BAB 68-THE END

2.7K 64 2
                                    

Bismillah...

Inilah pengakhirannya kisah seorang gadis biasa yang bernama Syifa Aulia Nur Hasanah.
-
SYIFA sudah bergetar hebat. Lagi beberapa minit dan anak-anaknya bakal lahir dan dirinya bakal di bedah. Doa takut. Takut pembedahan itu gagal

Haiqal sudah bersedia dengan pakaian serta barang membedah. Ye, Haiqal yang akan ketuai segalanya pada hari ini.

"Just relax, okay? Everything will be fine." Senyum Haiqal. Syifa sudah mula terasa sebak. Wajah Haiqal di tenung.

"Kita mulakan sekarang." Arah Haiqal. Dua jururawat wanita berada di samping Syifa untuk memberikan dorongan manakala lagi 3 jururawat perempuan membantu Haiqal.

Pisau bedah di tangan Haiqal tenung. Sanggup kah hatinya membedah isterinya? Sungguh perasaan hatinya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

"Puan, jangan tutup mata ye." Pesan jururawat itu.

Haiqal mula menekan pisau itu pada tempat yang sepatutnya. Dari satu lapis hingga ke tujuh-tujuh lapis sudah di buka. Dari tidak berdarah kini semakin banyak.

"Jangan teran puan." Pesan seorang lagi jururawat itu.

Satu bayi berjaya di tarik oleh jururawat yang bernama Asyiqin.

"Lelaki puan."

Setelah beberapa minit, seorang lagi bayi berjaya di keluarkan.

"Lelaki lagi puan." Syifa senyum lemah Nampaknya seperti ikut keturunan.

Dan beberapa minit lepas itu, kedengaran suara tangisan bayi yang baru di keluarkan. Kali ini, tangisan itu kedengaran lebih halus.

"Terakhir puan, perempuan."

Syifa senyum lemah. Anak-anaknya sudah selamat di lahirkan. Sekarang, giliran dirinya bakal di bedah untuk merawat kanser itu.

"Dokter, dokter boleh azankan dulu anak-anak dokter. Biar kami yang sediakan barang-barang lain." Beritahu jururawat yang bernama Izza.

Haiqal memandang kearah bayi-bayinya yang baru lahir. Anaknya masih kecil dan belum berbadan besar seperti anak kecil yang baru lahir.

"Allahuakhbar Allahuakbar! Allahuakhbar Allahuakhbar!" Tangisan Haiqal pecah akibat terharu. Syifa pula menahan sendu di hati.

"Dokter, kami akan bawa anak-anak dokter di bilik NICU. Dokter boleh teruskan dengan puan Syifa kerana takut darah yang keluar melemahkan lagi antibodinya." Beritahu jururawat Izza. Haiqal hanya mengangguk.
-
KATIL sorong bayi kecil yang di bawa keluar dari bilik itu mengejutkan semua orang.

"Nurse, macam keadaan adik kami?" Soal Nazmi.

"Alhamdulillah, adik encik dah selamat melahirkan 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sekarang, dokter Haiqal tengah bersiap sedih untuk membedah puan Syifa."

"Adik kami akan selamat kan dokter?" Nasrul bersuara.

"Itu saya tak boleh beritahu. Kami hanyalah dokter, bukan tuhan yang pegang nyawa puan Syifa. Kami hanya boleh berusaha untuk selamatkannya namun keputusan ikut takdir." Senyum Izza.

Katil bayi itu di bawa ke bilik NICU. Mereka semua berdoa agar Syifa selamat dan kekal bersama mereka.
-
HAIQAL mengusap peluh di dahinya. Sudah berjam-jam pembedahan ini di lakukan namun belum ada hasil. Ini kerana kanser itu sudah merebak ke bahagian dadanya.

Namun begitu, Haiqal tidak berputus asa. Dia tahu Syifa kuat. Pembedahan itu di teruskan lagi dan akhirnya, kanser tersebut dapat di buang.

"Alhamdulillah dokter, kanser tersebut sudah dapat di buang." Ucap Izza.

"Alhamdulillah, Izza sediakan ubat tidur ye." Arah Haiqal. Haiqal menghampiri Syifa yang seperti menahan kesakitan.

"Sayang, kita dah berjaya. Kanser tu dah hilang." Ujar Haiqal dengan nada gembira.

Namun Syifa seperti kurang bermaya membuatkan Haiqal berasa pelik.

"Sayang? Sayang, jawab abang." Tubuh Syifa cuba di goncang sedikit. Tiba-tiba, mesin yang mengawal segala penafasan Syifa berbunyi kuat.

"Sayang! YaAllah sayang, please stay with me." Raung Haiqal.

Alat defribilator di ambil oleh Asyiqin yang berada di situ.

"On count of, one two three!" Alat itu di tekan pada dada Syifa lalu badan Syifa ternaik.

"Again!" Arah Haiqal tegas.

Sekali lagi, alat itu di tekan pada dada Syifa namun hasilnya tetap sama. Syiaf memegang tangan Haiqal menyuruh dia berhenti.

Syifa senyum lemah. Mungkin sudah tahu ajalnya semakin dekat.

"Sa..sayang m..minta maaf. Jaga a..anak kita ba...baik-baik. Maaf se..sebab tak mampu bersama a...abang jaga anak kita." Terketar-ketar Syifa bersuara. Gerakan pada nadinya semakin lemah.

"Sayang, jangan tinggalkan abang. Sayang nak tengok anak kita membesarkan. Please, jangan tinggalkan abang." Air mata jantannya mengalir melihat keadaan Syifa.

Tit...tit...tit

"Sa..sayang tak bo...boleh abang. Te...terima ka..kasih untuk segalanya."

Tit...tit...titttttttttt......

"Sayang!"
-
SEMUA yang mendengar berita itu terkaku, tergamam, terkejut dan tidak percaya benda itu berlaku.

"Tak...tak mungkin."

Saiful jatuh terduduk di lantai begitu juga Nasrul. Semua abang-abang Syifa menangis mengenang nasib adik mereka yang telah meninggal dunia.

"Kau memang tak guna!" Marah Saiful pada Haiqal.

"Sai sudahlah. Sini kan hospital." Larang Mika yang turut berada di situ bersama sahabat mereka yang lain.

"Kau, pangkat je dokter tapi isteri sendiri pun tak boleh selamatkan!" Marah Saiful.

"Aku tak minta semua ni jadi Sai. Apa yang aku tahu, awalnya kanser tu dah hilang dan Syifa dah selamat. Tapi tiba-tiba, mesin tu berbunyi. Aku dah cuba sedaya upaya aku. Tapi takdir dah tentukan segalanya. Dia isteri aku, Sai. Ummi kepada anak-anak aku." Air mata Haiqal semakin mengalir. Bahunya di tepuk oleh Firhad.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi mesin yang kuat dari dalam bilik Syifa.

"Dokter, mesin puan Syifa berbunyi. Garisan nadi dia mula bergerak." Haiqal terkejut lalu terus masuk ke dalam bilik pembedahan itu.

Yang lain semua terpinga-pinga. Cuba memahami ayat yang jururawat tadi baru sampaikan. Mesin berbunyi? Gerakan nadi bergerak? Syifa? Maksudnya...
-
Tamat...








Op op op





Bersambung...

Woo woo woo, what happen? Haha jadi ke tak sad moment tu?

Short but....double update so...okay lah kan? Haha stay tuned for end of the story😄

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now