BAB 64-SAHABAT SELAMANYA

1.7K 50 0
                                    

Bismillah, short update, sorry😉
-
SYIFA dan Haiqal keluar dari kereta menuju ke sebuah kafe untuk berjumpa dengan sahabat mereka. Tangan Syifa di pegang kemas memandangkan sekarang Syifa sudah sarat mengandung. Kandungan sudah mencecah 6 bulan. Namun begitu, Haiqal belum tahu yang Syifa perlu di bedah secepat mungkin.

"Hah, sampai pun. Ingat dah lupa kawan." Sindir Muiz.

"Eleh, nak merajuk agak-agaklah. Tua bagak dah pun. Nanti Ain, lepas kawin kesianlah kau dapat suami kiat merajuk." Haiqal membalas Muiz dengan sindiran.

Ain membuat mimik muka tidak percaya. 'Eh eh, apa nama aku kena bawak sekali ni? Haih, nasiblah dapat bakal suami macam ni.' Ain senyum sendiri.

"Hah Ain, senyum tu kenapa? Tak sabar nak dapat anak pertama ke?" Usik Iqah. Semua gelak dengan usikan Iqah itu.

"Diamlah kau Iqah." Marah Ain dengan muka yang memerah.

"Eh dahlah, order lah. Dari tadi sibuk berbual je. Waiter!" Panggil Haiqal.

"Ye, nak pesan apa?" Suara lembut seorang perempuan menyapa gegendang telinga mereka. Syifa seperti mengenal suara itu lalu melihat kearah wajah itu.

"Haima?" Terkejut Syifa. Haima juga terkejut.

"Syifa." Bergetar suara Haima. Seperti masih takut dengan Syifa.

"Eh janganlah takut, kami tak buat apalah." Sampuk Haiqal yang sebenarmya masih terkejut juga.

"Jap, ada apa ni?" Semua bingung dengan perkara yang jadi di depan mereka. Syifa berdiri.

"Okey semua, biar aku kenalkan. Dia dokter di hospital kami. Nama dia, Haima Nuraqila. Dia kakak kepada Emma." Semua terkejut pada kenyataan akhir itu.

"E...emma? E..emma mana ni?" Tergagap Insyirah berkata. Dia masih trauma dengan kejadian itu walaupun dia tidak cedera. Sungguh dia takut kehilangan sahabatnya buat kali kedua.

"Emma kawan kita. Emma Syaqila. Dia berbeza semua. Haima baik. Eh, kenapa kami tak nampak kau dekat hospital lagi eh?" Tanya Haiqal.

"Saya dah berhenti kerja dokter. Semuanya sebab ada yang laporkan hal serbuk tu. Nasiblah pihak atasan tak lapor pada polis. Sekarang saya buat kerja sambilan je untuk bayar kos ubat ibu."

"Ibu awak kenapa Haima?" Soal Syifa.

"Seperti yang awak dah tahu, ibu saya ada masalah mental. Dokter sarankan ibu berubat dekat hospital swasta selama tiga bulan. Saya kena kerja untuk dapat duit." Terang Haima. Bibirnya cuba membentuk senyuman walhal isi hatinya hanya dia dan Allah saja yang tahu.

"Berapa kos dia?"

"3 ribu." Terbuntang luas mata mereka.

"Gaji awak sebulan berapa?" Tanya Mika.

"Sebulan tak banyak. 10 ringgit je. Saya tak dapat nak kumpul banyak sebab saya kena guna duit tu untuk..." terhenti ayat Haima.

"Untuk?"

"Untuk bayar hutang ayah saya. Ayah saya hutang pada along. Lepastu dia tinggalkan kami dengan hutang yang berlambak tu." Sungguh Haima terkesan dengan perbuatan ayahnya.

"Hutang ayah awak berapa pulak?" Kedengaran keluhan berat dari Haima.

"10 ribu. Campur hutang bunga lagi dah 5 ribu. Total duit yang saya perluka sekarang 18 ribu. Saya buntu nak cari duit. Nak beli makan minum saya dan ibu lagi." Air mata Haima mula mengalir memikirkan nasib hidupnya.

Kalaulah dulu dia tidak boros membeli barang yang tidak penting, pasti sekarang hidupnya sudah senang. Kerana ayahnya seorang penagih dadah juga, rumah mereka di sita bersama barang-barang beharga mereka. Sekarang, dia dan ibunya tinggal di sebuah rumah yang usang.

"Nah." Syifa menghulurkan 5 keping duit 100 ringgit pada Haima.

"Aa..apa ni?"

"Duit ni saya ikhlas bagi pada awak. Awak gunakan untuk biaya kos perubatan ibu awak ansur-ansur. Awak berhenti kerja sini dan awak kerja dekat butik saya je. Butik saya gaji hari 20 ringgit. Dalam masa sebulan awak dan boleh dapat 600 ringgit. Awak kumpul dan dalam masa 5 bulan awak boleh dapat duit untuk bayar kos perubatan ibu awak. Lepastu, awak boleh kumpul lagi untuk bayar hutang ayah awak." Senyum Syifa.

"Terima kasih Syifa." Tubuh Syifa di peluk kemas. Hatinya terusik. Orang yang pernah dia hampir rosakkan rumah tangganya sekarang mahu menolongnya.

"Apa kata macam ni, biar aku bayarkan hutang kau dulu. Nanti perlahan-lahan bayar hutang tu pada kami. Lagipun, along ni selagi orang tu tak bayar hutang dia selagi tu dia akan kacau orang tu." Saiful berbicara.

"Terima kasih semua. Korang semua memang kawan yang terbaik."

"Kita bukan sahaja kawan. Kita sahabat selamanya." Syifa senyum lalu mereka berpelukan.

"SAHABAT!"

"Hingga ke jannah."

"SAHABAT!"

"Hingga ke akhir hayat."

"SAHABAT!"

"Hingga akhir nafas."

"SIAPA KITA?"

"KITA SAHABAT SELAMANYA!"

Syifa merenung kesemua sahabatnya lalu berdoa di dalam hati.

'YaAllah, kau kekalkanlah hubungan persahabatan ini. Janganlah pisahkan kami kecuali dengan ajal dan maut. Dan jika aku pergi, tolong jagakan mereka untuk kami.' Syifa senyum. Bahagia rasanya mempunyai sahabat seperti mereka. Semoga kekal mejadi sahabat selamanya.
-
Bersambung...

Huhu, siap juga. Hihi, 700+ je. Ly nak merajuk sebab ramai silent readers😭Hihi takdelah, tapi tak salahkan kalau Ly merajuk.

Tinggal beberapa bab sebelum tamat AHSGB. Konflik akan muncul di bab yang akan datang. Ly tak mampu nak buata part sedih. Kalau ada, makna tanpa sengaja.

Okay, terima kasih. Assalamulaikum😘

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now