiri, mengucap salam, baca doa dan mengemas barang.

Tinggal Syifa sahaja di dalam kelas bersama Ikmal. Dia yang di arahkan untuk memastikan kelas di kunci dan barang-barang penting di simpan di atas meja ustazah Wardah.

"Ikmal, aku balik dulu tau." Kata Syifa. Ikmal mengangguk tanda akur. Takkan nak larang pulak. Dahlah dia tu anak dara. Kena tuduh ikhtilat nanti siapa yang susah?

Syifa keluar dari kelas. Baru sahaja di hendak menoleh, dia terlanggar seseorang sehingga mereka berdua terjatuh. Syifa menoleh gerangan itu. Manusia tadi juga menoleh.

"Kau!" Jerit mereka serentak. Siapa lagi yang cari gaduh dengan Syifa? Mestilah Haiqal.

"Ish kau ni, selalu je nak langgar aku."

"Hello, aku tak sengaja okey."

"Niat sebenarnya sengaja."

"Heh, takde hati aku nak langgar kau."

"Hmph, setakat perempuan macam kau ni, petik jari je."

Syifa menahan marah namun dia cuba berlembut.

"Maaf ye, kalau awak tak suka dengan saya kenapa awak selalu dekat dengan saya?" Kata Syifa.

"Excuse me, bila masa aku dekat dengan kau?"

"Awak selalu dekat dengan saya. Nak marah, tengking saya. Awak ingat saya ni takde perasaan ke?" Sentap. Itu yang di rasai oleh Haiqal.

Sejurus selepas kata-kata itu, Syifa meninggalkan Haiqal yang masih tersentap. Syifa masih berang. Namun dia cuba mengawal riak wajahnya. Tidak mahu kawan-kawannya perasan perbahasannya bersama Haiqal sebentar tadi.
-
KAYUHAN basikal untuk melepasi pagar sekolah itu terhenti bila mana nama Syifa di laung. Si empunya badan menoleh. Kelihatan Shahrul, abang ke empat Syifa menuju ke arahnya.

"Ye sir, sir panggil saya?" Kata Syifa membahaskan diri Shahrul sebagai sir. Ianya kerana kawan-kawan Saiful masih tidak mengetahui identiti mereka.

"Boleh sir nak jumpa kamu sekejap?" Pinta Shahrul.

"Kan dah jumpa ni." Balas Syifa.

"Maksud sir, kita berdua." Shahrul menerangkan. Syifa yang faham maksud Shahrul hanya menganggukkan kepalanya. Dia menyuruh rakan-rakannya untuk tunggu sebentar.

Setelah kelibat Syifa dan Shahrul hilang, Muiz bersuara.

"Weh Sai, kau tak halang ke sir Shah jumpa adik kau tu? Kau tak takut sir buat apa-apa dekat Syifa?" Katanya.

"Biarlah, takkan sir nak buat apa-apa dekat Syifa." 'Syifa kan adik dia.' Namun kata-kata itu hanya di sambung di dalam hati kerana takut rakannya dengar.

"Ape ape jelah." Marah Haiqal.

"Kau kenapa tiba-tiba bad mood ni? Datang bulan?" Lalu hempasan kuat terkena pada bahu Mika.

"Aduduh, heh, dahlah takde mood. Hempas aku pulak." Marah Mika.

"Yang kau cakap aku datang bulan tu kenapa? Aku lelaki kut." Gertak Haiqal.

Perbualan itu mengundang tawa lelaki di situ. Manakala Usrah Jamilah hanya berdiam diri kerana tidak biasa bersama lelaki ajnabi.
-
BELAKANG sekolah menjadi tempat pilihan mereka untuk berbual. Shahrul tidak takut kalau ada guru nampak kerana semua guru tahu identiti mereka.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now