BAB 14-DEMAM

2.1K 80 6
                                    

Bismillah😊Selamat Tahun Baru Hijrah🤗
-
KEESOKAN paginya, Saiful terjaga dari lenanya pada pukul 5 pagi kerana terdengar suara Syifa memanggil walidnya. Alah, hari ni kan Sabtu...cuti.

Saiful memandang susuk tubuh adiknya. Selalunya adiknya sudah bangun dan pada waktu begini, Syifa pasti sedang membuat sarapan pagi.

Dia mendekati Syifa. Sedari tadi dia meracau memanggil walidnya dengan tangan di gerakkan. Saiful mula risau. Dia memegang tangan adiknya. Panas.

Dahi. Leher. Tangan dan seleruh badan Syifa amat panas. Dia menuju ke laci dan mengambil thermometer untuk memeriksa suhu badan Syifa. Terbuntang luas mata Saiful, 41.9°c.

Saiful tanpa berlengah mengambil tuala kering dan menuju ke tandas untuk membasahinya. Tidak lupa baldi yang dipenuhi dengan air.

Saiful melap badan Syifa dengan air yang di ambilnya tadi. Masih terasa panas badan Syifa. Matanya masih kuyu namun di buka juga demi adiknya.

Baju Syifa di tukar kemudian cool fever di letakkan pada dahinya. Saiful menuju ke tandas untuk mengambil wudhu untuk menunaikan sembahyang subuh. Dia tidak lupa berdoa kepada Allah agar menyembuhkan adiknya.
-
MATANYA di buka secara perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut sedari tadi. Dia melihat sekeliling biliknya. Tiada orang. Dia baru sahaja sedar bajunya telah di tukar kepada baju biru bersama seluar hitam.

Dia melihat ke arah jam dinding di bilik itu. Amat terkejut dia bila dapat tahu sekarang sudah pukul 8 pagi. Dia belum sembahyang subuh lagi. Dia bergegas hendak berdiri dan menuju ke bilik mandi.

Namun baru sahaja selangkah dia menapak, kepalanya kembali berdenyut kencang sehingga membuat dia terjatuh semula ke lantai. Tiada dayanya untuk berdiri.

Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka. Terpampang wajah Saiful membawa dulang yang ada sebuah mangkuk berisi bubur dan segelas air suam. Terkejut dia melihat keadaan adiknya. Haih, kenapalah hari ni di penuhi dengan kejutan😅

Dia membantu adiknya untuk duduk semula di katil. Teruk sangat dah demam Syifa sampai tidak boleh berdiri. Saiful merenung sedalam-dalamnya wajah Syifa macam nak tembus.

"Adik tak payah diri. Adik tu demam panas. Nah, abang suapkan adik makan bubur. Semalam adik tak makan kan." Kata Saiful pada adiknya. Syifa hanya akur. Tidak mampu untuk membantah.

"Abang, ummi macam mana?" Tanya Syifa semasa suapan terakhir selesai di jamah. Saiful mengeluh.

"Lepas kata-kata ummi semalam, adik masih nak tanya pasal dia?" Soalan Syifa di balas lagi dengan soalan Saiful.

"Apa pun kata-kata ummi, dia tetap ummi kita abang. Ummi yang dah lahirkan kita. Jaga kita. Besarkan kita. Takkan hanya kerana kata-kata ummi kita tak perlu nak balas jasa ummi." Balas Syifa.

"Tapi kata-kata ummi tu menyakitkan hati!" Bentak Saiful.

"Abang, ummi tak..." belum sempat dia hendak menyambung kata-katanya, kepalanya berdenyut kencang membuatkan tangannya melekat pada dahinya. Saiful yang perasan hal itu terus tersedar dari amarahnya.

"Adik, adik okey tak?" Tanya Saiful cemas. Rasa bersalah menyelembungi dirinya kerana tidak dapat mengawal amarahnya sebentar tadi.

Melihat Syifa tidak menjawab, dia terus membaringkan tubuh kecil itu di katil. Cepat sahaja tubuh itu terlelap. Mungkin terlebih penat ataupun kerana suhu badannya yang tinggi.
-
RAKANNYA cuma memandangnya sepi. Sekarang, Hot Boy dan Usrah Jamilah tanpa Syifa berada di taman. Mereka sudah mula rapat walaupun nampak kekok.

"Weh Sai, kau pahal diam je ni? Selalunya kau paling bising. Dan Syifa mane?" Soal Muiz. Hairan dia melihat rakannya itu diam saja.

"Syifa, dia...dia demam panas. Tadi pagi aku bangun sebab dia meracau panggil walid aku. Aku pegang badan dia. Panas doh. Aku periksa suhu badan dia. Kau tekalah berapa." Arah Saiful.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now