BAB 19-KECEMASAN

1.6K 62 0
                                    

Bismillah...🤗
-
ENTAH kenapa, pelajaran Sejarah tidak masuk dalam otaknya. Atau lebih tepat, Syifa berada dalam dunianya sendiri. Seperti ada benda buruk yang bakal berlaku.

"Syifa." Panggil Cikgu Fariza. Sedari tadi dia perhati Syifa seperti tidak memberi perhatian sepenuhnya.

"Ambil perhatian ye. Kamu okey tak?" Soalnya pula. Jarang sekali Syifa tidak mengambil perhatiannya.

"Ye. Saya okey je. Maaf cikgu." Ucap Syifa. Semua memerhati dirinya.

"Ee cikgu, saya nak pergi tandas kejap." Pintanya. Cikgu Fariza mengangguk lalu memerhati langkah Syifa keluar dari kelas.
-
IKMAL, Kasyaf dan Waliyah mendekati Syifa yang mengemas barangnya. Syifa hendak berlalu tapi pantas di halang oleh Ikmal.

"Kau kenapa Syifa? Betul kau okey? Bukan aku tak tahu, kau ni jarang tak ambil perhatian waktu belajar." Bertubi-tubi ayat Ikmal lontarkan.

"Aku okeylah. Aku, aku ngatuk je tadi. Aku tak cukup tidur." Katanya. Bukan sebab itu sebenarnya. Memang dia tak cukup tidur tapi sekarang ni ianya di sebabkan kerisauan pada umminya.

"Hm okeylah, kalau kau ada masalah bagitahu. Kami sudi dengar." Ucap Waliyah pula.

"Ni kau rehat tak?" Tanya Kasyaf.

"Tak, aku nak siapkan laporan ni." Beritahunya. Ikmal dan yang lain keluar untuk rehat.
-
MEREKA berlari ke arah Syifa yang baru sahaja keluar dari bilik 6.4. Syifa hairan melihat rakannya.

"Kenapa dengan korang ni?" Tanya Syifa. Yang peliknya, dorang ni bawa beg macam nak balik.

"Jom pergi dekat abang Shah." Kata Saiful lalu menarik tangan Syifa.

Syifa hanya akur. Syifa pelik kerana mereka bukan menuju ke bilik guru Shahrul tapi tempat letak kereta.

"Dah jom pergi hospital." Di situ, ada Fendi dan Syasya juga.

"Hospital? Untuk apa?" Tanya Saiful yang juga tidak tahu apa yang terjadi.

Shahrul, Fendi dan Syasya hanya berdiam diri. Mereka masuk ke dalam kereta dan dua kereta hitam itu membelah jalan raya menuju ke hospital.
-
Bersambung...

Guys...sorry sesangat sebab short update...cuma 300+ saja sebab idea tak muncul. Tapi, Ly janji next update panjang-panjang. Ok, assalamualaikum.

Ly tak janji next update malam. Sebab kredit Ly nak die dah. So kalau tak sempat...jadi fhm2lah next update mungkin lama lagi. So ya...bye...

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now