SPECIAL CHAPTER 12 : MIKAEL × SYAFIQAH

919 29 0
                                    

Bismillah...

SYAFIQAH memerhati Mikael yang kini berada di hadapannya. Bosan! Ye dia bosan sebab telah lama berkeadaan sebegitu. Sunyi dan sepi!

"Awak, dah lah tu main laptop tu. Layan lah saya kat sini!" Rengek Syafiqah. Mikael memandang sekilas sebelum memandang komputer ribanya kembali.

"Saya sibuk ni. Apa kata awak balik je. Saya kena siapkan kerja ni juga." Dalih Mikael sambil menaip sesuatu di papan kunci.

"Awaaak... Awak kan ketua projek ni. Bila-bila masa pun awak boleh siapkan." Syafiqah tidak henti-henti memujuk agar Mikael berhenti dari membuat kerja. Namun semuanya sia-sia.

Sejak Mikael bekerja menjadi arkitek, Mikael semakin sibuk dan mereka berdua sudah jarang sekali berhubung. Ada juga rasa terkilan di hati Syafiqah bila tidak di endahkan.

"Awak! Dah lah tu! Saya nak sembang dengan awak ni kan!" Akibat geram, Syafiqah menjerit di tepi telinga Mikael. Daaan...

Geram di balas geram.

"Kau ni tak faham bahasa ke Iqah? Aku kata aku sibuk! Yang kau sibuk sibuk nak datang rumah aku ni apehal? Dah takde rumah ke sampai nak kena tumpang sini? Pergi balik lah! Menyusahkanlah!" Tengking Mikael sehingga membuatkan Syafiqah terkedu.

Syafiqah perlahan-lahan berdiri dari hujung sofa lalu kakinya melangkah setapak demi setapak ke belakang. Tanpa kata, dia hanya berlalu pergi.

Sebelum keluar, dia terserempak dengan rakan serumah Mikael iaitu Arfan. Dia tersenyum kelat sebelum berlalu keluar dari rumah sewa milik Mikael dan Arfan.

"Woi Mika, apa bising-bising tadi? Terkejut aku dengar kau melenting. Lagi terkejut aku bila tengok Iqah keluar dan mata dia berair." Ujar Arfan sambil melihat kearah Mikael.

Mikael meraup wajahnya kasar.

"Aku- aku tertengking dia tadi." Beritahu Mikael dengan nada kesal.

"Asal pulak?"

"Aku sibuk nak siapkan projek ni. Dah lah due dia lusa. Aku macam nak gila siapkan. Iqah pula sibuk nak berbual dengan aku." Kemudian Mikael meramas pula rambutnya. Kerjanya tergendala buat sementara waktu apabila Arfan berkara Iqah menangis.

"Serious, bro? Kau tak tahu ke?"

"Hah? Tahu apa?"

"Projek tu kan kena post pone. Paling awal hantar minggu depan. Paling lewat pun Tuan Amsyar bagi hujung bulan ni."

Terkejut Mikael di buatnya. Ye, dia bukanlah ketua projek yang sebenar-benarnya. Dia hanya ketua kumpulan sahaja.

"Apa aku dah buat ni?" Sekali lagi Mikael meraup wajahnya. Wajah kusut di tayang.

"Pergilah kejar dia. Minta maaf." Mikael mengangguk lalu terus berlari keluar dari rumah itu. Matanya mencari kelibat Syafiqah. Namun, bayang pun dia tidak nampak.

Kemudian dia teringat satu tempat. Tempat dimana Syafiqah akan pergi bila dia sedih. Taman!
-
DIA menghamburkan segala tangisannya di pondok itu. Tidak langsung dia menyangka Mikael akan menengkingnya.

Selama tiga tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, tidak pernah walaupun sekali mereka bergaduh mahupun meninggikan suara antara satu sama lain. Namun kali ini, hmm entahlah. Dia sendiri tak tahu.

"Iqah."

Syafiqah terkejut apabila suara yang di kenalinya menegur dia dari sisi. Namun dia tidak berpaling. Wajahnya hanya mampu menekur kaki yang statik mencecah lantai.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now