SPECIAL CHAPTER 8 : RAFIQ × INTAN

665 29 0
                                    

Bismillah...

RAFIQ sedang sibuk mengira jumlah wang di peti duit counter itu memandangkan tidak ada pelanggan yang datang. Tiba-tiba, pintu yang tertutup di buka dari luar. Hujan yang lebat di luar membuatkan angin sejuk dapat di rasakan.

Seorang gadis yang basah kuyup memasuki kedai itu dengan lemah longlai.

"Eh, cik! Cik tak apa-apa?" Rafiq meluru kearah gadis itu dengan wajah risau.

"Saya ta-k apa-apa." Badannya yang menggigil membuatkan Rafiq tahu perempuan itu kesejukan.

"Cik duduk sini, saya buatkan coklat panas ye." Beritahu Rafiq. Gadis itu hanya mengangguk.

Rafiq kembali bersama secawan coklet panas bersama biskut dan satu tuala.

"Cik, nah! Saya ada bawakan tuala sekali. Balut badan cik. Nanti cik demam." Arah Rafiq prihatin.

"T-terima ka-kasih, encik." Ucap gadis itu tergetar-getar kerana kesejukan.

"Sama-sama. Encik nak order apa-apa? Biar saya buatkan." Pelawa Rafiq namun gadis itu menggeleng sahaja.

Setelah beberapa minit suasana sunyi antara mereka, gadis itu bersuara.

"Encik ada kerja kosong di sini?" Terkejut Rafiq yang sedang melap cawan apabila mendengar suara merdu gadis iti. Ceit!

"Maaf tapi kafe ni cuma untuk lelaki." Jawab Rafiq serba salah.

Sememangnya, di kafe itu tiada bekerja perempuan. Mate Cafe ialah kafe yang di tubuhnya sendiri dengan titik peluh 7 orang lelaki. Rayqal, Rafiq dan rakan-rakan mereka iaitu Syafiq, Haiqal, Amirul, Adi dan Hamizan iaitu pelajar di Universiti Kuala Lumpur.

"Ooh..." gadis itu senyum tipis. Jawapan dari Rafiq menghampakan dirinya yang sekarang ini terdesak memerlukan kerja dan tempat tinggal.

"Tapi kalau cik nak kerja, apa kata cik pergi kat butik adik saya kat Mall. Dia selalu bukakan kemasukan pekerja baharu. Kalau ada rezeki cik, dapatlah cik kerja." Balas Rafiq menenangkan gadis itu.

"InshaAllah saya cuba. Terima kasih, encik."

"Eh, tak payahlah panggil saya encik. Lagipun saya rasa kita sebaya. Aku pun tak biasa saya-awak ni sebenarnya. So, aku Rafiq. Kau nama apa? Umur kau?" Tanya Rafiq kepada gadis di hadapannya.

"Saya Intan. Intan Adawiyah. Saya 25." Balas gadis itu lembut.

"Aku tua setahun dari kau. Tapi takpe. Btw. Cantik nama kau. Macam kau jugak." Ayat terakhirnya hanya di bisik kecil.

"Terima kasih."

"Kau tinggal mana? Biar aku hantar." Soalan dari Rafiq membuatkan Intan terkedu.

"Err saya takde rumah." Jawab Intan sedikit malu.

"Hah? Selama ni kau tinggal mana?" Soal Rafiq hairan.

"Sebelum ni saya tinggal dengan keluarga ayah saya. Mak saya dah lama pergi. Dan tepat sebulan lepas, ayah saya pula pergi. Ibu tiri saya halau saya dari rumah dan saya pun di halau dari syarikat." Cerita Intan. Air mata yang bertakung cuba di tahan.

Rafiq terkedu mendengar cerita dari gadis itu. Sesaat kemudian, dia mendapat satu idea.

"Kalau macam tu, apa kata kau kerja kat butik adik aku terus? Kau boleh dapat penginapan pekerja khas untuk pekerja yang tiada tempat tinggal. Makan minum, free." Bersinar mata Intan.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now