BAB 51-SEPADAN

1.4K 58 0
                                    

Bismillah, selamat membaca💚and sorry short update
-
PINGGAN di letakkan di atas meja. Syifa, Hana dan Sara membuat kerja rumah seperti yang di buat di Kuala Lumpur setiap pagi iaitu membuat sarapan pagi. Iman di biarkan saja di dalam bilik untuk berehat kerana keadaannya yang sarat mengandung.

"Adik, tolong bancuh air. Akak dan akak Sara nak angkat pinggan dan cawan." Syifa hanya akur.

Sedang sibuk membancuh teh o, dia teringat ternampak sebuah taman di luar sana. Teringat dia kenangan bersama arwah Haji Mohamad.

Flashback

Dia terduduk di tanah akibat terjatuh dari basikal. Berkerut dahinya kerana lututnya terasa berdenyut. Dia ternampak Haji Mohamad berlari kearahnya dengan wajah kerisauan.

"Ya Allah, kesiannya puteri walid. Jatuh eh? Mana luka? Meh walid tengok." Haji Mohamad membuka sedikit seluar Syifa hingga ke paras lutut.

"Lah, tak teruk sangat ni. Jom boleh jalan tak?" Syifa angguk perlahan.

"Kuat puteri walid. Terus jadi kuat ye sayang. Untuk orang sekeliling adik. Janji dengan walid eh? Walaupun walid dah takde nanti, terus jadi kuat, ye." Umur Syifa yang masih tidak berapa faham ayat Haji Mohamad itu hanya mengangguk.

End Flashback

"Hah termenung lagi!" Sergah seseorang dahi belakang. Syifa yang tersedar mengesat sedikit air matanya. Nasrul yang sedar akan hal itu menerpa kearah Syifa.

"Adik okey tak ni? Kenapa nangis?" Risau Nasrul di buatnya.

"Eh mane ade adik nangis. Perasaan abang je kut." Dalih Syifa lalu membawa teko teh itu ke ruang makan.

"Kalau boleh dia tak nak orang tahu sakit dia. Bila dia jatuh dia akan cuba bangun sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu adik."

"Betul kata Sai, adik selalu sembunyikan perasaan dia dari pandangan orang lain. Adik adik." Nasrul menggelengkan kepalanya perlahan.
-
HARI ITU berlalu seperti biasa. Nazmi, Iman, Nazim, Hana, Fauzi dan Sara hanya berada di rumah. Manakala Hakimi, Firhad, Rayqal, Rafiq, Nasrul dan Saiful pergi ke taman peranginan yang di tunjuk oleh Nasrul. Shahrul dan Syifa pula pergi taman.

"Adik, tak penat ke dari tadi berlari?" Tanya Shahrul yang berlari di samping Syifa.

"Bolehlah tapi seronok sebab dapat keluarkan peluh." Ujar Syifa tenang.

"Kan, kita kena stabilkan stamina penafa-"

Bukk!

Belum sempat Shahrul menghabiskan ayatnya, dia terlanggar seorang perempuan yang berlari dari arah bertentangan.

"Ya Allah, encik! Saya minta maaf. Saya tak sengaja." Tutur perempuan itu laju. Shahrul mendongak melihat wajah perempuan yang melanggarnya.

"Cikgu Mia?" Perempuan itu mengangkat wajahnya maka Shahrul dan Syifa pasti dia ialah Damia atau lebih di kenali sebagai cikgu Mia.

"Eh, sir Shah rupanya. Saya fikir siapalah tadi. Sir Shah buat apa kat sini?"

"Saye dan keluarga saye pindah sini. Awak pulak?" Tanya Shahrul semula.

"Saya ade krusus kat sini 2 tahun. So family saya pun ada kat sini." Syifa memerhatikan abangnya bersama Damia. Nampak secocok.

"Abang...suka cikgu Mia?" Tersentak Shahrul di buatnya. Damia yang mendengar sudah memerah pipinya.

"Ish adik ni, apa tanya soalan macam tu." Marahnya. Syifa senyum dalam diam.

"Adik bukan suruh abang yang soalan apa yang adik soal. Adik nak tahu abang suka teacher Mia ke tidak?" Diam.

"Abang...suka sebagai kawan." Syifa tahu yang Shahrul pasti ada perasaan lebih dari kawan pada Mia. Dia harus berbuat sesuatu.

"Eh, saye kena pergi ni. Assalamualaikum." Ucap Damia. Sempat dia, bersalaman dengan Syifa sebelum berlalu pergi.

Mata Shahrul tak lepas memandang tubuh Damia yang semakin menghilang. Apabila kelibat Damia sudah hilang, Shahrul menoleh. Kelihatan Syifa senyum mengusik.

"Kenapa tengok abang macam tu?" Soal Shahrul pelik.

"Amboi abang, tak lepas pandang nampak!" Usik Syifa.

"Eh adik ni memandai je!" Marah Shahrul. Nampak mukanya merah menahan malu.

"Eleh tutup malu lah tu. Adik bagitahu abang yang lain. Haha, bye!" Syifa terus pecut laju ke tempat letak kereta.

"Adik!" Teriak Shahrul. Eh Syifa ni, asma nanti siapa susah!
-
Kuala Lumpur

MEREKA berkumpul di sebuah meja di dalam kafe. Tempat yang mereka bejanji untuk berjumpa. Terasa bosan mereka tanpa Saiful dan Syifa.

"Weh aku bosan!" Jerit Muiz. Habis kepalanya di luku oleh Mika yang berada di sebelahnya.

"Kau ni agak-agaklah kalau nak jerit. Orang ramai kut. Buat malu je." Marah Ain.

"Masalah sekarang ni aku betul-betul tengah bosan, tahu tak!" Geram saja mereka dengan Muiz. Ingat mereka tak bosan ke?

"Kau ingat kau seorang je bosan? Kitaorang pun bosanlah." Kehilangan Saiful dan Syifa tanpa khabar berita memberi impak yang besar pada mereka.

"Aku nak keluar kejap." Haiqal terus bangkit untuk keluar. Tidak lama selepas itu, telefon Insyirah berdering. Nombor yang tidak di kenali terpapar di skrin.

"Siapa?"

"Nombor yang tak di kenali. Kejap eh." Insyirah pergi jauh sedikit dari meja sahabatnya tadi.

"Hello?"

"Assalamualaikum sahabat." Sapa suara di sana.

"Waalaikumsalam, ya Allah, Syifa! Kau ke tu?" Ceria saja suara Insyirah. Namun dia tak boleh teruja sangat.

"Ye akulah ni. Kau apa khabar?"

"Alhamdulillah, sihat. Kau?"

"Alhamdulillah sihat jugak. Yang lain macam mana?"

"Mereka sihat je. Cuma lepas kau hilang, semua takde mood."

"Bila kau nak balik?"

"Aku tak tahu Syirah. Yang pasti, lama lagi."

"Aku dah mula rindu kau Fa. Sakit rasanya takde bersama dengan kau bila kau berduka dekat sana."

"Aku rindu kau jugak. Eh aku tak boleh lama tau. Aku kena pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Telefon bimbit di letak. Dia rase tenang selepas mendapat panggilan dari Syifa. Dia terus kembali ke meja. Reaksi muka di kawal agar tidak di soal oleh rakan yang lain.
-
TAMAN dihadapannya di tenung. Fikirannya melayang memikirkan tentang Syifa.

"Dimana lagi aku kena cari kau Syifa? Kau tahu tak betapa seksanya aku takde kau depan mata. It's really hurt." Haiqal mengeluarkan seutas gelang milik Syifa.

"Kalau kau pilih untuk setia, simpan ni."

"Aku pilih untuk setia dengan kau Syifa. Dan aku harap kau pun macam tu. Aku akan tunggu kau balik. Tolong jangan sia-siakan kesetiaan aku." Gelang itu di genggam kuat.

'Ya Allah, kalau benar dia jodohku, dekatkanlah dirinya dengan ku dan permudankanlah urusan kami. Dan jikalau dia bukan jodohku, janganlah ianya menjejaskan hubungan persahabatan kami.'
-
Bersambung...

Sorry sekali lagi sebab short update..

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now